Tuesday, 30 June 2026

HAPPY BIRTHDAY CUCUNDA SARAH

 Kebelakangan ni terasa jadual kehidupan semakin tidak tersusun.Caca marba dan dan hilang rentak...Salah diri sendiri sudah tida pandai menyesuaikan diri dengan putaran siang malam 24 jam.Agaknya kalau Allah jadikan siang malam 50 jam pun tetap merasa ridak cukup...hihihi



Semalam  29 Jun 2026 ,ulangtahun ke-2 kelahiran cucunda saya,Sarah Miqayla...
Beza umur lebih kurang  dua minggu ++ dengan  HAMZAH.....cucunda Cikgu Amie

Kalu tahun lepas 1st BIRTHDAY SARAH ,SAMBUT KAT SICRET RECIPE TAWAU..kerana kebetulan saya dan Cella ke Tawau...Masa tu sarah baru pandai jalan selangkah dua...Sekarang dah pandai berlari tak terkejar dah Tok Mummy....mulutnya juga dah macam bertih goreng...petah berceloteh yang kadangkala membuatkan dia give up kerana kita yang tak faham apa yang dicakapnya ....hihihi


Tahun ni,Alhamdulillah birthday Sarah @ Rebung 2 Putrajaya.Mummy Sarah yang  areange sambutan mini  dan belanja  keluarga kecil kami makan...Sayangnya ayah Sarah tak dapat serta kerana terikat dengan tugas di luar.Sambut awal sehari dari tarikh sebenar..Sepatutnya 29 Jun tapi kerana 29 Jun jatuhnya hari Isnin..Maka,Mummy Sarah pilih 28 Jun iaitu sehari lebih awal kerana 28 Jun hari Ahad...semua cuti ..


Meja untuk keluarga kecil kami menyambut birthday Sarah.....@ Rebung 2 Putrajaya



Asslnya dapat meja  panjang depan cashier  & bila request nak m3ja nampak view tasik,pihak Rebung 2 tk dapat penuhi kerana tempahn last minutes...& ruang tengah yang mengadap tasik dah full house!



Tapi nak jadi rezeki Sarah....
Masa on the way ke Rebung 2 tu ..Adah cakap staf deco bgtau dapat meja  bulat besar yang ada view ni...
Alhamdulillah
😍😍😍




Uncle Haikal juga datang dari Sunway bersama sekotak toy"R"us...Happy Sarah dapat berjumpa Uncle Haikal.Mulut pelat sebutan tak henti menyebut "Uncen"..


Malam Jumaat ...iaitu tiga hari sebelum birthday..Saya hadiahkan sepasang telekung comel ni kepada Sarah.Asalnya nak jadikan hadiah birthday bersama set bag pack kanak-kanak.Tapi menegenangkan malam tu malam Jumaat...malam penuh berkat...baiklah pakaikan Sarah telekung tu agar dia dapat bersama ikut bersolat.Sebelum ni Sarah sangat suka ikut ikutan bila nampak kita solat.




Bebunga hati Tok Mummy bagaikan bunga pada telekung Sarah juga bila melihat cucunda nan sorang ni menunjukkan kecerdasan mengingat dan mengikut bila diajar sesuatu...



Benarlah sebutan menjadi doa
Bila pakaikan telekung tu untuknya....kemain excited dia menggayakan solat siap dengan takbirratulihram & mulutnya syy..syyy..syy seakan menbaca surah sebagainana dia nampak perlakuan orang bersolat...
Kemudian bila di suruh berdoa...disebut-sesebut diseru seru ayahnya....

Mungkin berkat doa Sarah dalam "solatnya" sejak malam Jumaat menyeru  ayahnya...tengah malam tadi ayahnya surprise dapat balik 



Semoga Allah kurniakan kepada cucunda Sarah,umur yang panjang lagi berkat,fizikal yang cergas,akal yang cerdas.Menjadi anak soleh penyejuk hati ayah dan mummynya...menjadi hambaNya yang taat berjasa kepada agama,negara dan juga kepada orang lain.🤲🤲🤲🤲


Saturday, 27 June 2026

RANDOM SHORTS

 

Ada rakan sekerja open order strawberry....kita beli 1kg RM38..Buah campur²...





Ada pokok rambutan sedang berbuah...betul-ber depan ofis tempat kerja..Tiap hari kalau punch card akan nampak buahnya.Pokok baru belajar berbuah..Tak banyak..hanya menjadi rezeki burung 





Setandan pisang hutan tepi reban arnab kat tempat kerja ...Ada beberapa biji dah masak..
Saya suka pisang hutan ni walaupun hanya sebsar lelingking dan penuh biji
Tapi manis dan sedap.


RM38



Kari ikan...Dari dulu terikut mak...kalau masak kari ikan...ikannya sikit je...rampainya yang banyak sebab biasanya ikan tu takda sapa nak makan



Tahun ni musim durian meriah kat tepi jalan ....Dah lama tak nampak durian murah...Sekarang harga durian kampung takda gred dah mampu makan semua lapisan




Cella kata dia buat part time kat Fakulti Pertanian...lepas la duit jajan


Jarang dah nak jumpa nasi lemak bungkus RM1...
Tapi kat KL masih ada yer!
.Seminggu 2@3 kali mesti beli .
Rasa sedap macam nasi lemak dolu dolu..
RM1 !!!


Masak serawa labu...
Sendiri masak sendiri makan
Depa lain takda sapa nak makan...







Thursday, 25 June 2026

MANTAO CICAH KUAH AYAM BUTTER MILK

 





Hari apa marin nampak Cikgu Amie post mantao cicah kari ayan..Terbayang-bayang pulak matao tu....Tak boleh jadi ni....



Kebetulan ada masak Buttermilk Chicken......
Terkuning la pulak kuah dia...Terbubuh serbuk kunyit masa gaul ayam.Biasa kalau nak masak buttermilk ni saya gaul dengan tepung pedas...Pstu tambah serbuk super ring cheese .....dapat la kuah warna oren cantik..
Kali ni dah macam masak lemak cili api la pulak..Tapi rasa masih buttermilk....hihihi
Sengaja lebihkan kuah....Sebab dah plan balik kerja nak singgah beli mantao frozen.Nak makan dengan buttermilk chicken ni...
Kebetulan masa balik kerja memang hujan...Lagilah terbayang mantao civah buttermilk chicken tu....
Terus pick up Adah & sebwlum amik Sarah kat rumah pengasuh,singgah Hero beli mantao frozen.Dah pesan kat Adah sila beli plain mantao ya g putih tu.Saya takmau yang perisa pandan ...roll coklat bagai tu...Nak yang putih!


Sampai rumah rasa tak sabar nak makan...tapi sebab nak makan dengan feeling sambil menikmati bunyi hujan...makan gagahkan juga untuk solat asar dulu sebab dah pukul 6 petang....hihihi



Adah nak mantao goreng..
Saya lebih suka mantao kukus...
Makan separuh separuh lagi kukus....
Tekak saya suka yang kukus sebab lembut gebu dan rasa asli.
Adah pula kata dia suka yang goreng sebab garing di luar dan lembut di dalam..
tapi akhirnya bila makan dedua serentak....dia terpaksa akui yang goreng cepat muak.
Anak jantan tu juga pilih yang goreng ..





Tok Mummy nak ambil gambar....

Ada pula tangan tu termasuk dalam gambar...

 Sarah dah tak sabar nak capai.....hihihi

Tuesday, 23 June 2026

PESTA MEMPELAM TOBIAR GOLD

 Balik Kedah baru ni berpeluang ke Pesta Mempelam Tobiar Gold.Kebetulan kena dengan tarikh pesta mempelam depa.Kata Achik ,dia dah beberapa kali pi situ atas urusan kerja & dari situ tahu tarikh pesta mempelam tu...5 hingga 7 Jun 2026..

Setiap tahun depa buat pesta mempelam ni katanya dalam bulan Mei @ Jun .Menurut  staf situ tahun lepas kurang sambutan kerana tarikh pertengahan bulan kurang sesuai sebab tengah bulan orang berjimat...Tahun ni depa ubah plan buat awal bulan ...ramai sambutan kerana. awal bulan kan...baru gaji...haaaa bijak depa



Ladang Mempelam Tobiar Gold ni  kat Tobiar ..dalam daerah Pendang la...Kalau dari Pekan Pendang lebih kurang 15-20 minit berkereta menuju ke arah  Kubur Panjang kita akan melalui Tobiar.Orang Kedah sebut "TOBIAQ" ....



Ladang ni kalau dari jauh kat mainroad tu nampak macam ladang ni tengah tengah kawasan sawah padi yang luas terbentang .Nak sampai ke ladang ni kena lalu ",bataa ban" iaitu tebing sungai/tali air.Untung kami pagi tu Pakcik hantar sampai depan pintu masuk.Asalnya nak gi Pasar Kemboja Pendang sebab hari Jumaat.Tapi bila Achik ajak ke Pesra Mempelam ni ..Pakcik terus hantar...Nasib baik masih awal pagi..dapatlah Pakcik hantar sampai pintu masuk dan pakcik tunggu dalam kereta kat parkir bersebelahan ladang.Tak lama kemudian,parkir dah penuh & pengunjung perlu parkir di tapak parkir jalan utama & pihak pengurusan akan angkut dengan van dan pick up secara percuma  melalui batas van tu..


Masuk ja pintu utama,mata bukan dok tengok pokok pelam,tapi dok intai nursery  tepi tali air tu...Achik dok nak tengok bibit pokok durian asbab tengok dusun Musang King runah Ketua Kampung masa makan kenduri qurban raya Haji Ke2 tu. 


Titian pelangi..hihihi..
Kami meniti titi pelangi tu untuk membeli anak pokok
Achik la borong beberapa batang bibit durian klon ..


Dah beli anak pokok ...dengar DJ sebut boleh naik choley ni mengelilingi ladang.RM3 satu kepala...



Mak dok intai choley tu macam pernah tengok...


Haaaa.....betul la...
Kami naik choley  purple tu la masa kat Akmpung Warna Warni
Ish...boleh pulak jumpa choley dan pemandu yang sama..Adik tu pun cam kami.Dia pun terperanjat nampak kami....orang yang sama naik choleynya kat  Kampung Warna Warni beberapa hari lepas.Paling dia cam...mak saya ..katanya sebab mak saya lain dari yang lain...Ada sumbi emas...!!


TaTapi giliran kami naik choley merah ni..
Menurut info pemandu choley tu....Pihak MADA meenyewa beberapa buah choley dari Kampung Warna Warni swmata mata sebagai pengangkutan meneroka ladang memepelam sempena Pesta Mempelam ni.Mungkin choley no voleh jadi salah satu tarikan agaknya dan sesuai dengan keadaan ladang ni mempunyai laluan yang sesuai dengancholey berbanding pick up dan juga dadi segi kos petrol







Kebanyakan mangga ya g ditanam di si i dari je o Chokonan ..








Tapi sebelum naik choley,kami beritahu nak beli anak pokok kat  nursery tu dulu


Kena beli awal awal supaya dapat pokok terbaik sebelum orang lain pilih...



Achik dah pilih pokok Musang King....Valck Torn....Pokok  Manggis tiada biji ( pokok mesta) kedondong & saya pilih jambu strawberry.
Durian tu kalau menjadi elok rumbuh dan berbuah lagi 6 tahun kita update yer!🤭🤣



LYang datang. eramai voleh naik traktor no....
Tapi kami pilih naik choley




Jom naik choley....



Masih pagi...orang belum ramai...Best tak panas ...Tapi mendung tu ..risau hujan turun la pulak ..Santai menikmati pemandangan ladang mempelam



Yang nak petik sendiri mempelam,boleh turun sini & dapatkan bakul untuk petik mempelam...Kadar bayaran ikut banyak mana petik.Satu bakul/rga RM20...Tak pasti pula berapa berat 1 bakut tu jika ditimbang.
Tapi kami malas nak petik..
Nanti nak beli je ya g dah siap petik.Ada jual kat pintu masuk tadi...




Dalam ladang mempelam no banyak parit dan tali air..Nampak banyak ikan dalam tu.. Mak dah geram nak memancing...
menurut lemandu choley....memang boleh memancing ...ada sedikit bayaran dikenakan untuk sewa joran dan umpan...
Yesss....Mak dah gian nak memancing tu



Banyk port boleh turun nak OOTD...View cantik berlatarkan ladang,sawah,parit dan juga Gunung Jerai serta Bukit Perak...Tapi kami malas nak turun...just nak ronda ronda ja.







Habis pusing dalam ladang...
kami ke stesen untuk memancing....
1 joran( orang Kedah sebut  joran tu "boq kail") hanya RM3 besera sebungkus umpan cengkerik...
Kalai dapat ikan seberapa banyak pun  boleh ambil tanpa caj tambahan 



Wag.....dah ada yang fapat ikan...
Haruan sebesar  lengan ...
Ngeri tengok dah macam ular..
patut la omputih panggil haruan ni "snake head fish" kan....
Katanya anaknya umur 8 ke 10 tahun ke camtu
 


Mak tengah cari port terbaik nak memancing



Kami tonggalkan mak dok mancing...
sSaya dan Achik  & Cella dok beli mempelam...
RM6 /kg


Mangga Achik & saya





Ruoanya mak berjaya dapat sekor ikan keli lebih kurang ½kg beratnya..
dapat la mak bawa balik...tak dikankan bayaran tambahan ..hanya sewa joran dan umpan rm3 tadi tu..
Kat belakang mak tu bunting Lertandingan Memancing akan diadakan pada esok hari Santu 6 Jun....Kami pi Jumaat..
Esok 6 Jun sebelum subuh nak gerak balik KL...tak dapat la nak masuk pertandingan memancing ..hihihi





Lebih kurang 3 jam di situ kami pun balik...Pakcik mengunggu kat parkir..Penuh la vonet dengan pokok...ikan..mangga...hahahaha..
Semoga jumpa lagi di sini tahun dwpan....in shaa Allah....



SEMINGGU TIGA KALI KE PADANG BESAR

 Sarapan diDari KAMPUNG WARNA-WARNI ,PERLIS,,masuk jer kereta,saya dibuai mimpi..Ingatkan Haikal drive balik Pendang...Tapi sedar-sedar dah sampai Padang Besar...

Wah, Padang Besar lagi!!!

Haaaaa...untuk Achik,mak dan Haikal...ini dah 3 kali seminggu ke Padang Besar...Untuk saya dan Cella,kami juga dah jadi 2x seminggu ke Padang Besar .

Padang Besar,Penang,Langkawi ,Melaka,Kuala Trengganu & Kota Bharu antara tempat yang tak pernah jemu...Eh,sebut Langkawi,rasa macam dah lama juga tak ke sana...Actually hari tu lepas sarapan kat Warung Tepi Sawah,kami hpir nak ke Langkawi dah...Sampai dah Kuala Perlis dah masuk sampai gate parkir kereta,tapi tak jadi memikirkan dah agak lewat dan tak sesuai nak pergi balik hari.Kalau nak pergi balik hari kena plan awal awal dan gerak awal baru sempat nak jenjalan .Lain la kalau bermalam di sana...Tu yang terus ke Kampung Warna Warni dan Padang Nesar



Tapi tu lah,kalau ditanya....setiap hari pun mau ja ke sini.Tak pernah jemu walau dah boleh hafal lorong ni jual apa...lorong tu jual apa dan berapa harga.Wajah penjual pun ada sesetengah dah boleh cam...hihihi.



Bagi orang muda macam Cella & Haikal...makanan viral macam burger Thai..susu thai Pepero,dan beberapa jenis lagi makanan dan minuman menjadi buruan mereka setiap kali datang sini..Mak saya pastilah beras pulut...10x datang 11 x beras pulut juga dia beli...hihihu
Saya & Achik memebeli jajanan untuk dibawa ke tempat kerja se agai buah tabgan lepas Raya Haji...hihihi


Jajanan Thai yang biasa seperti aneka kekacang,aneke kerepek,aneka kudapan tradisional dan  terkini...memang tak boleh tidak akan beli jugaSelain rasa yang sedap dan pelbagai...tak boleh dinafikan kreativiti mereka  dari segi packaging dan keramahan serta menjadi penarik pelanggan untuk membelinya..



Ni antara kedai yang wajib kami kunjungi setiap kali ke sini...
Gerai no 18B ini mempunyai tarikan tersendiri kerana kebaikan dan keramahan "Abe" penjual tu.Kalau sebelum  Covid dulu kami pelanggan setia salah satu gerai yang paling hujung.Masa tu bangunan lama.Peniaga tu selaki sekitar 30-an atau awal 40-an saya agak.Tak banyak cakap tapi sangat menyantuni pelangganya hingga rasa sangat selesa berurusan.Tiap kali datang pasti kami akan singgah di getwinya memborong aneka jajanan.Tapo sejak lepas Covid kami dah tak jumpa lagi oeniaga tu...Nak tanya peniaga lain kami tak tahu namanya...Semoga yang baik baik sahaja untuk peniaga tu jiklah hanyatnya masih ada.Andai sebaliknya semoga Allah cucuri rahmatNya mepatas almarhum..


Tapi kini kami jadi pelanggan setia gerai ni
 pula....

Inilah orangnya....Dah bgtau nak ambil gambarnya dan no kedai supaya lain kali mudah nak cari.Ni kali ke3 beli sini.Abe ni memnag baik sangat...Peramah...pemurah hingga kita naik segan.Semua jajanan dihulur auruh rasa tapi bukan sekadar rasa...Disuruh makan swbanyak mana nak makan & disebu berkali kali dia halalkan..Makanlah nka makan apa & dia halalkan...




Kalau ke sini jangan risau...
Tandas dan surau bersih..Tandas 50 sen tapi ok berbayar sebab bersih terjaga


Antara yang saya beli
Buah salak Siam.
hari ti Achik dah belikan setandan besar untuk saya 
Ni saya beli setandan kecik jer..
Banyak jajanan dibeli termasuk kat Kampung Warna Warnj tapi tak ambil gambar 



Pinggan mangkuk bersusun tu dah macam lepas kenduri dulu dulu kan...Dulu dulu kan semua guna pinggan kaca kalau kenduri.Sekarang kebanyakan guna pinggan pakai buang...senang kerja ,tak payah nak basuh...

Tapi ni bukan lepas kenduri....Tapi sebab tengah kemaskan pinggan mangkik kat rumah Kedah.....Kutip basuh sebelum simpan semula swbab biasa la dah lama tinggal..ada lipas bagai..Jenuh sembur lelipas tu & basuh semua pinggan mangkuk tu sebelum susun semua.Harapnya bila balik lagi nanti masih elok tak diganggu lipas.Walaupun pinggan mangkuk tu hanya pinggan mangkuk lama yang dibeli tahun 90-an lagi ketika Anak Jantan dan Adah masih kecil...Cella pun belum lahir.... tapi sayang nak biarkan.Masih saya gunakan untuk harian dan juga jika ada tetamu datang.








hari ti Achik dah belikan setandan besar untuk saya 
Ni saya beli setandan kecik jer..
Banyak jajanan dibeli termasuk kat Kampung Warna Warnj tapi tak ambil gambar 



Pinggan mangkuk bersusun tu sebab tengah kemaskan pinggan mangkik kat rumah Kedah.....Kutip basuh sebelum simpan semula swbab biasa la dah lama tinggal..ada lipas bagai..Jenuh sembur lelipas tu & basuh semua pinggan mangkuk tu sebelum susun semua




Monday, 22 June 2026

MY COMFORT FOOD: COQ KEMBONG CICAH GULAI SEMALAM

Antara comfort food  saya...

Coq kembong cicah kari semalam...
Dari zaman kanak-kanak seingat saya...kalau mak masak gulai (kari)ikan...esok pagi mak mesti buat coq kembong cicah ngan kuah gulai tu...
Memang mak akan lebihkan kuah semata mata untuk cicah coq kembong esoknya.

Tapi anehnya coq kembong ni hanya valid cicah gulai  ikan..Kalau gulai daging atau ayam takda pulak mak nak buah cicah coq kembong ni..Saya pernah je try cicah ngan gulai ayam dan gulai daging tapi tak boleh menandingi gulai ikan...
Pada tekak saya gulai ayam dan gulai daging lebih sesuai cicah roti xanai atau lempeng kelapa....Kalau coq kembong nak kena juga gulai ikan....hihihi


Masak gulai/kari ikan untuk lunch hari Sabtu...
Petang tu bancuh tepung nak buat buat coq kembong...
Tak boleh nak tunggu pagi dah....teringin...
Tapi sebab petang tu dah ke Putraloka Putrajaya...tak jadi goreng. coq kembong tu..


Goreng pagi Ahad ....
Maka kembali kepada tradisi keluarga.....ada kuah gulai
Buat coq kembong ..


CUCUR KEMBONG
1½ cawan tepung gandum
1 cawan air suam
½ sudu teh yis mauripan
3 sudu gula
½ sudu teh garam
Minyak untuk goreng


1. Campur tepung,garam,gula dan yis dalam bekas.Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh hingga dapat adunan pekat..
Perapkan 10- 15 minit supaya adunan sedikit mengembang..
JANGAN perap lama sangat.


Cuma lately ni cucur kembong saya dah tak sekata macam dulu.Dulu saya buat elok je bolat bolat ...Lani memacam bentuk dah senget benget bentuk dah...



lMenikmati  coq kembong cicah kuah gulai ikan ni haruslah bertemankan kopi O panas...
Sebiji demi sebiji susur kembong dicelup dalam kuah gulai dan dikumyah lerlahan.Auto,dalam kepala ni bayanganasa lalu zaman kanak kanak bermain difikiran.Terbayang berebut coq kembong dengan Achik dan Adik Jantan tu...Seakan ternampak sepeiring coq kembong yang mak dah asingkan untuk ayah..Jangan sesuap berani usik...Ayah akan makan kemudian dari kami semua.Gelas ayah juga tiada siapa berani usik.Kadang teringin nak minum dalam gelas yang ayah minum tu.Dek kerana nak tahu sangat apa keistimewaan gelas tu,pernah sahaja curi cuti guna gelas  ayah masa ayah tak ada kat rumah...Biasa jer🤣.sama je rasa airnya...Tapi menggigil jugak la masa nak cuci takut pecah...kantoi kang🤣
Tak tau kenapa ayah jarang nak makan bersama kami...Baik coq kembong,baik lauk pauk...
Kalau coq kembong,kadang kita dah makan habis,baru ayah makan....Walau dah makan tapi bila nampak ayah makan dengan nikmat coq kembong cicah gulai...sebiji demi sebiji tanpa gangguan...tanpa rebut ....rasa terliur dengan harapan ayah makan tak habis,..Tapi kalau tak habis,ayah akan simpan coq kembongnya tutup dengan piring..Tak ada sapa berani usik..macam ada harimau menjaga coq kembong ty🤭mak akan asingkan untuk ayah...Kami bersama mak makan dalam satu bekas...lauk makan bersama semangkuk gulai dan jika ada ikan goreng pun sama.Jika ada 3 ekor ikan goreng..Dua ekor mak simpan untuk ayah...Sekor kami makan bersama mak.Biasanya mak makan kepala ikan sahaja...Hingga sekarang mak masih suka kepala ikan 
Kata mak asbab dulu dok makan kepala ikan sahaja sebab isi ikan bagi anak-anak makan isi😭 .Kasih seorang emak kepada anak anak ..tiada syarat..!!

Nak cerita comfort food tapi cerita tak comfort plak...hahahah


Sunday, 21 June 2026

KE PUTRALOKA PRESINT 14,PUTRAJAYA

 Orang kata kat Putrajaya ada Pasar Malam best  buka setiap hujung minggu setiap Jumaat,Sabtu & Ahad.Teringin nak pi ...Semalam petang ,Sabtu 20 Jun,Alhamdulillah, ada kelapangan,Allah sampaikan ke sana..


Cuma kami pi awal sangat seusai azan dan solat Asar dah gerak.Singgah pick up Cella @ UPM .


5.35 petang kami dah sampai Putraloka ..
Parkir luas dan banyak serta dekat hanya bersebelahan Tapak Putraloka ni.Bila sampai sini dan baca info baru tau...rupanya Putraloka ni kira fleamarket la...
Sesuai untuk lepak lepak bersama rakan dan keluaga 


Dari tapak parkir dah nampak khemah khemah peniaga ...


Kawasan tenang..ada tempat duduk bawah pokok .Sebwlah sana tu seretan khemah jualan



Jom masuk.....

Masih awal sangat lagi...Pukul 5.45 kami dah masuk sini...Cuma Alhamdulillah cuaca elok...Tak panas sangat tak hujan


Penjual durian di pintu masuk..
nun di seberang jalan nampak warna merah tu Restoran Dayang Sarawak..Oh baru tahu kat Putrajaya juga ada Dayang Sarawak.Swlama ni tahu kat Pekan Sungai Besi & kat Permaisuri sahaja ..
Baru dua minggu lepas makan mee kolok dua hari berturut-turut...tapaw la tapi...Rindu pulak Kuching.Dah dua tahun tak ke Kuching sejak dok ulang alik ke Tawau..
in shaa Allah ada rezeki,sampai lagi k3 Kuching 


Suasana sebelum pukul 6 petang . 
Masih tak terlalu ramai...saya suka suasana macam ni..Tak suka yang sesak sesak.Swbab tu kalau boleh pi mana pun saya nak pi awal...Time orang dah berpusu pusu sampai saya akan gerak balik...Ada juga ke orang lain macam tu?
hihihi


Hampir semua gerai dah buka.Ada beberapa gerai lagi belum buka dan sedang dalam proses buka..

Kebanyakan makanan biasa kat pasar malam la macam Nasi Ayam,Nasi Kerabu,Nasi Lemak,Nasi Tomato,Mee kueteow,aneka sup...goreng gorengan...ayam goreng,ayam gunting,sosej,sate,burger,kuih muih dan makanan makanan viral orang muda...

Gulai Daging Umbut Pisang Ori Baling pun ada tau!!


Sebab orang belum ramai....kami jenjalan je tengok tengok dulu


Haus ...

Singgah beli minuman 

iIce Jelly Limau Kasturi
Cup kecik RM6
cup besar RM 7
Saja laaa dia nk suruh beli cup besar....kannnnn🤭


Kebetulan DJ nya di sebelah kami... see see



Kami pilih cup besar...request kurang manis...extra masam


Bebola keledek macam kat Cameroon Higland tu..Tapi yang ni depa buat colourfull.20 pcs RM 8


Cuaca panas...minuman la dicari orang kan...


Cella pilih Spudlab ni..Katanya kentang roasted dengan limpahan cheese dan sos bolognese..

Ada beberapa jenis topping sauce


Saya beli 5 loching pulut nak makan panas panas kat situ



Oh ye,setiap lorong disediakan kerusi meja..Kemas dan bersih..Boleh beli di mana mana getai dan makan di mana mana suka ..
Kalau kat Tawau kerusi meja disediakan penjual dan hanya boleh duduk makan situ jika order makanan dari tuan punya kerusi meja...Sini konsepnya terbuka..boleh beli dan makan sahaja di mana mana kerusi meja...Tong sampah pun banyak...Jangan lupa kemas meja dan buang sampah lepas makan.Walau takda tulis tapi kena la ada comon sense kaan.....



Gorengan la paling banyak





Kami pilih salah satu meja dekat Supa Dupa  tu ...makan kentang panggang...loching...jagung dan minum  ice jelly limau kasturi tu


Belakang tu Supa Dupa dan dataran ada aparu macam kereta mainan dan scooter bagai untuk kanak kanak....Kalau malam pasti meriah agaknya


Sarah hanya minta belon dari clown...bayaran ikut keikhlasan.Nasib baik dia tak mengamuk nak main scooter & Supa Dupa belakang tu...hihihu


Banyak kerusi meja disediakan....
Kerusi meja bersih ....bukan macam sesetengan fleamarket...kerusi mejanya ada yang berkulat berkerak..Allah...kembang tekak nak makan..
Tapi tu nunnnn...di negeri antah berantah nu🤭


Cella nak beli Mochi Montok
3pcs RM10

Menjelang pukul 6.30 orang makin ramai
Kami la pulak dah nak balik.



Pada saya tempat ni ok lah...
boleh la nak santai santai lepak bersama  keluarga  terutama yang teringin nak pi pasar malam tapi ada baby....boleh mai sini...boleh tolak stroller ....tak  sesak sangat kalau awal...
Boleh makan makan santai sambil baby dlm stroller...
Ada kanak kanak boleh masuk tempat mainan tu...sediakan sikit duit la kan...Mana ada percuma sekarang ..
Hujung bulan macam sekarang ni ketuka kebanyakan  menghitung hari menunggu hari gaji setelah bercuti Raya Haji baru ni...Elok lah datang sini...Ada RM50 pun dah boleh la makan anak beranak sambil beriadah....hehehe
Orang Putrajaya mungkin dah tak heran sini kan ...Biasanya macam tu...Orang dekat dekat tak rasa nak pi...Orang jauh yang teringin nak pi...
Tapi yang sukakan happening...elok datang lepas maghrib kot ..baru meriah .. 
Kami maghrib dah sampai runah ..hihihi