Sarapan aku pagi semalam....
Bukan beli...
Tapi mak aku yang buat....
Dah lama juga mak aku x masak donut....
Seeeeedappppp...
Ada Chocolate & Chocolate Rice....
Chocolate & Almond slice....
Chocolate & Pumpkin Seed....
Chocolate & Chocolate Chip....
Semua aku sukaaaaa....
Tapi mak aku makan yang ni...xde chocolate....tabur gula icing
Mak aku kata kalau yang celup chocolate tu x rasa donut..
Yang gula ni baru rasa donut...
Lohhh....gitew plaks...
Paling aku suka yang ada choclate Chip...
Tabur chip tu banyak-banyak...
Erm....makan sambil pejam mata...
Pergh...!!!!
Sebenarnya masa tengok mak aku tengah bubuh tepung dalam bekas tu ingatkan mak aku nak buat kek...
Bila tanya...mak aku kata nak buat donut..
Yes..!!!
Terus request nak Donut Celup Chocolate ...!!
Masa mak aku dah siap goreng donut ..aku dah risau..
Takut mak aku xnak buat chocolate dia..
Haaa...sib baik mak aku buatkan...
Siap dengan Peach Tea lagi...
Masa ni plak tengah hujan...
Layannnnnn...
DONUT CELUP CHOCOLATE..
1/2 kg tepung gandum
1/2 pkt mauripan
sikit garam
2 sudu gula
2 sudu margerine
2 sudu susu tepung
1 cawan air suam
Hiasan:
Gula caster/ gula icing
chocolate bar
almmond,pumpkin seed,chocolate chip
1. Campur semua bahan untuk dough iaitu tepung,mauripan,susu,gula,garam,margerine & gaul rata.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli.Air kena ikut sesuai..Jika dah cukup lembut tak perlu habiskan.Jika x cukup lembut,tambah sedikit lagi air
3. Canai & terapkan dengan acuan.Jika tiada acuan boleh guna mulut gelas & lubangkan tengahnya dengan jari telunjuk.
4. Tabur tepung dalam dulang baru letakkan donut yang dah dibentuk.
5. Biar lebih kurang 1/2 jam hingga dough kembang.
6. Panaskan minyak yang banyak dengan api perlaan & goreng donut hingga garing.
7.Golekkan dalam gula caster @ kalau guna gula icing ayakkan atas donut.
8.Jika nak celup chocolate: Potong-potongkan chocolate compaund & masukkan dalam kuali kecil.Letak kuali tersebut atas periuk yang mengandungi air mendidih & biar hingga chocolate melt & celupkan donut & tabur hiasan yang disuakai..
No comments:
Post a Comment