Alhamdulillah ...Hari ini dah 13 Julai bersamaan 13 Zulhijjah 1443.Masih dalam hari tasyrik..
Mengambil peluang berebut juga balik kampung bersama Cella pada awal pagi sebelum subuh pagi Sabtu.Hanya kami 2 beranak balik.Adah & abangnya tak balik.Kalau ikutkan,Cella pun taknak balik sebab cuti hanya 3 hari saja kan...Tapi sebab dia kesian mak dia nak drive sorang- sorang balik Kedah...maka dia pun ikut balik Kedah.
Temankan balik Kedah sajalah,...sebab Cella dah beli tiket bas siap-siap untuk dia terus balik ke Trengganu dari Alor Setar..
Meredah jem dari Slim River hingga Juru dan selamat tiba menjelang Zohor.
Masak gulai daging.Achik dah beli daging untuk mak..sebenarnya untuk kami sebab mak tak makan daging🤭
Achik juga masak sseperiuk kecil nasi putih untuk yang tak makan nasi berperisa
Ada tempoyak bilis..
Ada ketupat palas versi pulit putih dan pulut hitam juga.
Masak gulai daging.Achik dah beli daging untuk mak..sebenarnya untuk kami sebab mak tak makan daging🤭
Esoknya,pagi raya berangkat dan berhangkut balik kampung.Acik masak 2 ekor ayam kampung rendang hijau.
Ayam masak merah...by Achik .
Saya masak laksa
Begitulah juadah hidangan keluarga dan untuk tetamu pada Raya Haji 1446..
Kedah kalau Raya Haji cuti hingga Raya Haji ke-2 tau..!
Raya Haji kat Kedah masih berkunjungan rumah ke rumah macam Raya Puasa..Cuma sejak Covid melanda.. tidaklah lagi semeriah dulu ...Rindu masa lalu yang semakin menjauh
Sebelum bergerak meninggalkan kampung..Achik ajak singgah kubur dulu...Haikal & Pjang menebas rumput yang menutup batu nesan.
Alhamdulillah dapat beraya di kampung. Aidil Adha kali ini rasa sunyi sekali. Hiburkan hati ziarah keluarga terdekat sahaja.
ReplyDeleteAlhamdulillah,kita masih ada keluarga dan dapat beraya..
DeleteCuma pastinya terkenang cikgu terkenang Bukit Hijau kan?.
Amboiii..meriah menu raya akak. Saya pernah beraya haji di Yan. Memang meriah suasananya. Pagi raya pun ade budak² yang datang beraya. Memang best beraya kat sana sebab makanan semua sedap². Tiap rumah buat menu berat. Kenyang makan. Hahaha
ReplyDeleteYa Jaja...budak2 masih beraya dan kumpul duit raya macam raya puasa.tapi hanya sehari ja la sekarang ni..dulu sampai dua tiga hari dok raya lagi..Tang makanan berat pun ya..laksa,nasi tomato,bihun sup,mee kari dan mee rebus antara yang popular selain ketupat
DeleteRamainya menu raya sesedap
ReplyDeleteAlhamdulillah....ramai la jugak...hihihi
DeleteMeriahnya raya. Macam2 ada. Tahun ni tak tahu siapa yg balik Kedah.
ReplyDeleteHuhuhu...agaknya apa la yang kak PI masak pagi raya ?
Delete