Haaa...nama dia panjang
Actually mak aku cakap ni just Kari Ayam
Tapi versi berkerisik dan pekat
Mak aku masak hari Sabtu
Untuk makan ngan Nasi Parpu a.k.a Nasi Dal
Semalam dah post about NASI PARPU KENANGAN ASRAMA kat sini...
Ni rupa Kari AYam Kerisi Pekat waktu petang selepas dimasak beberapa jam
Kuahnya super pekat
Mak aku cakap nak makan ngan Roti Benggali a.k.a Roti Putih
Tapi xde sapa nak gi beli
Pagi mak aku buat sarapan
Makan Kari Ayam pekat ni makan nga Ketupat Palas
Kata mak aku zaman dolu2 masa mak aku masih kanank-kanak
Mak aku cakap kebanyakan rumah kat kampung nenek akan menghidangkan Ketupat Palas pada pagi raya bersama Kari Ayam Kerisik Pekat ni
Sebabnya kebanyakan rumah meang ada memelihara Ayam Kampung
So...Ketupat Kari Ayam adalah makanan biasa dipagi raya
Kalau rumah yang mewah sikit akan hidangkan Ketupat Plas dengan Kari Daging
Sebab daging x semua orang kampung mampu beli dalam jumlah yang banyak
Ada yang hanya beli untuk hidangan keluarga
Ayam plak untuk hidangan tetamu
Haaaa...macam terbalik kod jer dengan sekarang kan
Sekarang kalau hidang Ayam Kampung untuk tetamu dah kira special la plak sebab Ayam Kampung mahal sekarang..
Haaaaaa...mak aku cakap pusingan dunia memang macam tu
Katupat ni Ketupat Frozen yang nenek bekallkan masa balik Raya Puasa hari tu
Mak aku cakap sebeb lagi 2 minggu nak balik lagi untuk Raya Haji
So...habiskan jer stok ketupat frozen yang ada
Nannti boleh nenek buat lagi...
boleh bawa balik KL
Sebab dah tahu dah kalau nak raya Achik akan bawa nenek gi beli stok pulut kat Padang Besar
Untuk Raya Haji pun Achik kata hari Jumaat Pakcik dah bawa gi eli Pulut stok raya Haji kat Padang besar
Dah citer pasal Achik,Pakcik,Aqil,Nenek & Haikal gi Padang Besar minggu lepas KAT SINI....
Pagi makan Ketupat dengan Kari Ayam Kerisik Pekat
Tegahari makan Kari AYam ni ngan NAsi Parpu
Malam makan Kari AYam ni Cicah Roti lak
KARI AYAM KERISIK SEDAP
1ekor ayam- potong 16
1/2 cawan rempah kari ayam( 2 paket kecil)
1/4 cawan rempah kari ikan (1 paket kecil)
1 kotak kecil santan
1/2 cawan kerisik
4 biji kentang
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak
1/2 keping gula nissey ( gula melaka)-jika suka versi manis
Bahan Tumis:
1/2 biji wabang holland-hiris
5 bawang putih-hiris
1 ketul kacik halia- mayang halus
3 bunha lawang
5 bunga cengkih
10 buah pelaga
1 tangkai daun karo
1 helai daun pandan
1. Gaul ayam dengan sedikit tepung gandum dan cuci
bersih.
Gaul ayam bersama semua rempah kari dan kerisik.ika
kering tambah 1/4 cawan air.Biar perap 15 minit- 1/2 jam
3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis
4. Masukkan ayam yang diperap dengan rempah dan
kerisiktadi
5. Masak hingga naik minyak
6. Masukkan kentang yang dikupas dan dibelah-belah
7. Masukkan 1/2 kotak santan + 5 cawan air.
8. Biar kuah mendidih dan ayam serta kentang masak
9. Tambah garam dan bakisantan pekat
10. Sesuaikan rasa dan kecilkan api biar mendidih
perlahan beberapa minit supaya kuah cantik
***Untuk kari ayam ni mak aku cakap ada alter sikit buat ala-ala Kelantanese Chicken Curry
Haaaaa...sebab ada letak gula nissey
Ayam....
Gaul ayam dengan rempah kari dan kerisik
Perapkan sekejap supaya ayam meresap rasa rempah
Bahan tumis
Masuk ayam bersama rempahnya..
Masak api perlahan hingga naik minyak
Masukkan kentang
Tambah santan,garam,gula nissey
Dah pernah post step by step dalam entry
KARI AYAM KERISIK SEDAP kat sini....
Bezanya yang ini ada tambahan gula nissey a.k.a gula melaka
Mak aku cakap asalnya idea nak masak Kari Ayam Kerisik Pekat ni sebab kakak wasap
Kakak kata ada kawan tempat kerja tanya resipi Kari Ayam Pekat yang abang pernah bawa untuk makan ngan roti
Kakak kata kawan abang yang juga kawan kakak tu cakap kari tu pekat dan ada sikit arasa manis
Sebab tu mak aku cakap masak kari ni
Selain nak amkan nagan Nasi Parpu
Mak aku juga bungkuskan 1 paket besar untuk kakak bawa gi tempat kerja
Mak aku pesan suruh kakak belu Roti Benggali kat Bakery Hero tu
Tapi kakak kata kaka just beli Roti Gardenia jer kat 7E untuk makan ramai-ramai ngan Akri Ayam Pekat ni
Haaaa....ni Kari Ayam versi kawan abang yang juga kawan kakak tu masak
Kakak kata warna lain sikit sebab guna kerisik terlebih dose
Kakak kata kawan kakak tu guna kerisik dan bahan lain tu ikut resipi untuk seekor ayam
Tapi just masak 1/2 ekor ayam
Sebab tu kuah dia terlebih pekat
Tapi kakak kata rasa dia dah sama...cuma lebih pekat jer
Mak aku cakap kira dah ok dah tu
Lain kali boleh buat lagi
Sebeb Practice Make Perfect....
Haaaaa....tapi jangan tak tahu yang masak Kari tu adalah LELAKI...!
Ok...bye...!!
salam
ReplyDeletemak awak murah hati dan rajin melayan request anak anak...
kena ingat jasa mak awak bila dah kerja dan berjaya, dah berkeluarga sendiri...kena jaga mak etc.. macam mak awak jaga awak sekarang..
kari ayam sedap.. esp kalau pekat sedap... makan dengan apa saja...
trellis tu suruh nenek upah oran buat. varnish cantik
Juga kalau mak awak asam tumis pedas pekat, boleh masukkan kelapa bakar yang ditumbuk atau kerisik yg dah ditumbuk. masakan nyonya melaka...
Heeer....kiter semua suka makan..
DeleteKari ayam tu pun kiter suka...
Tapi kari nenek juga tetap terboik..esp kari daging dan kari ikan yang nenek masak..pergh...x sabar nak baljk raya haji nak minta nebek masak kari ikan..
Betullah trellis tu cantik...Nanti kiyer ckp ngan nenek pasal trellis tu..
anyway doakan kiter jadi anak yang soleh dan insan budiman
Menarik...sy nak try buat cicah dengan ketupat.
ReplyDeleteNenek pun selalu buat makan ngan ketupat
Delete