Friday, 23 May 2025

KERABU SARDIN + PUCUK PUTAT

Semalam petang masa jalan jalan keliling tempat kerja bersama Kak Izzah nampak pokok putat banyak berpucuk...

Terus petik & dalam hati dah berkira-kira nak buat kerabu dengan sardin


Alhamdulillah....
Jadilah Kerabu Sardin+Pucuk Putat sebagai lauk dinner.

Seawal pukul 6 petang dah dinner dek tak menyabar nak makan lauk ni..
Sampai rumah terus tanak nasi dulu baru mandi & solat asar.Kalau ikut hati sambil tanak nasi nak buat kerabu & nasi masak boleh terus makan.Tapi sebab nak makan tenang -tenang sambil layan youtube..maka kita mandi dulu la kan...hihihi


Hanya satu lauk ini bersama nasi putih sambil terbayang dulu zaman kanak-kanak mak selalu buat kerabu sardin ni + pucuk janggus.
Kalau musim pucuk janggus.Biasanya dalam bulan Disember hingga Februari musim kemarau kebanyakan daun pokok gugur.Bendang,parit juga mengering menjadi medan cari ikan haruan,keli,bagai.Menjelang bulan Mac pokok pokok mula berpucuk.Masa ni la musim buat laksa kebok kerana pucuk kayu banyak termasuk pucut janggus,putat bendang,pucuk samak bagai.Ikan darat menjadi bahan kuah lemak utara.Ikan haruan keli bagai lebih enak dijadikan kuah lemak utara macam saya selalu post pasal laksa kuah lemak tu.

Cara paling biasa menikmati pucuk pucuk kayu tentulah diulam cicah cabai tumbuk atau cabai picit.Kalau rajin sikit jadilah kerabu.Biasa mak akan buat kerabu pucuk ulam berencahkan udang bendang yang kecik-kecik tu.Udang tu dikerabukan mentah-mentah. dengan pucuk gajus atau pucuk putat.Hahaha...sadis kan.Kadang mak kerabukan dengan ikan keli panggang tawar.Selalu juga mak kerabukan ulam ulam tu dengan sardin.Dulu sardin apa tu cap crown tu jelah yang ada jual kat kedai kampung pun.Satu tin kecik tu harga 45 sen.Sekarang RM4.99..hihihi

Sambil mengkerabu sardin & pucuk putat ni sambil terbayang betapa nikmatnya makan dulu-dulu zaman kanak-kanak..Lauk ikan tamban kiat masin pun sedap.Masak megi sebungkus + sayur cekur manis banyak-banyak  dapat seperiuk...itu dah jadi lauk lazat.Dapat makan sardin sesekali nikmat tak terkata.Selagi ada lauk selagi tu rasa nak ulang makan nasi...

Alhamdulillah atas nikmat rezeki melimpah yang Allah kurniakan kepada kita semua...

Video penyediaan kerabu sardin + pucuk putat ada saya kongsikan  kat SEROJA PUTIH


Untuk video  "Kerabu Sardin + Pucuk Putat "     ni  boleh klick :
👇👇👇👇

12 comments:

  1. Lauk lain tak bokeh join ni tapi nasi kena masak lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...lauk lain kena ketepi & beri laluan kepada kerabu ni🤭

      Delete
  2. Nampak sedap..tapi nak tanya sardin tu macam mana akak hilangkan hanyir dia...SA teringin nak makan pucuk putat tu...susah nakaa jumpa kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perahan jus limau nipis tu selain memeberi rasa ia juga menghilangkan bau hanyir.Pada saya macerel tidaklah sehanyir sardine...isi ikannya pun lebih besar dan aedap berbanding sardine

      Delete
  3. Makan dengan nasi panas...boleh menambah nasi...

    ReplyDelete
  4. Adoi lamanya tak makan kerabu sardin... Nak buat tapi takdak geng nak makan huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat kena ajak kami pi makan sama sama ngan PH🤭

      Delete
  5. Sukanya sayaaaaa dengan kerabu ulam ini 😍😍😍😍. Memang yg namanya sayur atau ulam saya sukaaa kak. Apalagi dimakan segar dengan sambal. Dibuat kerabu pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....rasa segar dapat kunyah ulaman segar yang rangup...
      Kalau di Indonesia mereka lagi kreatif mengolah aneka urap..kluban yang semuanya sangat sedap.padahal hanya sayur dan ulam

      Delete
  6. waahhh sedapnyaaaaa kerabu sardin & pucuk putat! menambah nasik ni hehe

    ReplyDelete