Mak aku kata kalau malam tadi memang lagi cantik. Mak aku kata dalam bulan Islam.setiap malam 15 haribulan ,bulan akan mengambang penuh...bulan Islam adalah tetap pusingannya..1 haribulan mesti ada anak bulan..cuma kadang-kadang x nampak...15 haribulan mesti bulan penuh mengambang...belum pernah berlaku bulan x jadi mengambang atau tiba-tiba je jadi bulan sabit pada malam 15 haribulan...kecuali kalau ada gerhana bulan...itupun bulan tetap mengambang penuh cuma agak gelap kerana dilindungi bayang bumi...Itulah kekuasaan Allah
Itu sebabnyamak aku kata nak tentukan tarikh puasa & tarikh raya kena tengok anak bulan...
Tapi kalau bulan yang kita guna kat sekolah macam Januari..februari..Mac ...hingga Disember tu
Kadang-kadang kalau malam bulan mengambang penuh..boleh nampak cahayanya dalam air tasik tu....tapi malam tadi aku x tengok pun....pagi ni bangun awal sbb kakak ada kelas tambahan kat sekolah....semalam pun kakak ada Majlis Graduasi..Mak aku plak ada Majlis Dialog Ibu Bapa Thn 5..Malam tadi patutnya kakak ada aktiviti mendaki Bukit Broga ngan famili kakak Anisah...tapi mak aku x benarkan sbb kakak dh nak SPM lagi 2 minggu je..Mak aku kata takut apa2 kejadian yang tak diingini berlaku....contohnya cedera ke apa ke....Kakak memang merajuk giler ar....Balik dari majlis graduasi,kakak tutup pintu bilik x kuar-kuar sampai pagi ni...Mak aku kata biarlah kakak yang merajuk atau menangis kerana x dapat joint daki bukit tu...daripada mak aku yang menangis kerana berlaku apa2 pada kakak...hmm,baru aku tau susah juga jadi mak...macam mak aku,banyak sabar je ngan kakak..kadang ngan abang..kadang2 ngan aku...ngeeeeeee....hari ni kakak kelas tambahan....Kira minggu ni aktiviti penuh la 7 hari seminggu..Esok peksa hujung tahun..sekolah kebangsaan 7 sekolah agama skali....hambik kau...padan muka aku...huhuhuhu
No comments:
Post a Comment