Sangat berbesar hati apabila Chu Hafizah pelawa sejak bulan Julai lagi untuk ke majlis perkahwinan salah seorang puteranya
Padahal kami hanya kenalan maya yang terjalin silaturrahim asbab blog namakucella.Saya pun dah lupa macamana kami boleh berhubung hinggalah scroll semula wasap baru perasan yang chu hafizah ada email cella ke macamana ...lupa dah...hihlihihi
Kata chu,beliau baca blog ni dari Cella lagi...kebetulan chu ada nampak wajah salah seorang saudaranya dalam salah satu gambar yang cella post.Kemudian,dikuatkan lagi bila saya ada ceritakan tentang
Masa dapat jemputan,tengok venue kat Damansara,semua teruja tapi dalam masa yang sama saya juga rasa segan.
Melangkah masuk...
Masyaa Allah....
Sesuai namanya D'Intan Crystal Grand Hall
Bagai berada dalam taman kristal!
Dewannya luas dan afa beberapa corner...Dikernakan tiba awal,belum pukul 12.00 tengahari kami dah sampai,ada beberapa meja masih kosong,memudahkan kami memilih tempat duduk & sengaja pilih sudut yang ada meja kosong ni....
Walau jauhbdi sudut dan jauh dari makanan tapi lebih privacy...Maklumlah ,kami mungkin agak lama sikit kerana kawan Cella,Danial juga minta kami tunggu hingga dia sampai..
Kami juga sempat menatap wajah kedua memeplai yang berseri seri dalam persalinan biru gelap.Walau meja kami agak jauh dan hanya dapat melihat dari sisi...
Depa bertiga ni sebaya...sembang boleh in la
Asbab gambar Daniel pernah cella upload dalam salah satu postingnya tu la menjadi asbab kami bersahabat maya dengan chu hafizah...
Asbab chu hafizah juga saya kembali dapat menjejak Cikgu Rosyada iaitu guru kelas saya masa tingkatan satu..
Dalam jemputan,Chu Hafizah juga pesan untuk ajak Haikal bersama ke majlis ni...
Alhamdulillah,Haikal berkelapangan & Allah rezekikan dapat memenuhi jempuatan
Cella pulak beritahu nak pakai baju merah nak ikut tema sebelah mak pengantin ni...
Eh,Haikal juga kebetulan berkemeja batik merah maroon menjadikan depanikut tema...
Makanya,apa yang saya dapat simpulkan...berblog bisa meluaskan silaturrahim walau hanya di alam maya.Dalam masa sama tidak sedikit yang berlanjangan ke alam nyata...Kita pun memang berniat untuk berkongsi info,ilmu dan selebihnya sekadar catatan peristiwa dan pengalaman serta kenangan untuk tatapan sendiri dan juga terbuka untuk dibaca.Semoga berblog ini lebih membawa kebaikan untuk kita semua








No comments:
Post a Comment