Memasuki usia yang dah banyak ni...dapat melihat dan meraikan orang demi sorang rakan sekerja dah memasuki fasa bersara...
Bulan April hari tu Kak Muzd bersara...Dapat bersama meraikan bila ada surat jemputan dari tempat kerja lama.Nasib baik majlisnya hari Jumaat .Walau agak lambat saya sampai tapi Alhamdulillah dapat juga berjumpa ramai kawan-,kawan bukan sahaja yang masih bekerja di sana tetapi juga rakan rakan yang dah bertukar tempat kerja,berlainan jawatan dan ada juga yang sudah bersara...Kak Zam....pun bulan Jun...Sama minggu depa dua orang tu...Kak Zam Selasa..En Hedzir Jumaat....
Sama sama cergas sihat di usia 60...
alhamdulillah...
Depa diraikan bersama atas satu pentas pada hari yang sama..Kak Zam pun katanya sehari selepas majlis dah fly balik tanah tumpah darahnya ...Pulau Langkawi Pulau Lagenda Mahsuri
Untuk Kak Zam pun sama...
Coklat penyelamat...Walaupun patutnya orang bersara bagilah cendera hati yang special sikit kan....Sebelum tu terfikir nak ke kedai bunga tempah jambangan ros merah...tapi tapi t
kelam kabut apa entah ..tak sempat... dapat jemputan pun sehari sebelum ..Hanya ini sahaja penyelamat...Tak apa la kan.....asalkan tidak pergi dengan tangan kosong kan....
Melihat rakan-rakan sorang demi sorang bersara....perasaan bercampur baur.Nampak depa semua sihat ceria dhari persaraan ...semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik,jiwa yang tenang dan dapat sampai ke garisan akhir perkhidmatan dalam kemenangan dan kebahagian meniti usia persaraan nanti..Juga sepanjang perkhidmatan yang masih berbaki ...banyak tahun lagi ni...🤭







Coklat mmg penyelamat kalo x tahu nak bagi apa...In Sha Allah..nnt sampai waktu turn kak pula...
ReplyDeleteBetul...
DeleteIn shaa Allah...
Saya bersara awal di usia 48thn .. Last day akhir bln ni tp skarang dh cuti abiskan cuti yg ada... Semoga dipermudahkan utk bersara nanti ye
ReplyDeleteSelamat menempuh dunia YB...Semoga Allah mudahkan urusan MT 🤲
DeleteSelamat bersara buat keduanya. Bestnya dah bersara tak perlu fikir urusan kerja dah. Dapat berehat dengan tenang. Ok je tu bagi coklat kalau dah last minute.
ReplyDeleteTu la ..kadang fikir seronoknya depa dah bersara...Nak apply bersara awal...risau ..hihihi
DeleteSemua pakat bersara umoq 60 ya... Selamat bersara, jadi YB la :)
ReplyDeleteYa PH...yang mohon bersara awal pun ramai juga tak lulus katanya...banyak prosedur & atas keperluan perkhidmatan katanya
Delete