Weekend baru ni ke Puast Kitar Semula Prensint 9 Putrajaya untuk hantar dua beg pakaian terpakai.Nak buang begitu sahaja terasa sayang kerana dua beg ni adalah pakaian terpakai yang masih elok tiada cacat celanya pun.Cuma ada yang dah lama tak pakai dan ada sepasang dua yang memang belum pernah pakai pun..tapi sebab salah saiz.
Sebelum cuti Raya Haji kengkonon buat 5S (Sisih,Sapu,Susun,Seragam & Sentiasa) Amalkan ta Amalkan) tapi rasanya saya hanya buat 3S iaitu Sisih,Sapu &Susun sahaja...
2 lagi S iaitu Seragam & Sentiasa Amalkan tu...payah la sikit kan...🤭...
Dah buat 3S pastilah ada pakaian terpakai.Sebelum ni dok hantar ke charity box kat Masjid UPM tu...tapi sekarang charity box tu dah takda..
Nampak juga PH share tentang pengumpulan pakaian terpakai di Masjid Sri Gombak( kalau tak salah) tapi dok cari posting tu tak jumpa dah.Lagipun ke sana lagi jauh dan jem berbanding ke Putrajaya...Makanya,pilih la PUSAT KITAR SEMULA PRESEN 9 PUTRAJAYA...Dah beberapa kali ke sana untuk hantar barangan terpakai.
Selesai letak je kat situ...dah ada yang menanti nak pilih....Dua beg merah tu yang kami punya...Longgok jer kat luar tu...Tak pasti sama ada dua wanita tu pekerja sukarela atau sebaliknya.Terus tinggalkan kepada meraka dan kami terus gerak.
Kami menuju ke Alamanda.....
Dulu ....masa anak anak masih sekolah....Alamanda antara tempat healing kami anak beranak bila hujung minggu..Berlama -lama di MPH mentelaah buku percuma.....
Walaupun MPH tu kedai buku tapi kami dah buat macam library sendiri..Baca buku dulu sebuah dua...belinya buku lain...hihihi...Situ juga kami bukan sekadar mencari stationary...tetapi juga saya jadikan tempat melepaskan mereka 3 beradik di dalam MPH tu rasa terlepas bebenan penat menjadi pelarian sepanjang minggu.Entah kenapa Alamanda serasa selamat untuk kami.Rasa tidak diekori dan rasa seperti selamat berada di situ..Saya juga banyak membeli buku buku resipi,majalah dan juga buku buku motivasi di MPH..
Sekitar 10 tahun dulu juga kerap ke Alamanda ni setiap kali ada urusan di LPP masa tengah uruskan pinjaman dan pembelian rumah kat Kedah tu..Kalau mak datang KL ni,Alamanda antara tempat yang mak suka kalau bawa ke sini.Mak suka makan kat foodcourt tu ..
Nampak bodo ja tapi sedap sungguh pada tekak saya...Mee dia kenyal dan opkos takda rasa kapur macam mee kuning tu..








No comments:
Post a Comment