Tuesday, 21 April 2020

SAMBAL TAUHU-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 35)

Hari ke 35 Perintah Kawalan Pergerakan, aku memijak bumi. Setelah 37 hari bertapa di atas kayangan..
Menagapa aku turun ke bumi?
Panjang ceritanya... Nanti akan ditulis panjang lebar..
Now penat nak citer panjang..
Sebab banyak tempat pergi termasuk pasar
Di pasar pun ada ceritanya...
Tapi nanti akan disambung
Keluar pukul 9 pagi
Pukul 1 lebih baru sampai rumah
Lapar giler...
Haus giler macam bulan puasa..
Kalau dulu, boleh jer makan sesiap kat luar
Takpun beli pisang goreng, air tebu bagai kat tepi jalan
Takpun tapau jer balik makan kat rumah
Tapi now semua hamir tiada lagi..
Nak tapaubpun hanya restoran mamak yang buka..
Mak aku x makan la plak mamak..


Sampai di rumah mak aku terus masak
Sambal Tauhu..
Mmmm... Lauk yang macam tak pernah jer aku makan
Tapi mak aku cakap dah pernah masak & pernah makan pun..
Maybe mak aku masak tapi aku yang x makan kot..
Kottttt.. Hahahaha
Takpun ni lauk yang nenek pernah masak ker..
Haaaa.. Mak aku cakap nenek x pernah masak Sambal Tauhu..
Habis tu camaner mak aku pernah makan?
Mak aku cakap 1st makan masa sekolah
Kata mak aku dolu-dolu ada subject Sain Rumah Tangga masa sekolah menengah
Mak aku cakap ada topik kekacang
Mak aku cakap kena masak sambal tauhu..
Kata mak aku masa tinggal kat asarama pun ada menu Sambal Tauhu..
Mak aku kata pernah masak Sambal Tauhu untuk nenek tapi nenek x suka..
Mmmm... Nenek tu banyak makanan yang nenek x makan..
Bila semak oldpost jumpa jer sambal tauhu
Ok.. Memang betul mak aku cakap pernah masak..
Ada SAMBAL TAUHU SARDIN... kat sini
Juga ada SAMBAL TAUHU JEPUN... kat sini...

Haaaa search Sambal Tauhu Jepun tu hanya nampak ada 2 post about Sambal Tauhu Jepun...
2 blog berbeza tapi pic yang sama..
Gambar namakucella la...
Dia copy & paste semua..
Dia edit skit lebih kurang
Siapa tu.. Baik mengaku lekas..
Hahahaha

SAMBAL TAUHU
5 keping tauhu
1 asam keping kecil
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula perang
Minyak

Bahan Blend:
20 cili kering
1/2 bawang besar
3 bawang putih
1 sudu ikan bilis bersih

1. Tauhu dipotong 6. Digaul sedikit garan d serbuk kunyit & goreng garing
2. Tinggalkan minyak gorengan anggaran 4 sudu dalam kuali & tumis bahan blend.
3. Masukkan asam, garam & gula d masak hingga naik minyak.
4. Masukkan tauhu goreng & gaul rata
5. Sesuaikan rasa


Selain Sambal Tauhu mak aku goreng ayam

Makan nasi panas-panas
Sambal Tauhu
Ayam Goreng panas-panas
Makan tengah lapar giler..
Sebab keluar pukul 9 aku x sarapan pun
Mak aku soh makan roti aku xnak
Sebab ingatkan kuar kejap jer
Rupanya sampai pukul 1 lebih
Tunggu mak aku masak
Mandi & solat siap-siap
Pukul 3 petang baru makan
Huh....
Kaki dh rasa sakit sebab dah lama x berdirinlama-lama..
Mata makin berat..
Zzzzzzz

4 comments:

  1. Masa pkp ni mcm2 bahan saya teringin nak makan dan antaranya ialah tauhu lol. and lawak la terkantoi boleh jumpa blog yg tiru gambar xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..
      Makan jer sementara boleh makan..
      Tinggal esok jer boleh makan siang.. Jumaat dah puasa.. Hee

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Actually that person has infringed your copyright.
    Under the law..

    Complaint kat google.they can get removed.

    Ni Sama je pencuri.
    Nak traffic ..trying to behave like they are the original author.
    Thief.any money gain from that income duit haram. Ni musti jahil.

    ReplyDelete