Thursday, 6 July 2017

PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI API + PETAI

Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api + Petai..
Ni lauk untuk iftar terakhir Ramadhan hari tu..
Iftar hari sabtu..
Iftarnya kat kampung nenek..
Tapi masaknya kat umah Achik..

Pucuk Ubi ni mak aku cakap kena masak juga sebab dah petik kat pagar umah Achik  sejak Jumaat tu..
Cadang nak masak Jumaat tapi Jumaat tu semua tengah bz..
Aku  ngan mak aku...ngan nenek ngan Aqil pergi buat Ketupat palas kat umah baru..
Achik pun bz kuar gi mana ntah ngan Pakcik..
Sebab tu x sempat masak pucuk ubi tu..


Sedap sayur ni..
Cuma mak aku masak terover banyak...
Kata mak aku sebab sayang pucuk ubi tu banyak..
Tapi aku cuma suka petai tu jer..
Boely makan petai banyak-banyak sebab esok tu dah raya..
Kalau esok tu masih puasa x best nak makan petai..
Kalau hari sekolah lagi ar..
Memang aku xkan makan petai kalau esok tu sekolah..
Kalau makan petai hari sekolah...bukan takat nak cakap rasa x selesa..
Kalau gi toilet...orang boleh tau oooo..
Flash macamaner pun...
Dia nyer aroma...
Pergh..!!!
Hahaha...

Bapoak giler biji petai ni...
Huh...besar-besar do..!!
Tapi ni bukan yang mak aku masak tu..
Ni tengok dalam galery hp mak aku..
Masa aku nak upload pic lauk ni..
Jumpa pic petai ni..
Mak aku cakap ni ada kawan mak aku dari Pahang yang post kat group reunion..
Hahaha...kantoi..
Mak-mak nyer group W/A post pic petai...ikan masin..sambal belacan bagai..
Hahaha,,,,
Mak aku kata petai yang mak aku masak tu mata petainya( mata petai tu biji petai la)besar-besar dan fresh macam ni jugak la...Tapi terskip pic tu sebab lupa nak snap..
Takper..nanti kat step by step ada pic mata petai tu

PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI API +PETAI
20 tangkai pucuk ubi- 1 cekak
3 papan petai- kikis kulit hijaunya
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 cawan air
1 kotak santan

Bahan Tumbuk:
15 cili padi hijau
1 kunyit segar( agak-agak besar ibu jari)
1 bawang besar
segenggam ikan bilis

1. Kikis kulit hijau pada petai dan kerat petai tersbut jadi sebiji-sebiji
2. Petik dan basuh pucuk ubi
3. Dalam periuk masukkan pucuk ubi dan 1 cawan air.
4. Masak hingga pucuk ubi lembut.
5. Bila nampak pucuk ubi sudah berubah warna dan lembut.masukkan bahan tumbuk,santan,asam keping .
6. Masukkan pula petai tadi dan biar mendidih beberpa minit sahaja supaya petai masak tapi masih rangup dan x lembik.
7. Sesuaikan rasanya.


Haaa,,,ni petai yang Pakcik beli hari Jumaat kat tepi Pasar Kemboja ..2 hari sebelum raya tu..
Yang lawaks tu nenek beli kat tempat yang sama...5 papan = RM5.00
Sebab Pakcik x tau nenek dah beli..Pakcik lak beli kat tempat yang sama sebab ramai orang tertarik ngan petai tu yang matanya terjojol tu..
Tapi Pakcik beli 7 papan = RM5.00
Haaa.....sebabnya Pakcik peramah ngan tuan petai tu...
Agak-agak kalau aku beli boleh dapat x 8 papan RM5.00
Hihihihi..
So,sebab petai dah ada 12 papan...
x habis makan buat sambal dan ulam..
Makanya esok tu mak aku cakap nak masak ngan pucuk ubi..
Request dari nenek
Petai yang sudah dikikis kulit hijaunya..Kemudian dikerat sebiji-sebiji.
Gunakan petai yang cukup matang supaya isinya padat dan sedap


Pucuk ubi yang dah hampir layu sebab mak aku dah petik semalamnya lagi
Tapi nak banding yang beli kat KL ..
Yang ni 10x lebih fresh la
Bukan semua la pucuk ubi kat KL layu..
Sebab mak aku cakap kalau yang rajin gi Pasar Borong or gi Pasar Chow Kit awal-awal pagi dapat jer sayur kampung yang fresh dan murah..
Tapi mak aku bukan salah seorang kot...
Hahaha..


Sayur sedang dimasak..
Mas ni dah step nombor 5 dah..

Ni step nombor 6..
Masukkan petai tu



Step yang paling aku suka..
Step terakhir yang ready to aet..
Tapi masa ni kena tunggu azan maghrib dolu...

No comments:

Post a Comment