Monday, 1 April 2024

IFTAR @ TGSK KUALA LUMPUR & ADAH DAH SELAMAT SAMPAI KL

 Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 21..

Semalam Ramadhan ke 20 menerima jemputan daripada besan saya iaitu mak mentua Adah untuk berbuka puasa @ TGSK.


Kami sampai lewat dah melepasi waktu azan maghrib kerana salah lokasi.Kami pergi menaiki Grab Car.
Melangkah masuk dalam kereta Bezza tu,pemandunya hanya bagi isyarat tangan mempersilakan kami masuk kereta kerana dia sedang menjawab panggilan telefon.Suaranya dah la kuat dan macam "gila-gila" sikit..Dia macam nak ajak berbual tapi saya diam sahaja kerana dia speaking London.Hanya Adah yang layan dia betbual.Hujan pula mula turun ketika kami dalam perjalanan.

Mak mentua Adah dah share location & Grab pun dah detect lokasinya..Namun ketika menghampiri destinasi dalam hujan lebat ,pemandu grab berulang tanya "are you sure this is loction?"
Kiri kanan jalan deretan pokok pokok besar..Kiri tanah kosong dan kanannya ada jambatan usang dan sunyi serta menyeramkan..Ketika itu sudah menghampiri 7.15 malam.Bermakna lagi 5 minit waktu berbuka.Pemandu wanita dan saya agak berketurunan Serani@mungkin Tionghua itu berulang kali tanya kerana pastinya dia juga pelik dengan destinasi pelik ini.Adah berulang kali menyemak lokasi dan pemandu grab tu juga bersama menyemak lokasi dan ternyata betul itulah destinasinya !
Peliks!

Adah menghubungi mak mentuanya dan ternyata lokasi TGSK tu kat Bukit Antarabangsa dan mereka telah lama menanti..Pemandu grab tu pula dah terima tempahan baru & tak boleh nak batalkan

Alamak,macamana ni?
Nasib. baiklah kami 3 beranak..Kalau saya sorang...mau enxiety dah rasanya..


Pemandu Grab menghubungi customer service untuk membatalkan tempahan baharu kerana tak sampai hati nak tinggalkan kami tepi jalan tu dalam kehujanan
Nasib kami sangat baik kerana pemandu grab ini sangat prihatin.Tiga kali menghubungi customer service(CS) dan kami dapat mendengar perbualan meraka.Operator CS selamba jawab suruh pemandu grab tu drop kami & teruskan tempahan baharu tu.
Pemandu Grab dah naik hangin  bila penerangannya tentang keadaan kami dan situasi berlaku bukan salah pemandu tetapi dia mengambil tanggungjawab nak teruskan hantar kami atas budi bicara kerana kami juga sudah bagi alamat yang betul & waze pun memang detect location tu..
Tetapi CS perlu batalkan tempahan baru tersebut terlebih dahulu & itulah yang CS taknak buat walhal CS yang kawal sistem .
Mendengar pemandu wanita tadi bertegang leher dengan CS mengatakan dia takkan sampai hati nak drop off 3 orang perempuan tanpa lelaki dalam hujan dan tepi hutan sunyi pulak tak ada tempat berteduh.CS berkeras suruh drop off & teruskan tempahan baharu..
Nampak la pemandu tu hingga meninggikan suara dan sesekali menarik nafas menahan marah mendengar jawapan CS.
Masa berbuka sudah berlalu.Kami masih tiada jalan penyelesaian.
Selang beberapa ketika,pemandu sekali.lagi menghubungi CS dan kali ini dapat dengar dengan jelas operator lain pula yang jawab..

DANNNNN......
Selepas mendengar penerangan panjang lebar pemandu grab ni...perator CS kali ni jawab perkara itu tiada masalahpun..Dia terus batalkan tempahan baru dan masukkan tempahan baru kami untuk grab yang sama..HANYA 30 saat selesai!

Kasihan dengan pemandu yang berusaha membantu kami serta cuba mencari location yang dimaksudkan..Sekali lagi kami dibawa waze ke kawasan perumahan elit @ Bukit Antarabangsa ditengah maghrib tu.Perkara yang jaranf  terjadi kot apabila waze & apps grab car tu dipasang bersama tapi dua dua aps tak dapat detect tempat yang betul.
Setelah berlegar seketika..


Finally....ketika orang dah lama berbuka baru kami sampai..huhuhu
Masih misteri tentang kejadian.Dahla kata mak mentua Adah..kawasan kami sesat tu sbenarnya tak jauh dari situ ada kuburrrrr.....Allahu Ujian bulan puasa agaknya
hihihi...
Alhamdulillah ,pasti ada hikmah yang kita tak tau...


Dipendekkan cerita...begitulah cerita yang panjang...panjang ke pendek ni...hihihi
Mentua Adah ajak berbuka bersama kerana Adah dah balik KL Sabtu petang 



Suami Adah hantar laporan...pesawat yang Adah naiki baru berlepas dari Tawau Airport pukul 12.15.

Memandangkan penerbangan memakan masa lebih kurang 3 jam..Saya dan Cdlla mengambil keputusan bergerak ke KLIA seusai solat Zohor..Senang sikit takda la nak kelam kabut bila dah solat siap siap.



Ketika kami keluar pintu rumah 1.28 pm...flight Adah sedang merentas Laut China Selatan berhampiran Kepualauan Riau.

Ketika kami tiba di KLIA...flight belum landing lagi.Kami dua beranak hanya tunggu dalam kereta tidak jauh dari pintu keluar.Mencongak masa mungkin dalam ½ jam jugak sementara Adah nak tinggu lugage bagai.



Sempat la beberapa buah pesawat berlepas melewati depan kami sementara nak tunggu Adah keluar


Ok...itupun Adah dah keluar dari gate....Jom balik..
Adah balik sorang sebab suaminya belum cuti & akan menyusul hujung minggu ni sebelum raya.

6 comments:

  1. Alhamdulillah ditakdirkan dengan pemandu grab yang baik.. syukur.. kenangan yang tidak akan dilupakan..

    ReplyDelete
  2. Baiknya pemandu grab tu. Nampak menariks konsep restorannya Mak Ngah. Alhamdulillah, Adah dah balik, dapatlah umi melepas rindu.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat berkumpul bersama anak yang jauh.
    Kiranya pemandu grab itu seorang yang bertanggungjawab, melaksanakan tugasnya dengan sempurna.

    ReplyDelete
  4. nampak besan akak macam keluarga besar juga ye...
    happynya kak anak dah ada depan mata..saya lagi 3hari nak tunggu anak balik...

    ReplyDelete
  5. Bukan senang nak dapat pemandu grab yang prihatin...seronok la Adah dah balik...

    ReplyDelete
  6. Mujur dapat pemandu grab yang baik m alhamdulillah . Tapi kalau sorang-sorang tu memang kena behave juga kan ..risau zaman sekarang ni

    ReplyDelete