Kuih Serabai Kuah Pisang...
Sedappp...
Selalunya mak aku akan buat Kuih Serabai ni ngan Kuah Durian...
Tapi kali ni kuah pisang plak...
Kata mak aku Kuih Serabai biasa orang makan ngan Kuah Air Gula Melaka yang dimasak pekat..
Tapi ada juga tambahkan pisang supaya bau dia harum..
Yang Kuah Durian tu pun sama la..
Cuma sekarang ni durian tengah mahal giler...
So...xkan nak beli semata2 nak buat kuah plak...
Kan...kan...kan...
Durian Beku...?
Haaaa...duriam beku ada lagi 2 bungkus dalam peti ais...
Tapi kata mak aku...
Yang tu simpan dolu..
Itu stok tahun lepas lagi tu...
Kuih Serabai yang hari ni mak aku buat versi plain...
Sebab banyak kali juga mak aku buat versi Kuih Serabai Pandan yang warna hijau...
Kuih Serabai ni mak aku aku cakap kalau kat kampung nenek Kuih Serabai ni dipanggil "APAM"
Kalau Kuih Apam yang merekah makan ngan kelapa tu orangbkampun nenek panggil " APOM"
Kata mak aku lagi...
Dolu2 Kuih Serabai a.k.a APAM ni hanya dibuat jika ada kematian..
ALAMAKKKK....!!!
SERAMNYERRRRR...!!!!
Kuih APAM akan dimasak secara beramai- ramai ketika kenduri arwah pada bilangan hari tertentu..
Pada masa tu tetamu lelaki yang datang bertahlil dan membaca yassin akan dibekalkan APAM dan KETUPAT PALAS untuk dibawa pulang setelah habis majlis bacaan yassin dan tahlil..
Kata mak aku lagi...
Itu yang dilakukan oleh orang kampung nenek pada waktu dahulu..
Mak aku cakap tu semua zaman mak aku kanak2 la..
Sekarang dah xde lagi dah adat tersebut...
Huh sib baik...
Kalau x seram lak aku nk makan kuih ni...
Hihihi....
Aku suka Kuih Serabai...
x kira la yang plain atau pandan...
x kira la kuah durian atau pisang...
Semua aku suka....
KUIH SERABAI PANDAN yang cantik ..kat sini
KUIH SERABAI PURE TEPUNG BERAS..kat sini..
KUIH SERABAI KUAH DURIAN BEKU...sini
KUIH SERABAI KUAH DURIAN FRESH..kat sini
KUIH SERABAI
2 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi
1/4 cawan tepung gandum
sikit pewarna hijau- (Jika nak warna hijau)
3 cawan air suam
1cwn santan
1 camt mauripan /yis
sikit gram & gula
1. Blend nasi dengan air hingga halus & campur dengan tepung beras & tepung gandum
2.Campur
je semua tu..kecuali garam...air tu ikut keperluan..boleh tambah atau
kurang..bancuhan tu mestu cair je..lagi cair dari buat tepung goreng
pisang....Pastu biarkan bertutup selama 1 jam.
3. Pastu baru masuk garam & kacau..
Adunan yang dah diperap 1 jam akan mengembang 2x ganda
Panaskan pan kecik dan sapu sikit minyak..
Tuangkan sesenduk adunan dan biarkan naik buih2 kecil
Apabila buih1
Biar buih2 tersebut pecah dan permukaan kuih mula kering..
Terbalikkan kuih dan biarkan sebelah permukaan tadi sekadar kering sahaja
Angkat kuih dan ulangi proses hingga adunan kuih habis..
KUAH PISANG....
5 biji pisang nangka
1 helai pandan
2 cawan santan
1 jeping gula melaka
Secubit garam
1. Kupas pisang dan hiris bulat2
2. Masukkan pisang hiris dalam periuk bersama pandan..santan dan masak atas api sederhana..
3. Tambah gula melaka dan secubit garam..
Masak hingga mendidih dan kecilkan api
4. Masak hingga pisang lembut dan kuah sedikit pekat..
5. Hidangkan bersama Kuih Serabai
Cantik larr mak dik cella buat serabai...aunty suka juga makan...tapi...sssshhss(malu nak cakap)....x pernah buat...selalu beli je
ReplyDeleteCantik larr mak dik cella buat serabai...aunty suka juga makan...tapi...sssshhss(malu nak cakap)....x pernah buat...selalu beli je
ReplyDeleteKiter geng....
ReplyDeleteSuka kuih serabai...tapi x pernah buat..
Tapi mak kiter buat la sebab xde orang jual
Hahahaha...