Tuesday, 2 April 2024

AYAM MASAK GAJUS,SAMBAL NANAS BILIS,SAYUR KOBIS & AIR TEMBIKAI

 Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 22..


Juadah iftar kami 3 beranak semalam...
Adah berbuka kat luar bersama rakan- rakan ofisnya.Walaupun dah balik semenanjung tapi Adah masih kerja kerana hq memang kat KL.
So,kami berbuka 3 beranak sahaja.



Ayam Gajus...jadi rebutan Cella & abangnya...Sepatutnya guna isi ayam yang diperap bersama sos tiram bagai dan lauk ni lebih moist..Tapi saya masak short cut guna ayam popcorn frozen.


CHICKEN POPCORN GORENG GAJUS
1. Goreng chicken popcorn agak agak semagkuk besar sampai rangup & ketepikan.

2. Goreng 1 cawan gajus hingga keemasan....Ketepikan.

3. Panaskan minyak anggaran 2 sudu..tumis ½ labu bawang Holland dan 10 bihi cili kering yang dibasuh dan dikerat kasar.Goreng sekejap sahaja kerana cili kering mudah hangus.

4. Masukkan semula ayam dan gajus serta daun bawang yang dipotong kasar.Tidak perlu garam dan perisa kerana ayam popcorn dah cukup masin.






Ini cara short cut la..Kalau nak guna isi  ayam segar saya pernah juga masak macam KAT SINI...



AYAM GAJUS
2keping dada ayam
1 cawan gajus
3 sudu kicap
2 sudu sos tiram
5 batang cili kering- gunting 1 cm
2 pokok daun bawang
1 bawang besar
1/2 cawan minyak

1. Dada ayam potong dadu...perap ngan kicap & sos tiram.
2. Panas minyak & goreng gajus sampai golden brown..angkat.
3.Dalam minyak yang sama goreng cili kering yang dh gunting sekejap sahaja...kejap je sbb cili cepat hangus...masa ni baunya wangi sangat..angkat cili tu.
4. Dalam minyak yang sama..tuangkan ayam tadi yang dh diperap.Goreng beberapa minit..
5. Pastu masukkan bawang besar,gajus,cili yang dah goreng & daun bawang...Garam x payah masuk sbb dah masin..




Saya juga masak Sambal Bilis & Nanas..
Ini antara lauk kegemaran saya..Rasa pedas,masam, manis memang sedap..Kalau selera saya,cukup satu lauk ni saja mampu melicinkan nasi dalam pinggan.

Saya selalu juga masak Sambal Nanas ni..tapi kadang ja post kat blog ni...Antaranya KAT SINI.....





SAMBAL IKAN BILIS DENGAN NANAS

1 biji nanas 

 1 cawan ikan bilis kasar

¼ cawan minyak

¾ cawan cili merah + cili padi merah blend jangan terlalu halus 

¼ cawan bawang blend halus

Garam,gula secukup rasa

1. Panaskan minyak & goreng bilis hingga garing.

2.Tanpa mengeluarkan bilis terus masukkan bawang blend hingga harum

3. Tambah cili blend & masak hingga naik minyak

4. Masukkan nanas yang dihiris-hiris,garam& gula

5. Masak agak lama  hingga air nanas kering & nanasnya menjadi seakan lutsinar.

6.Sesuaikan rasa


Air Tembikai....
Dah hampir setiap hari pulak buat air tembikai 


Air tembikai sentiasa evergreen walaupun mater melon juice is red...hihihihi



Alhamdulillah..rezeki 21 Ramadhan..


8 comments:

  1. Kecur liur saya tengok sambal bilis nanas tu. Beberapa hari ini saya dok terbayang pajeri nanas nak buat raya nanti.
    Hari ini kami minum jus epal pula. Dah tiga hari berturut-turut Encik Suami buat jus tembikai.

    ReplyDelete
  2. Tertarik nak cuba sambal nenas ikan bilis tu

    ReplyDelete
  3. Menarik semuanya
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  4. Tak besa makan lagi sambal bilis nenas tu Mak Cella. Nak try la :)
    Sy hari ni plannya nak buat ayaq tembikai gak...

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan ikan bilis nenas tu kak...tapi nampak menarik

    ReplyDelete
  6. Senang guna chicken popcorn kan. Lagi cepat proses memasak. Rare ni sambal ikan bilis campur nanas.

    ReplyDelete