Salam Maal Hijrah 1448...memasuki tahun baharu Hijrah juga beerti usia kita bertambah lebih banyak berbanding pengiraan tahun masihi..Ini kerana setiap bulan Hijrah mengandungi 29 dan 30 hari sahaja kerana bulan hijrah mengikut putaran bulan.Sebaliknya berbanding bulan masihi pengiraan hari dalam sebulan ialah 30 dan 31 hari kecuali bulan Februari hanya 28 hari dan 4 tahun sekali berubah menjadi 29 hari dikenali tahun lompat.Setiap 365 hari tahun masihi bersamaan 1 tahun + 10 hari tahun hijrah.Haaaaa siapa yang dalam ic umur dah umur 35 tahun tu kalau kira tahun hijrah umurnya dah 36 yer!....Apa lagi yang umur dah lebih banyak..termasuk saya ...sendiri la mau kira...hihihi
Cuma sedihnga sekarang ini,sambutan Maal Hijrah tidak lagi semeriah dulu..Ke...saya je yang rasa macam tu?
Zaman kanak-kanak,tiap kali Maal Hijrah,pasti ada sambutan di surau yang kami panggil "balaisah"(bahasa betulnya madrasah) tapi orwng kampung kami sebit "balaisah" iaitu surau untuk solat jemaah merangkap tempat belajar Al-Qur'an dan fardhu ain.Kalau yang dah biasa baca catatan saya dalam blog ni pasti tahu cerita kampung saya walau kampung kecil tapi ada dua surau.Walau kampung kecil jauh dipedalaman tapi sambutan Maal Hijrah tak pernah dilupakan...
Memasuki zaman sekolah rendah,sambutan Maal Hijrah disambit dengan mengafakan ceramah berkaitan Maal Hijrah dan altiviti berkaitan Maal Hijrah.Masuk sekokah menengah pun sama,tetapi lebih meriah bagi kami yang tinggal di asarama.Selain bacaan doa dan bacaan Surah Yassin beramai di surau asrama,Maal Hijrah yang juga cuti umum bermaksud cuti "prep" juga..Hari cuti umum boleh berguling atas katil puas-puas,lepas sarapan boleh tidur,bangun lunch bila dengar loceng makan,boleh menonton TV kat Bilik Tayangan dan boleh baca novel cinta sampai terbawa cerita novel ke dalam mimpi...Kalau untung nasib,sekolah terpilih menyertai perarakan Maal Hijrah di Pekan Pendang.Kalau tak pun,ada orang kenamaan sponser bas untuk asrama & terpilih pi tengok perarakan kat Alor Setar..Tapi saya tak pernah terpilih...hihihu
Zaman belajar kolej pula...Maal Hijrah,adalah hari untuk keluar ke KL awal pagi bagi melihat perarakan Maal Hijrah di Dataran Merdeka.Tahun pertama di kolej akan kekal dalam ingatan bilamana saya antara yang terpilih menyertai persembahan pentomin Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Stadium Negara dan dapat masuk TV.Rasa bangga tak terkata walaupun babak yang nampak saya tu hanya beberapa saat dan orang tak kenal pun.!!🤭🤣🤣
Memasuki zaman kerja,Maal Hijrah sangat dinanti...sebab CUTI UMUM..Kalau boleh pilih ...nak jer setiap tahun biar cuti Maal Hijrah jatuh ya pada hari Jumaat atau Ahad atau Isnin....boleh la long weekend...🤭
Tahun ni Maal Hijrah 1448 jatuhnya pada pertengahan minggu...Hari Rabu.Plannya pagi pagi tadi nak pi sarapan kat luar.








No comments:
Post a Comment