Saturday, 30 July 2016

LAKSA LEMAK KEDAH & ROTI GORENG RANGUP


Laksa Lemak Kedah...
Cara mak aku..
Mak aku kata suka makan laksa lemak ni sebab xde letak belacan
Mak aku kata orang yang elergi belacan..boleh makan laksa ni..
Dolu2 kalau buat open house ,mak aku mesti masak laksa ni..
Tapi sekarang  sejak dah pindah rumah...dah buat open house dah..
Huhuhuhu



Kalau nak feel lagi..kena makan dalam pinggan..
Tu kata mak aku...
Sebab mak aku kata kalau kat Kedah....ramai orang hidang laksa dalam pinggan..
Kat kedai makan pun kebanyakan hidang laksa dalam pingggan..
Jarang yang hidang dalam mangkuk..
Bila tanya kat mak aku..
Mak aku kata xtau pasai pa...
Hahahaha...
Lagi satu mak aku kata ada orang suka makan laksa campur sikit "toyu"
Haaah...toyu tu apa????
Oooo rupanya toyu tu "kicap" la...
Mak aku kata orang2 tua dahulu panggil toyu..
Sekarang je baru ramai panggil kicap..
Mak aku kata kalau tengok ASTRO chanel 707 & 702...orang Jepun pun panggil kicap tu "shoyu"
Mmmm...mak aku kata agaknya sebab dolu2 tentera Jepun kat Kedah suka makan toyu kot..hehehe
Tu teori spekulasi mak aku jer tu..
Hihihihhi

LAKSA KUAH LEMAK KEDAH..mak aku..
1 paket Laksa-
 rendam & rebus hingga lembut & toskan - tapi mak aku buat 1/2 paket je sebab x ramai kan.....

Kuah Lemak Kedah:
1/2 kg ikan selayang
1 bungkus (2 sudu besar) rempah kari ikan
1 biji kelapa parut- perah santan pekat agak-agak 3 cawan..x perlu banyak sangat sebab nanti akan guna banyak air masa blend ikan
5 asam keping
garam & sikit je gula
daun kesum /bunga kantan pun boleh
sikit minyak untuk tumis
5 bawang kecil-hiris
2 bawang putih-cincang

Ulaman:
1 ikat daun selom- xde stok
1 timun - potong bentuk batang mancis
1 Bawang besar-belah 2 & hiris nipis
cili padi- jika suka potong2
Limau nipis- belah2 & buang tengahnya
1 ikat daun pudina -lupa beli
1 potong nanas-dicincang

1.  Ikan yang dah direbus diambil isinya & blend bersama air secukupnya.Ketepikan.
2. Blend kepala & tulang2 ikan hingga halus & tapis untuk ambil airnya...Ulang tambah air & tapis sisa tulang.
3.Panaskan anggaran 1/2 cawan minyak & tumis bawang kecil & bawang putih hingga garing
4.Masukkan rempah kari yang dah dibancuh  dengan 1 cawan air.Biar hingga garing & naik minyak
5.Masukkan isi ikan yang dah blend & air tapisan tulang-tulang ikan.
6. Tambah garam,asam keping ,bunga kantan & biar hingga mendidih beberapa minit.
7.Tambah santan pekat & daun kesum & biar mendidih sekejap sebelum ditutup api...
8. Bila sentiasa dipanaskan kuah akan semakin pekat..Boleh saja tambah air untuk sesuaikan pekatnya.



 Roti Goreng..
Antara yang mak aku selalu juga buat untuk minum petang..
Nampak macam Pisag goreng kan...
haaaa,,,,bukan...
Itu Roti Goreng..
Kalau makan ngan Milo Panas atau Kopi susu panas..masa hujan memang sedap


ROTI GORENG RANGUP...mak aku

5 keping roti slice Gardenia- buang tepi & potong setiap keping jadi 3 jejari
Minyak untuk goreng

Tepung Celup Roti:

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu minyak
1 sudu teh garam halus
sikit pewarna kuning
1 sudu besar gula
air untuk bancuh tepung

1. Susun roti & potong sikit tepi2 roti supaya kemas & cantik.
2. Kemudian potong 3 supaya jadi jejari.( dapat 15 jejari la)
3. Bancuh semua bahan untuk tepung celup.Bancuhan ni macam tepung pisangn goreng.
4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
5. Celup setiap jejari roti & goreng hingga garing kedua2 belah roti tu.
6. Boleh dimakan begitu sahaja atau cicah  sos cili




No comments:

Post a Comment