Sunday, 5 April 2015

GULAI DAGING DENGAN BATANG PISANG...!!

Gulai Daging Dengan Batang Pisang..!!!
Haaa...naper..???
Terkezut..?
Baru tau yang batang pisang boleh makan..!!!
Aku dah beberapa kali makan lauk ni sebab ni antara lauk yang ada kalau makan kenduri kat kampung...

Haa...live from wok hokeh..!!
Gulai Daging + Batang Pisang...
Mak aku kata bukan batang pisang....
Tapi namanya Umbut Pisang...
Iaitu bahagian yang lembut dalam batang pisang tu....

Jom tengok nenek aku amik umbut pisang.....

Ni kebun pisang Pakcik....
Dekat sungai taliair...
Tepi pokok rambutan yang sedang lebat berbunga....
Nenek kata kena pilih pokok pisang yang masih muda..
Pokok pisang yang belum berbuah barulah ada umbut..
Kalau pokok pisang yang dah ada buah...dah xde umbut sebab dah keras...
Lagi satu nenek kata x semua pokok pisang boleh amik umbutnya..
Ada pokok pisang yang umbutnya pahit...
Yang ni pakcik kata pokok pisang batu atau pisang nipah..
Ooooo...


Pokok pisang yang dah ditebang tu kena kupas kulit batangnya sampai dapat umbut yang putih & lembut dalam batang pisang tu...
Yang bersepah tu tempat nenek kupas kulit batang pisang tu...

Sebenarnya aku amik gambar dari dalam pagar je.....
Sebab nenek x kasi pergi kat pokok pisang tu...
Takut ada pacat...heeee


 Pokok pisang yang dah amik umbut tu....daunnya jangan dibuang...
Nenek jemur sampai layu & nenek kata boleh buat bungkus kuih & bungkus nasi lemak...


Haaa....ni la umbut pisang yang dah siap dari batang pisang tu...!!!


Lepas amik umbut pisang nenek cangkul plak rumput-rumput tepi pokok serai....
Eh....umbut pisang tadi mana...???


Haa...umbut pisang tu kena la potong & cuci ..


Pastu baru la boleh masak  gulai dengan daging...!!
Selalunya nenek kata umbut pisang ni masak kari dengan daging...
Tapi yang ni masak Gulai Asam Pedas Dengan Daging...

GULAI DAGING DENGAN BATANG PISANG..
1/2kg daging
1batang umbut pisang (dari 1 pokok pisang)
1/2 cawan minyak
2 keping asam keping
garam & sikit gula

Bahan blend:
20 cili kering-rebus
1 potong lengkuas
1 serai
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul kunyit

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga garing
2. Masukkan daging & air secukupnya.
3. Masak hingga daging empuk....baru dimasukkan umbut pisang.
4. Masak hingga umbut pisang lembut.
5. Masukkan asam keping,garam & sikit gula.
6. Masak hingga agak pekat & siap..



No comments:

Post a Comment