Thursday 14 July 2022

DAGING QURBAN 2022 & MAKAN KENDURI QURBAN

Catatan Raya Haji 2022 hari ke-2 @ Kedah....

Standard la kalau kenduri qurban @ Kedah wajib menu ni..

Daging rebus serai lengkuas(rupa dan rasa adalah antara singgang dan sup)Semua bahagian haiwan qurban akan dimasak rebus serai lengkuas ni termasuklah daging,tulang,gear box,paru( orang Kedah sebut kelempong) dan perut.Wajib ada air asam tomato sebagai pencicah..Lain-lain boleh tambah la nak masak kicap ka atau ikanmasin dan ulam serta cabai tumbuk(sambal belacan)

Memang kalau kenduri qurban masakannya ringkas. tapi dia punya sedap lain macam sebab daging segar baru disembelih dan daging qurban memang ada keistimewaannya.


IkutAchik pi makan kenduri qurban rumah kawan Achik.Hanya kami berdua beradik pi makan kenduri ni @ Kilang Kechik.Masa ni Cella dah bersiap2 nak balik Trengganu malamnya..
Haikal & Aqil ikut Pakcik pi qurban


Balik kenduri,Pakcik dah bawa balik daging qurban.
Tahun ni saya tak dapat sertai qurban kerana lambat bagitau.
Achik dan Pakcik depa buat qurban lembu dan kerbau..


Ni tulang dan daging kerbau...
Lembu katanya Pakcik buat kat tempat kerja pada hari Rabu iaitu Raya Haji hari ke 4.


Tumpang makan daging qurban Pakcik dan Achik ja la...


Bawa balik juga daging kerbau  qurban ni ke KL..


Malamnya ajak Haikal hantar Cella ke Syahab Perdana...
Punya jem hiway PLUS arah ke selatan...
Jelas dengar suara  Cella rancak  dok cerita apa la kat Haikal tu..
Hihihi


Patut bas pukul 9.30 malam tapi jem agaknya menyebabkan bas sampai lambat..Tapi bagus juga lambat sebab kalau pukul 9.30malam dijangka sampai sana 6 pagi.Kalau lambat boleh la sampai sana dalam pukul 7 pagi dan dah siang..Memang esoknya Cella update sampai sana 7.06 pagi
Alhamdulillah


Haaaa.....kami pulak menempuh jem nak balik dari Alor Setar ke Pendang 1jam setengah..
Konon plan nak tidur awal sebab esoknya dah nak drive balik KL sebek subuh...

3 comments:

  1. Meleleh ayaq lioq tengok pinggan Mak Cella. Oh, TTK dah sampai Ganu... semoga sentiasa dipermudahkan urusan Cella di sana ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn....
      Begitu juga dengan Dak Iman...
      Meleleh ayaq lioq ka ayaq mata tengok portion mak cellašŸ¤­šŸ¤£

      Delete
  2. Tudiaaa...daging fresh..sedap...alhamdulillah tahun ni banyak gak dapat daging qurban

    ReplyDelete