Thursday, 31 March 2022

BEKAL KETUPAT PULUT HITAM

 

Makan ketupat pulut hitam...Sedapnya makanan nostalgia ni..Jarang jumpa dah ketupat pulut hitam ni.


Ruby bawa bekal semalam untuk kami bertiga makan kat atas kayangan nu....


Banyak dia bawa ketupat pulut hitam..Siap dengan randang ayam..

Alhamdulillah sedapnya.Rasa macam raya dulu-dulu pulak.


Kerana terlanjur bawa balik daun palas dari Kedah...saya plan nak buat juga ketupat pulut hitam.Tengah tunggu beras pulut hitam ketupat dari shopee.

Walaupun ada saja yang guna pulut hitam yang buat bubur tu untuk buat ketupat pulut hitam tapi saya merindui ketupat pulut hitam yang sebenar iaitu menggunakan cpuran pulut hitam khas untuk ketupat.Apa bezanya...?

Tunggu pesanan dari shopee sampai nanti kita cerita yer...

2 comments:

  1. Sedapnyaaa ..biasa makan ketupat palas yang kaler putih tu je...x pernah makan yang versi ni..

    ReplyDelete