Thursday, 28 August 2014

TANG YUEN...DESSERT BUKA PUASA


Dessert untuk mak aku buka puasa....Sejak lepas raya aku tengok rajin plak mak aku puasa..Hari tu bulan Syawal mak aku kata dia puasa 6...Tapi rasanya dah berbelas hari nampak mak aku puasa..Ish ni bukan puasa 6 ni..Ni puasa belas-belas...Bila tanya...mak aku kata saja nak puasa ganti & puasa sunat..
Ooooo...Tapi bila aku nak joint,mak aku kata tunggu lepas UPSR nanti...
Pulakkkkk..!!!
 Sebenarnya memang aku tengok mak aku masak dessert ni ,,tapi mula tu aku ingatkan mak aku nak buat Buah Melaka ataupun bubur yang warna-warni tu..rupanya meleset dong..!!!

Mak kata dessert ni namanya Tang Yuen...
Hah..Tang Yuen....Macam nama Cina je..
Hmm..mak aku kata memang nama Cina pun sebab ni asalnya makanan orang Cina..
Ooooo.....
Tapi kenapa pulak buat makanan orang Cina untuk buka puasa...?
Kata mak aku sebenarnya sebelum ni pun mak aku dah pernah buat ..cuma aku je yang x perasan kot....
Owh..ye ke...?
Yea la...rasa macam ingat..macam lupa pun ada..
tapi rasa mecam pernah tulis kot dalam blog ni..tapi aku sendiripun dah x ingat...

Tapi tang namanya memang kelakar la sikit...
Mak aku sebut je nama Tang Yuen....Aku terus teringat sorang cikgu sekolah aku..
Namanya Teacher Yuen...
Hahahahaha...nama penuh Teacher Yuen ialah Yuen Tze Ling...ajar English masa aku Tahun 4...
Teacher Yuen ni cantik & slim tapi dia punya pelat Cina dia memang pekat jugak la.. 
Mungkin Teacher Yuen pernah makan dessert Tang Yuen ni agaknya sebab dia memang orang Cina

Kata mak aku...dia tergerak hati nak masak Tang Yuen lagi....sebab tengok ASTRO 703 Asian Food Chanel 2 hari lepas..
Ooooo..baru aku ingat..sebab aku pun sempat juga tengok tapi separuh jalan je sebab rancangan tu cakap bahasa Manderin..Mak aku memang boleh layan je bahasa apapun kalau pasal masakan..Bukan sebab maka ku pandai banyak bahasa tapi tengok translation la..hahaha
 Rancangan tu pengacaranya Jason ..waa  aku siap sebut  nama tu ...hehee...sebab ada tulis kat situ...Dia buat penggambaran di Klang..Banyak la gerai yang jual Tang Yuen ni dia kunjungi  & dia juga ceritakan tentang asal usul dessert Tang Yuen ni..
Mengikut cerita penjual-penjual dessert ni yang memang kebanyakan dari kalangan wanita-wanita Cina yang dah tua la..Tapi yang aku sempat tengok tu masa dorang tengah makan kat gerai-gerai tu je...Pastu aku terus masuk bilik buat homework..
Cuma bila mak aku ceritakan semula baru aku ingat..
Mak aku kata dalam rancangan tu..dia ada ceritakan asal usul Tang Yuan ni yang kononnya dimasak oleh penduduk China disatu kawasan pada musim sejuk..Dessert ini dimakan untuk memanaskan badan kerana mereka menggunakan banyak halia dalam kuah sirapnya.Selain daripada itu pembuatan bebola daripada tepung pulut tu dilakukan beramai-ramai kerana pada musim sejuk kebanyakan berada di rumah. Dengan menggentel bebola tu beramai-ramai secara tidak langsung ianya mengeratkan hubungan keluarga seperti juga majlis makan bersama sehari sebelum Tahun Baru Cina..
Ooooo camtu..menarik juga kisahnya..
Tapi.....
Haaaa.ada tapinya ye...
Dalam rancangan tu penjual-penjual Tang Yuen ni bagutau yang budaya tu dah makin hilang.Ramai orang muda Cina sendiripun dah x membuatnya lagi.Jika hendak makan mereka hanya kan mengunjungi gerai yang menjualnya atau hanya membeli bebola Tang Yuen  ni ayang ada dijual di super market dibahagian sejuk beku....
Hmmmm...memang ada pernah jumpa la kat Giant....kat bahagian yang ada jual karipap beku...& macam-macam makanan beku tu..
Mak aku mula lah membebel pada aku...
Kata mak aku ..memang budak2 sekarang x suka nak masak...x macam zaman dolu2..Budak perempuan 10 tahun pun dah pandai masak nasi & lauk..
Hmmm...dengar je la...hehehehe

TANG YUEN...mak aku nyer..
2 cawan tepung pulut
air secukupnya
sedikit pewarna pink

Sirapnya:
2 keping gula Melaka (guna gula nissey Kelantan)
1 ketul halia tua - dikupas kulit & ketuk
2 helai daun pandan
3 cawan air.

Mula- mula masak sirapnya:
Masukkan semua bahan sirap dalam periuk & masak hingga gulanya larut & mendidih...
*** Kalau ikut cara dalam rancangan tu..peniaga Tong Yuen menggunakan halia Bentong yang bermutu tinggi & halia tu ditumbuk & diperah airnya supaya rasa halia tu kuat & memberi rasa pedas kepada kuahnya..


Kemudian Buat Bebola Tepung Pulut:


1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga agak-agak boleh dibentuk..Macam play dough la..
2. Bahagikan kepada 2 bahagian..1 bahagian plain & 1 bahagian lagi warnakan pink..
4. Masak air yang banyak dalam periuk hingga mendidh.Sambil tu gentelkan tepung pulut tadi hingga habis & rebus hingga timbul...Angkat & rendam dalam air sejuk supaya tidak melekat
**** Kalau nak terus dimakan x perlu rendam dlam air sejuk..Terus masukkan dalam sirap panas..
         Yang ni sebab baru pukul 6 lebih..Nak buka puasa pukul 7.26 malam..kena la rendam dulu.

 5. Bila nak makan..Panaskan sirap & isikan bebola & terus tuangkan sirap panas kerana dessert ni dimakan panas-panas..

 ** Ni Tong Yuen tu yang mak aku suruh aku makan masa baru dimasak...Mak aku kata sebab aku tengah 'senggugut' elok minum kuah Tong Yuen tu kerana ada halia..boleh kurangkan sakit perut..
Tapi jujurnya....
jujurnya...
jujurnya...
Aku hanya mampu makan 3 biji bebola tu & minum beberapa sudu kuah sirap yang panas tu..
Sebabnya tekak aku memang x boleh nak terima sangat bau & rasa halia tu...walaupun mak aku hanya isikan dalam mangkuk kecik je..memang x habis...sowiiii..!!

Ni mangkuk mak aku... untuk buka puasa..
Huh...pelik aku...!!!!
Mak aku boleh makan sampai habis semangkuk & mak aku kata sedap sangat...
Nampak berpeluh mak aku hirup...hmmmm..memang selera orang dewasa camtu kot ..suka bau & rasa halia..hehehehe
Itulah panjangnya cerita Tong Yuen ni...
Tapi seriously....
Tiap kali sebut Tang Yuen aku ingat Teacher Yuen....hahahahaha..sowi teacher..!!!








No comments:

Post a Comment