Sunday, 10 June 2018

DUIT RAYA PERTAMA 2018

Duit Raya....
Korang dah dapat duit raya ker..?
Mestilah ada yang dah dapat banyak kan...
Heee....aku pun dah dapat duit raya...
Tak lah banyak...
Tapi kira dah dapat lah dah duitraya sebelum raya..
Mak aku cakap dah boleh buat "denak"
Haa...denak tu apa..?
Mak aku cakap denak tu biasa digunakan untuk binatang peliharaan yang dijadikan penarik untuk menjinakkan atau  menangkap binatang liar..
Contohnya burung....gajah..
Haa...gajah denak digunakan untuk menarik perhatian dan menjinakkan gajah liar agar dapat ditangkap.
Senang citer supaya lepas ni dapat lagi banyak duit raya la...
Hahahaha.....
1st duit raya yang aku dapat yang rm5 tu..
Sekolah bagi hari Rabu..
Ada majlis salam raya dengan cikgu2..
Sebenarnya tu memang setiap tahun sekolah buat majlis serah bantuan raya untuk anak yatim dan asnaf..
Anak yatim ngan asnaf dapat banyak la duit raya..
Dorang yang anak yatim ngan asnaf setiap kali puasa pun selalu akan kuar iftar kat hotel dan mewah la dapat banyak duit raya..
Kami student lain ni akan dapat juga duit raya..
Saguhati habuan jadi penonton dan meramaikan majlis...
Tapi x tahu la duit raya ni sumbangan PIBG ke...atau memang ada prang sponser..
Tahun lepas rasanya dapat sorang rm3..
Tahun up skit...
Dapat sorang rm5..
Mmmm....mungkin sebab tahun ni dah GST sifar kot..
Hahahahaha...ada kaitan ker..?
Huh...tapi banyak la juga bajet duit raya tu..
rm5 x 100++ students..
Mm...dah lebih 5k jugak la..

Haa....lagi rm 20 tu aku dapat hari Jumaat...
Mak Nik Anis bagi...
Aku jumpa mak Nik Anis masa balik .
Aku ingatkan dalam sampul tu rm5 @ rm10 jer..
Sekali dah sampai rumah buka...RM20 ko..!!!
TQ mak Nik Anis..seronoknya aku...!!!
Nik Anis kata lepas sekolah nak terus balik Kelantan...!
Awalnya dorang balik kampung..
Semoga Allah mempermurahkan lagi rezeki kepada  semua orang yang berkongsi rezeki denganku..
Semoga Allah memberi kegembiraan yang berlipat ganda kepada orang yang mengembirakan hatiku..
Juga semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki dan rahmat kepada keluargaku..!
Amiinnn.....




No comments:

Post a Comment