Waaa 2 minggu lepas dah belanja gi Sarawak,ni nak gi Gunung Jerai plaks......tq Achik..!! Sayang Achik...!!! hehehe
Sbb teruja sgt..lupa nk amik gambar kat signboard dia tu...x pelah ,guna je gambar yang amik masa bulan Ogos hari tu...1 ni je gambar lama...lain2 gambar baru tau..hehehe
Ni signboard Gunung Jerai tu..ni gambar masa Raya hari tu..yang bawah ni terus amik gambar nk naik Gunung Jerai..!!
Dalam van..OTW naik Gunung Jerai..Kitorang x naik ngan kereta sbb takut..Achik kata jalan dia banyak conner...So,kitorang naik van sewa yang banyak kat Kaki Gunung Jerai tu..Achik kata bayaran dia RM10 satu orang..x kira la budak ke..dewasa ke..warga emas ke..xde diskaun ye..RM 10 jugaaa..hehehe
Achik pilih van yang biasa je..hanya family kotorang..Achik kata xnak van yang besar sebab nanti kena naik campur2 ngan famili orang lain..x best la..7 orang termasuk Budak Tembam tu..Pakcik x ikut sbb ada hal ngan Geng Motor dia..Abang plak keja tengahari...Yang ada..Achik,nenek,mak aku,aku,haikal,kakak =RM60 - bayaran tu untuk naik & turun skali la..Budak tembam tu xkena bayar la sbb kongsi tempat duduk ngan Ibu dia..
Gambar jalan naik ke Puncak Gunung Jerai..mak aku amik gambar dari dalam van tu je..van pakcik tu buruk je..tapi pakcik tu peramah..van baru ke..van buruk ke..bayarannya tetap RM 10 sorang ye...Pakcik tu kata ada 12 selekoh tajam macam huruf "V" sepanjang laluan nak naik Puncak Gunung Jerai ni..selekoh yang macam huruf "U" lagi la banyak kata pakcik tu lagi..Pakcik tu kata perjalanan dari kaki gunung hingga atas tu dalam 20 minit la..Tapi kami jumpa ramai juga orang naik bawa kereta sendiri..ada yang jalan kaki "jungle tracking"..tapi nampak la muka penat dorang..hahaha
Bila dah makin tinggi,banyak la jumpa bunga kawasan sejuk ni..Betul la kata pakcik tu...lebih kurang 20 minit perjalanan,sampai la kat atas Gunung Jerai tu...van akan berhenti di perkarangan Hotel Regency...semua yang naik atau nak turun akan tunggu kat port tepi Regency hotel tu.Achik kata kalau nak naik lagi sampai betul2 kat kawsan puncak dia boleh naik "buggy"..ala yang macam kereta kat padang golf tu..bayaran dia RM30 satu buggy tu..Achik kata dia akan bawa gi Telaga Tok Sheikh..kawasan kem askar & menara telekom yang nakpak terpacak kat puncak gunung tu..yang boleh nampak dari Hiway kat R&R Gurun tu..tapi kitorang x naik pun buggy tu..jenjalan kawasan hotel & lepak2 sambil amik gambar pemandangan yang cantik..
Kami sampai dah dekat pukul 1.00 tengahari..Tapi sejuk & nyaman sangat..cuaca panas tapi terasa sejuk & dingin macam dalam aircond la..Lagi sejuk dari Cameron Higland la...Lagi sejuk dari Genting Higland la...Mak aku kata sejuk dia macam Gunung Kinabalu..hmm.aku xpernah naik gunung Kinabalu..mana kau tau..Mak aku dah 2x daki Gunung Kinabalu...
Sekarang kita berada pada ketinggian 986m dari paras laut..hahaha macam pramugari buat pengumuman plak..hahaha
Aku bukan ukur guna tali tape atau pembaris panjang tu tau..tapi...
close up skit batu yang ada tulis kat situ...Budak Tembam/Budak Montel ni pun nak juga gambar dia kat sini..hehehe
Pemandangan dari atas Gunung Jerai...camera aku cokia..x jelas sangat..tapi really2 cantik la pemandangan dari sini nampak sawah padi syup mata memandang..Kalau sebelah sudut lain nampak laut & pantai sayup2..tapi yg gambar nampak laut tu xde plak dalam camera aku..dalam tab achik ada kot..
Mak aku amik gambar aku ngan nenek..Achik plak amik gambar haikal ngan Aqil..tapi dua2 gambar dah masuk sekali..hahaha kira 2 in 1 la..hee
Royal Villa...yang ni achik kata villa untuk kerabat diraja..kalau dorang naik sini..villa ni la dorang duduk...tumpang amik gambar ya tuanku..!!!
Penat bersiar2 kitorang berehat di pondok yang disediakan..Budak Montel ni sempat posing kat tangga chalet sebelah tu...
Bunga ni lagiiii....
Gilir2 amik gambar ngan Haikal sementara mak aku,achik & nenek berehat kat pondok tu..
Belah kanan tu la pondok rehat..nyaman wei duduk situ...sejuk and segar...
Jenjalan lagiiii...Haikal amikan gambar aku...
Aku amik kan gambar Haikal plaks....
Jumpa ramai orang yang pakai t shirt oren cam yang dok cangkung atas tangga tu..agaknya dorang ada kursus sini kot...Budak Tembam tu dh x sabar nak balik....janji ngan pakcik van tu nak tunggu pukul 2.00 petang depan Regency Hotel untuk turun...Tapi pakcik tu terlambat sikit..pukul 3 baru kitorang turun...
Turun je sampai Kaki Gunung Jerai tu...terus Achik drive gi makan Nasi Mandy kat Gurun...
Semua makan Nasi Mandy ayam...kecuali mak aku..Mandy Kambing..eh,kakak x makan pun sbb dia deit..dia minum je...Tapi x suka la aku dengan pekerja kat situ..sombong2 & muka ketat je....langsung xde nk senyum...bercakap pun tidak...muncung & muka ketat je..kita plak yang terhegeh2 order makanan..bukan kitorang minta sedekah...kita bayar tau...terus semua orang x berapa selera nak makan...tapi habis la juga sbb bayar tau...hehehe
Achik dah banyak kali bawa kitorang makan sini tapi nenek kata pasni xnak datang dah sebab pekerja dia sombong sangat....padan muka dorang..!!! kan dah hilang ramai pelanggan...
Lantak dorang lah....esok aku dah nak balik KL pun...
Gunung tak sejuk macam kinabalu atau genting higland, 24 darjah celcius shj mcm fraser hill.
ReplyDeleteTapi tumbuhan2 dekat jalan menuju ke puncak G Jerai itu terdapat yg serupa dengan gunung kinabalu, lumut berwarna putih susu yg hanya terdapat diketinggian 2000 meter keatas.Yg unik dengan tumbuhan di gunung jerai dari kaki bukit yg padat hutan hujan khatulistiwa, semakin kita menaiki ketinggian tumbuhan sangat cepat berubah kepada tumbuhan yg jarang berupa pokok reneh batang pokok kelupas,di ketinggian 600 meter terdapat pokok tirus semulajadi.
ReplyDelete