Monday, 15 July 2019

BIRTHDAY CREAM CAREMEL

Birthday Cream Caremel
Haaaa...bukan Birthday Cake
Tapi Birthday Cream Caremel
Untuk birthday kakak
14 Julai is kakak birthday
Sama bulan ngan mak aku
Tapi mak aku nyer dah lepas KAT SINI......
Aku ngan abang hare duit beli handphone baru kat mak aku
Masa 2017 pun aku share dit ngan abang surprisekna mak aku dengan masak pasata & beli kek  LOVELY MOM BIRTHDAY ..kat sini
2018 ada kek juga tapi tak tau mana entri tu
AGaknya masih dalam draff..
Aku lupa publih kot
Hahaha

Hari ni birthday kakak
Tapi xde beli kek pun
Hari masa gi Puncak Alam hari Jumaat
Kakak merungut cakap tahun lepas mak aku  lupa birthday kakak
Aku pertahankan mak aku sebab aku masih ingat tahun lepas nyer birthday kakak memang xde beli kek sebab kakak kat kolej
Tapi dah wish dalam famil group & weekend tu dah belanja kakak makan kat McD( walaupun aku makan sekali,...hahaha)
Hari Sabtu,sebelum keluar pagi Sabtu,nampak mak aku masuk letak sampul duit dalam bilik kakak
Aku x campur la sebab ingatkan duit belanja kakak or whatever la
Sekali bila tengok Little Family Group mak au kemain wish birthday kat kakak
Peliks..!!!
Lepas tu tengahari nampak mak aku post lagi sekali minta maaf sebab wish awal kat kakak
Mak aku cakap ingatkan dah 14 Julai
Rupanya baru 13..
Hahaha...punya la mak aku xnak kakak ungkit lagi cakap mak aku lupa birthday kakak la tew..!!
Hahaha...tapi kakak ok jer
Kakak kata klu  advance xper sebab dapat duit
Hmmm....aku dah tahu la...kakak pun sama juga la tu dapat hadiah duit untuk birthday
Aku hari tu pun sama juga
Abang punya birthday pun sama juga dapat duit
Mak aku cakap bagi duit sama banyak....lebih adil
Kalau beli barang nanti kakak tu cerewet..


Tapi mak aku buatkan juga Birthday  Cream Caremel ni untuk kakak
Kata mak aku sebab dah terlanjur weekend
Sambil masa lunch mak aku cakap kukus jer caremel ni atas rice cooker
2 in 1...
MAsak nasi sambil kukus cream caremel ni untuk kakak
Pastu dress up skit kasi syantiks..!
Nama jer untuk kakak
Tapi semua makan la
Hahaha
Syyyyyyy......aku paling x suka kalau ada ceri kat makanan
Aku xsuka ceri...!

CREAM CAREMEL
8 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila

Caremel:
1/2 cawan gula

1. Masukkan gula ke dalam loyang dan panaskan atas api hingga gula melting & golden  brown. Sejukkan
2.KAcau telur sekadar untuk mencampurkan putih & kuningnya.Jangan pukul hingga berbuih
3. Campur susu pekat,susu cair dan air dalam periuk dan kacau rata.
4. Panaskan campuran susu hingga berwap
5. Tuang campuran susu suam ke dalam telur sambil dikacau supaya telur tidak membeku
6. Tapis campuran telur dan susu ke dalam loyang berisi caremel gila tadi dan tambah esen vanila
7. Kukus selama 20 minit
    *** JANGAN kukus terlalu lama nanti  tidak creamy..sekadar untuk bekukan adunan sahaja
8. Sejukkan dan dengan hati-hati terbalikkan ( upside down) puding ke dalam bekas yang lbih besar
9. Hias ikut creativiti


Kalau tengok kat top dia x enarik pun
Berkedut macam KUIH GERODOK TELUR ...kat sini


Tapi bila dah upside down
Rupa dia dah cantik golden brown


Birthday Girl tengah potong Birthday Cream Caremel
Acah-acah la potong kek kan
hahaha
Ok ler tew kan...
Janji sedappppppp


Mak aku cakap kasi kakak la potong
Kasi kakaK mik dulu sebab birthday kakak kannnnnnnn
Hahaha


So, lepas ni jangan hungkit lagi tau
Jangan cakap mak x ingat birthday kakak..!!!
Semoga kakak dipanjagkan umur,dimurahkan rezeki,cepat dapat lesen kereta,cepat dapat kerja & dapat jodoh yang baik dan bertanggungjawab....
Sebab ustazah kata kalau kita doakan apa-apa ,nanti malaikat akan aminkan dan doakan yang sama untuk kita...
Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.........

4 comments:

  1. Happy birthday untuk kakak cella..hi3 yg ke berapa thn ni..semoga panjang umur dan murah rezeki dan menjadi anak yg baik. .Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ acik..actually kakak dah boleh register untuk mengundi.. Hahaha..
      Anyway TQ selalu kirimkan doa yang baik untuk kitorang.. Semoga Allah menggantikan dengan pahala berganda untuk ackk silent reader

      Delete
  2. Salam..happy birthday..kakak..be good alway...
    Kuih gerodok..ganas bunyi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeeee... Gerodok tu ganas ke..
      Heee..kiter pun x tahu maksud

      Delete