Sunday, 6 March 2022

MAKAN NASI ALAS DAUN PISANG @ KAMPUNG

 Balik kampung kalau naik bas malam,rasa untung sehari sebab bila sampai waktu pagi dah terus boleh beraktiviti.

Dah lama tak makan nasi @ kampung.Selalu balik,makan kat rumah baru atau kat rumah Achik.Tapi balik kali ni Achik bz sebab on duty.Tapi Achik dah "wakafkan" Myvi merahnya untuk kegunaan kami sebab balik naik bas kan...



So,deside nak lunch kat kampung walaupun tanpa Achik,Pakcik dan Aqil.

Kami balik 3 beranak sahaja..Saya,emak & Cella


Lunch @ kampung.Makan nasi beralas daun pisang & berlaukkan ikan talapia bakar cicah kicap cili bawang.

Mak ajak beli ikan talapia hidup kat Tanah Merah.Ikan fresh masih hidup.Bila nak beli baru depa timbang dan siang.Sekilo hanya RM15.

Ambil 2 ekor.Bawa balik kampung dan bersihkan.Mak cantas 1 ranting buluh buat semanggang untuk kapit ikan ni.Teruja Cella dapat kapit ikan pada semanggang tradisional.

Emak hidupkan api menggunakan kayu getah dan kayu rambutan untuk dijadikan bara


Bakar ikan cara primitif..Mak pacakkan pangkal semanggang buluh di tanah lembab dan biarkan ikan meliut kearah bara api 


Nampak macam direntang atas bara.Tapi sebenarnya dipacakkan tepi bara api 


Mak selitkan juga sekor ikan tamban masin kerana kata mak kalau makan nasi tanpa ikan masin,tak puas.

Semanggang ikan dicacakkan kedalam tanah dan ikan meliut ke arah bara api.
Bakar ikan tepi kebun getah...hihihi
Sambil tu tanak nasi.Mak pesan masak lebih.Patutnya tanak 2 cawan sahaja untuk 3 beranak.Tapi mak pesan tanak 3 cawan supaya boleh bawa ke malam.

Ikan dah kena cukai..hihihi

Petik juga beberapa pelepah ulam pucuk senerui..Ada yang panggil ulam pucuk cemumaq.Bersepah tumbuh dalam kebun getah.Bau dia macam daun kari tapi lebih kuat baunya.Beli juga petai dan sate ayam masa beli ikan talapia kat Pekan Tanah Merah tu.
Sebagai pelengkap..
Saya juga hiriskan bawang,tomato masak,limau nipis dan gaul bersama kicap Mudim untuk dicicah ikan bakar.
Mak pula kupas nanas madu.

Cella minta ambil sepelepah daun pisang dan dia longgokkan semua makanan tu atas daun pisang.Longgokkan 3 longgok nasi panas dan sebelum makan buat apa???
Hehehehe ..ambil gambar dulu...🤣

#Semua pic by Cella...sebab tu gambar nampak lebih cantik🤭
Kalau saya snap dah boleh bayang la kan...hihihi

Bismillah....
Masya Allah,sedapnya lahai lunch simple namun sangat menggoda rasa.3 cawan beras yang ditanak selesai kami 3 beranak kerjakan bersama lauk simple ini.Tak bersisa..
Bukan banyaknya lauk menjadi ukuran dan umpan memancing selera.Rupanya semakin sikit lauk,semakin nikmat makan...Benarlah 
"Less Is More"

Fabiayyi ala irobbikuma tukadziban
 (فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) 
dalam Surat Ar Rahman yang beerti:

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”.

Alhamdulillah.....





19 comments:

  1. Betul tu, semakin sikit lauk, semakin banyak nasi habis, hihi. Terliur betullah tengok nasi dan lauk atas daun pisang tu.

    Wah, dah balik bercuti ya, Cella. Selamat bercuti di kampung halaman emakmu. Kamu kampung KL, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..kampungnya diKL..
      Terbalik dengan maknya.Masa mak kanak-kanak berangan seronoknya hidup di KL.Masa anaknya kanak-kanak dia selalu cakap seronoknya hidup di kampung..

      Delete
  2. Seronoknya menjamu selera lagu tu

    ReplyDelete
  3. Nanti nak ikut MC balik kampunglah hehe...Sedapnya alahai makan simple camni, dalam kebun pulak tu. Nostalgia sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..jom...
      Tiap kali balik Kedah...adik saya akan bawa pi kedai makan kat Pondok Hj Salleh di Sik...
      Ma sha Allah sukanya saya lauk pauk kampung kat situ..kerabu & ulaman rare dia walla

      Delete
  4. Seronoknya. Di manalah nak cari suasana sebegini kalau bukan di kampung. Rindunya nak balik kampung.
    Terliur tengok ikan talapia bakar, lagilah makan bersama atas daun pisang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah ni tak balik kampung ka cikgu?
      Atau mungkin kena uruskan anak2 didik SPM agaknya.
      Semoga ada rezeki cikgu balik Bukit Hijau

      Delete
    2. Tak boleh jalan jauh, jaga sekolah, jaga exam.

      Delete
  5. Alahai ikan masin kenit tu tak nak ketinggalan menyelit kat semanggang ikan tawar gedabak tu hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tamban kiat tu tumpang menyelit..
      Saya pun baru perasan dua bandingan saiz...

      Delete
  6. Wahhh..sedapnya makan nasi alas daun pisang. Ikan pulak dipanggang dengan cara tradisional. Bertambah tambah selera makan. Seronoknya lah penyediaan makanan lauk kampung macam ni mama cella. Kalau saya pun teruja macam cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...
      Tapi sayangnya balik kali ni tak dapat nak berlama..Esok lusa Cella dah kena masuk final sem dah

      Delete
  7. ammi tgk gambar 1st mcm "ehhhh makan ulam daun kari ke apa ni"?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee...Rupa dia macam daun kari kan...
      Agaknya spesis dia jugak sebab bau pun ada iras.
      Bunga dan buahnya pun hampir sama

      Delete
  8. Perut berbunyik tengok ikan bako tu.. saya suka ikan bako.. alahaii.. terliurrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...kalau tengok time lapa lagi laaa🤣

      Delete
  9. Aduhaiiii....temptingnya makan macam ni.....best....

    ReplyDelete
  10. Sesekali mengenang sejatah silam..hihihi

    ReplyDelete