Dah masuk 42 hari Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19..
Dah Ramadhan ke-4
Tapi nak citer ni Ramadhan ke 3 punyer swssert.
Mak aku masakkan Bubur Sum-sum
Untuk dessert iftar hari ke 3 puasa
Bubur Sum-sum ni sedap
Rasa bubur dia yang putih tu lemak & masin..
Mmmm....macam rasa kuih tepung bungkus fav aku lak
Mak aku buat sikit jer tapi buat 2 versi
Dalam gelas & guna mold..
Versi dalam gelas
Sapa nak makan just tuangkan air gula melaka
BUBUR SUM-SUM.. versi mak aku
1 cawan tepung beras
4 cawan santan
(ratio - 1:4)
1 sudu teh garam
1 helai pandan
1. Bancuh tepung beras, garam & santan & tapis. Kalau masak banyak guna blender lagi cepat.
2. Masukkan bahan bancuh tadi kedalam periuk @ kuali & masukkan pandan simpul
3. Dengan menggunakan api sederhana, kacau tanpa henti hingga mula pekat & meletup-letup adunannya.
4. Teruakan kacau hingga adunan masak. Anggaran masa memasak untuk sukatan inidari mula mengacau hingga masak lebih kurang 20 minit
5. Bila adunan sudah masak, sudukan ke dalam mold yang disukai @ masukkan sahaja ke dalam gelas @ mangkuk
6. Boleh hidang panas @ disejukkan & hidangkan bersama sirap gula melaka
*Gunakan santan segar untuk rasa yang lwbih sedap, smooth & tidak melekat.
Jika guna santan kotak masukkan 1 sudu minyak masak semasa mengacaunya
Sirap:
1 ketul gula melaka selinder
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai pandan
* Masukkan semua bahan ke dalam periuk/kuali & masak hingga mendidih & gula larut sepenuhnya
Sebaiknya dimasak lebih awal supaya bila sejuk sirap akan jadi lebih sedap & pekat
Campur semua bahan untuk bubir sum-sum & tapis.
Masak hingga pekat & meletup-letup
Ratio 1:4 untuk dapatkan bubur yang beku dalam mold.
Mak amu cakap pernah cuna ratio 1:3.5 tapi bubur agak pejal seakan puding
Jika suka bubur yang lembik tidak beku ratio tepung & santan 1:5 iaitu 1 cawan tepung beras & 5 cawan santan
Pesan mak aku nak kacau bubur ni kena sabar..
Walaupun nampak dah pekat, masih kena kacau lagi supaya tepung menjadi masak. Jika adunan terus diangkat ketika belum betul-betul masak, nanti bubur akan melekat pada mold & rasa juga kurang sedap.
Masukkan kedalam mold
Biar sejuk..
1 cawan standard boleh menghasilkan 10 mold ni.
Bubur Sum-sum guna mold bunga
Bubur Sum-sum versi dalam gelas..
Untuk step by step & hidangan dalam gelas yang lebih menarik boleh tengok oldpost
BUBUR SOM-SOM.... KAT SINI..
Kak lin mmg cari resepi bubur somsom ni.. dulu masa kck2 mak sllu buat.. tp mak msk air gula letak kulit kayu manis.. kak lin hidang utk bbuka 1st puasa.. mmg sdp.. exactly ratio mak cella 1:4 .. tq mak cella.. 🤗
ReplyDeleteSaya pun buka blog tengok view page bubur sum sum ni ranking ke 5..Ramai peminat rupanya..Macam nak buat jugak la..🤭
DeleteSama-sama kak Lin