My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Tuesday, 9 August 2016

SERAWA UBI KAYU


Serawa ubi kayu...
Serawa..??
Serawa tu apa?
Hehehehe...tu bahasa mak aku..
Mak aku kata kalau bahasa yang nak bagi aku faham namanya Pengat Ubi Kayu..
Mmmm...betul la tu..
Kalau serawa memang aku x faham..
Kalau cakap Pengat Ubi Kayu @ Bubur Ubi Kayu aku tau la..

Juadah minum petang tiga  hari yang lepas..
Sedapppp...
I likeeeeee..
Aku suka Ubi Kayu..
Rebus cicah Kelapa & Gula Nissey pun aku suka..
Rebus makan ngan sambal tumis ikan bilis...mmmm sedapnya..
Ni mak aku buat pengat pun....mmmmm
Sedap banget sih..!!
Kata mak aku kalau ubi kayu tu elok empuk gebunya sedaplah pengatnya
Kalau ubi kayu yang x elok ..
Yang degil xnak empuk walau direbus 10 hari 10 malam memang xkan sedap la..
Hahaha...ada ker camtu...??


SERAWA UBI KAYU ...mak aku
1 ketul ubi kayu -agak2    1/2 kg
2 cawan air
1 mangkuk santan pekat @ 1 santan kotak kecik
sikit garam
1 keping gula nissey (boleh ganti gula melaka/gula perang)
2 daun pandan
2 sudu sagu  biji(rendam)

1. Potong ubi kayu anggaran  tebal 3cm


2. Buang/kopek  kedua-dua lapis kulitnya


3. Belah 4 setiap 1 .Cuci & rebus dalam anggaran 2 cawan air & daun pandan hingga mendidih & ubi empuk.


4. Sementara itu rendam sagu biji.


5. Bila ubi empuk,masukkan santan pekat & sagu biji.Biar mendidih hingga sagu  jernih & masak.


6. Masukkan gula nissey@ gula melaka @ gula perang/brown sugar serta sikit garam


7. Sesuaikan rasanya & siap...Boleh dihidangkan panas atau sejuk.

Sedapnyerrrrrrrr.....








2 comments:

  1. Saya pun suka...tapi mak kata kalau nasib baik je dapat ubi yang elok...huhuhu

    ReplyDelete