Elok - elok sahaja sampai rumah angin kencang menerobos masuk melalui tingkap menerbotkan bunyi seperti siulan yang menyeramkan.
Ketika menarik daun jendela untuk ditutup tu sempat menjengah ke luar & nampak beberapa pohon sedang dipulas dahannya oleh sang ribut.Jelas didepan mata melihat ganasnya bila angin mengamuk.Tidak berani melihat lama terus membatu dalam bilik.
Hampir ½ jam mengganas...ribut berlalu ...
Namun kesan yang ditinggalkan hingga kini masih berbekas terutam kepada mangsa yang terlibat.Banyak harta benda yang rosak namun Alhamdulillah,tiada kemalangan jiwa.Panjat syukur kepada Allah kerana kami sekeluarga tidak terlibat.Asalnya hampir juga memakir kereta di bawah pokok tetapi memikirkan takut diberak burung..berubah fikiran parkir tepi gelanggang futsal.Rupanya Allah nak lindung kerana beberapa batang pokok besar patah ranting dan yang lainnya tumbang menyembah bumi..Hanya merasai takut semasa ribut membadai..Walau tidak seganas taufan dinegara lain namun cukup menginsafkan.
Banyak gambar dan video dikongsikan dalam group penduduk setempat .Saya komgsikan beberap sahaja..
Rezeki pemilik ini...Pokok besar ini tumpang tumbang dicelahan antara 2 buah kereta ini...bukan atas bumbungnya

Berbeda pula pemilik ini pula diuji dengan kerosakan yang sedikit lebih.Untung sahaja tiada nyawa di dalamnya
Simpang jalan dihalang ranting dan dahan pokok tumbang
Alhamdulillah bukan...kerana itu pokok lain...semoga pemilik kenderaan ini dimudahkan urusan🤲
Sebenarnya masa balik kerja ada sorang rakan(Ita) menumpang kereta saya untuk ke rumah ibunya yang sama perumahan dengan saya.Ketika melalui kawasan ini saya nampak 3 pokok ara berbuah lebat di tepi pagar perumahan kami. .Saya suarakan kepada Ita saya teringin nak ambil buah ara muda yang lebat tu untuk buat ulam dan masak kari dengan daging kambing.Pokok ara ini pokok liar tang sudah lama tumbuh di tepi pagar perumahan kami.Sayangnya terlalu tinggi..Macamana nak amik buahnya kan...hihihi
Kebunan terung ...
Lepas maghrib Ruru ..wasap bgtau kereta dia ditimpa serpihan atap genting...Alhamdulillah Ruru dah naik rumah masa ni...Kalau masih dalam kereta?
Selepas ribut sepanjang jalan sibok dengan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang kerana memang berlaku ketika peak hour orqng balik kerja...
Semoga dipermudahkan urusan mangsa yang terlibat tu. Baru2 ni pun ada kes pokok tumbang kat Lipis masa hujan lebat & angin kuat.
ReplyDeleteAminn...Kalau ikut musim memang September kira dah peralihan monson pu.Tapi tu la kita tak boleh nak jangka kan...
DeleteAllahu Akbar.
ReplyDeleteBetapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Allah angkat segala musibah yang menimpa dan gantikan dengan yang lebih baik.
Amiinn....semoga mereka dimudahkan urusan
DeleteYa Robbi..kasihan yang kereta tu ditimpa ranting kayu, kereta nampak baru..Ini ujian semoga bersabar yang ter libat..
ReplyDeleteBetul ..hingga semalam pun masa balik kerja masih banyak sisa dahan dan ranting yang dilonggok tepi jalan..Tak terangkut DBKL kerana terlalu banyak diseluruh KL
DeleteTeruskan updated blog..mengisi masa senggang sebenarnya..persembahkan yang baik2 belaka..InshaAllah perlahan naik rangking semula...
ReplyDeleteIn shaa Allah....
DeleteTerima kasih atas sokongan
Di KL ada juga berkebun ya..tabik dengan orang rajin..
ReplyDeleteBaru jer berjinak-jinak ..
DeleteKalau baca old post saya ada cerit saya baru pindah tempat kerja baru & salah satu skop kerja saya saya ialah berkebun..hihihi
ltulah masa dalam bus dari KL - SEremban husband whatsapp tanya "KL ribut ke?"...and ammi blur. Ehh tak de pun. Sebab katanya grup wasap jiran2 lama di Desa Tasik dah kecoh kata ribut teruk kat situ
ReplyDeleteAmmi dalam ofis bertutup memang tak perasan agaknya...Anak saya pun sama...katanya keluar ofis,sepanjang jalan pelik tengok macam dilanggar garuda
DeleteSA ada kat office masa ribut melanda ni ...allahuakbar ramai terkesan rupanya...
ReplyDeleteNampaknya KL kalau ada angin ribut memang seraaam ya kak. Sampai tumbang pohon sebesar itu 😱😱😱. Di sini palingan hujan besar petir, tp kalo angin ribut, selama saya di JKT belum pernah merasakan. Ada terjadi tp di kota lain biasanya .
ReplyDeleteSemoga yg barang2 ya terkena imbas dari angin ribut, bisa ikhlas dan mendapat ganti yg lebih baik