Ni bukan gambar baru pu... Gambar bila ntah sbb xde tarikh tapi memang gambar dari album aku la....Bukan saja-saja nak gi tapi masa ni gi situ sebab abang aku nak buat folio apa ntah yang cikgu dia suruh..Jauhnya kami gi....Asalnya abng aku nak buat pasal Muzium Negara je..tapi mak aku kata cari la yang lain sikit nanti sama ngan kawa-kawan plak....baru dapat markah lebih...kata mak aku la...Achik pun cakap camtu & Achik yang bagi cadangan ni...Akhirnya Rumah Mahathir kat Kedah nun jadi pilihan...
Ni la orang yang nak buat folio tu..abang aku la....Dia amik gambar bukti...nanti nak masuk dalam folio...hahahaha
Signboard jalan nak gi rumah Mahathir tu...Alamat penuhnya kalau tak silap aku ..Jalan Kilang Ais..pastu ...mmm tak ingat la...sbb lupa nak amik gambar alamat rumah tu.. tapi abang aku ada tulis.
Kena tulis nama dalam buku pelawat.. Tu kakak aku betul2 tulis tau..bukan berlakon....Nanti bila 2 gi lagi boleh la cari nama yang kakak tulis tu...hahahaha
Aku la tu....kat beranda rumah tu (kira macam balkoni la...)
Surat beranak @ sijil kelahiran Tun Mahathir....
Gambar Tun Mahathir masa muda-muda....Macam tengok citer P.Ramlee la plak...
Pakaian yang beliau suka...Gambar ni bukan dalam rumah tu...Gambat ni ditempatkan dalam bangunan lain kat situ...apa ntah ..Galery ke apa ntah...Banyak la gambar & maklumat pasal Tun Mahthir ni dari dia kecik sampai dewasa...Dari pakaian..makanan dan sejarah dia...
Makanan & kesihatan .... Makanan yang beliau sukagambar bawah ni ialah kuih karas,halwa maskat & kuih bangkit (kalau tak salah...gambar blurr...)Makanan yang betul-betul ada jual kat Pekan Rabu...
Ni kilang ais tepi rumah tu.. dah tutup dah pun..Rasanya sebab tu la alamat rumah tu Jalan Kilang Ais...
Gambar rumah ni dari tepi..Memang kampung la nampak..tapi sekarang jadi tengah bandar la plak...Kat tepi rumah tu juga ada pejabat Jabatan Muzium...ada pekerja yang akan bantu kalau nak maklumat...Achik masuk dalam pejabat tu minta macam2 yang boleh abang buat rujukan nak siapkan folio dia tu...
Sebanarnya ada beberapa buah bangunan kat situ.Tu sebab namanya Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad.Kira macam muzium juga la..Ni antara yang ada di situ..Mak aku cakap ini tong tempat orang dulu2 banting padi..( ada dia tulis replika tong padi)Tong ni tempat nak leraikan tangkai padi & kumpul padi sebelum simpan dalam jelapang....Jelapang padi aku ada tengok kat Muzium Padi ...pun x la jauh sangat ngan Alor Setar..Sekarang dah pakai jentera dah...
Sebanarnya ada beberapa tempat lagi yang ada kaitan dengan Mahathir ni yang kami gi untuk abang aku nyer folio tu...
No comments:
Post a Comment