Sunday, 30 November 2025

TERAPI BUNGA @ LEE WAH

 Sebulan sekali atau paling lama dua bulan sekali biasanya kami dua beranak akan cari bunga untuk happy kan diri...


Ni hasil carian bunga kami semalam @ Lee Wah



Bunga rose pink tu Cella punya...

Bunga kekwa putih tu pilihan saya




Swlalunya Lee Wah pilihan kami dua beranak.Suka sini sebab ada bunga paling murah kurang dari RM5  hingga mahal ratusan ringgit.Saya pastinya hanya akan pilih bunga mur mur sahaja....



Kalau masuk kedai bunga memang rasa tenang macam satu terapi 

Melihat eneka warna dan haruman bunga segar menenagkan..



Walaupun banyak deretan kedai bunga di bangunan ni....tapi selalunya kami akan tetap beli kat Lee Wah...Kedai lain pun kami masuk keluar jiga & akhirnya nak.juga beli kat Lee Wah...kuat betul.pelarias dia🤣🤣



Kalau nak senang datang sini..Naik ja MRT...turun Sresen Pasar Seni...lintas jalan ja dah sampai...

Tapi kami biasanya akan berkerera & parkir kat perkir Pasar Seni...Pun sama jalan kaki lintas jalan simit ja dah sampai..



Hasil  petikan kami...😄

Rose pink sebanyak itu RM15..Dia nak letak kat bilik kolej dia..

Saya hanya pilih bunga kekwa putih tu RM6.00...saya suka letak kat meja makan..

Ye hanya RM6...

Mur la kan....


Saturday, 29 November 2025

SEPIRING BUAH MELAKA

 Sepiring Kuih Buah Melaka...

Menjamah bebeapa biji kuih buah melaka sambil menghidu aroma kopi dalam tempias hujan memberi satu rasa yang sangat nostlagic.Aroma kopi waktu pasti akan mengingatkan kampung halaman ketika zaman kanak-kanak di era 80-an.Ketika semua penghuni kampung masih menggunakan kayu api untuk memasak dan menjerang air.Kala musim hujan begini kesejukan mencengkam hinmgga ke tulang hitam kerana ketika itu cuaca Malaysia tidak sepanas sekarang ni.Paling panas pun masa tu sekkitar 27 C.Bukan la saya ada jangka suhu pun tapi masa tu sekolah rendah pun dah ada sunject Ilmu Alam /Geografi.Darjah 4 tu kami dah didedahkan dengan cuaca dan pertanian di MalaysiaHarus lah tahu suhu Malaysia kerana itu adalah antara soalan favourite yang cikgu akan tanya sama ada dalam kelas atau dalam periksa penggal.Cuaca pun masa tu masih konsisten mengikut arah angin.Kalau musim Monson Timjur Laut,bulan November hingga Mac,maka Pantai Timur akan alami musim tengkujuh,manakala kami di uatara akan mengalami musim kemarau.Juga menandakan musim menuai padi serta penanaman tembakau.

Bulan April akan bermula peralihan musim Angin Monson Barat Daya yang membawa banyak hujan.Musim para penduduk kampung bersiap siaga untuk memulakan penanaman padi pula,Walaupun musim hujan sangat dinanti untuk penanam padi,namun dalam masa yang sama kegelisahan warga kampung juga mula terasa  kerana bila hujan pendapatan harian terjejas kerana tak dapat motong getah.Padi bukanlah punca pendapatan sebaliknya hanya tanaman sara diri,namun cukup untuk stok hingga ke musim berikutnya.Getah yang merupakan punca pendapatan utama juga hanya sekadar kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Jika sehari tidak dapat motong getah pun dah lari bajet,apatah lagi hujan berpanjangan selamam musim Monson Barat Daya.


Namun,Allah tak pernah tidur.Dia yang mangatur segala yang di langit mahupun di bumi.Bersama hujan Allah datangkan bersama rezeki ikan di bendang dan parit akan melimpah ketika musim hujan.Haruan ,keli,puyu,sepat dan beberapa jenis ikan lagi yang sekarang sudah pupus termasuklah ikan selat,ikan tilan,ikan kedak dasn juga udang.Kata mak,musim hujan ni ikan-ikan keluar dari dalam tanah.Masa tu saya tak pernah percaya kerana bagi saya tidak logik ikan keluar dar tanah.akal saya mengatakan ikan-kan itu hanyut bersama air dari tempat lain..Namun segala  kata mak dan orang-orang tua dahulu itu harus saya akui bila selalu menonton National Gegraphic jelas ditunjukkan bila musim kemarau ikan-ikan air tawar akan berjibernasi dalam tanah dan bila musim hujan ketika tanah mula basah mereka akan sedar dari lena yang panjang dan kembali ke habitat berair.Saya pernah menonton video-video tentang ikan-kan yang berhibernasi dalam tanah pada musim kemarau..Saya share link yang pernah saya tontonDI SINI... Sebagaimana kebenaran tentang kisah ashbul kahfi dalah surah Al-Kahfi...maka begitulah bila Allah berkehendak kerana Wahdaniah.Qudrat,Irodat,Qadirun & Muridun itu adalah antara sifatullah..

Dulu,ikan-kan sangat banyak hinggakan ada peribahasa " dimana ada air,di situ kan". Pendek kata kalau rajin memang tak akan terputus lauk.Tahanlah bubu atau lukah dima ada air menaglair,in sha Allah adalah habuan.Lagi-lagi musim banjir yang kami sebut musim "bah".Boleh nampak ada ikan sepat dan seluang atas batas bendang (permatang).Terbayang setiap hari dua kali ayah akan angkat lukah yang kamu panggil "sat".Ada yang panggil "tuaq".Anyaman buluh berbentuk kon tapi tirus dihujungnya ditahan di gelong-gelong (gelong + laluan air antara batas bendang)Musim hujan macam ni memang ikan dan udang akan penuh hingga ke mulut "sat".Jenuh emak nak sinag erbesen -besen ikan puyu,haruan dan sepat <Biasanya memang tak habis nak makan..Mak akan gami ikan tu dan jadikan ikan kering.Tapi kalau dah musim hujan payah la ikan nak kering.Itu agaknya wujud cara pengawetan lain seperti pekasam..Agaknya la...hihihi


Kudapan yang senonim dengan musim hujan pula,haruslah ubi ubian...Ubi kayu,kledek,keladi pisang rebus menjadi peneman kopi O.Yang pelik tu kalau jiran jauh pun sedang bancuh kopi,aoroma kopi tu boleh terhidu hingga ke rumah kita.Bau orang rebus ubi,,bauk orang gorfeng pisang boleh merebak hingga ke merata kampung...

Akan nampak asap dari dapur menerobos bumbung atap rumbia dalam kesejukan hujan.Ayam-ayam akan tumpang berteduh di coreng atap..Tempayan atau gurti tadah air hujan di cucur atap tepi tangga akan jadi pemandangan biasa musim hujan.Air untuk habuan basuh kaki sebelum naik tangga rumah.Dalam tempayan tu ada la tempurung kelapa yang dijadikan pencedok air nak basuh kaki tu.Tempurung tu lah yang ada dalam peribahasa "Bagai Melepas Batok di Tangga"Maksudnya buat kerja main-main je atau buat kerja tak bersungguh macam basuh kaki kat tangga tu.Kaki belum bersih,masih ada sisa kekotoran  dah dilepaskan batok tu terus langkah naik tangga.Paling tak best,kat situ lah juga ayam tu nak berak.Kena taik jenis taik ayam candu yang hitam pekat macam coklat leleh tu...kalau terpijak  ..uiiii....bau dia...


 
Berbalik kepada kuih buah melaka ni...Sepiring kuih buah melaka bukan hanya sekadar kuih yang kenyal berintukan  gula melaka yang cair di mulut.Tapi lebih daripada itu ia juga bisa membuatkan saya dan mungkin juga ramai antara kota  cair dalam memory .
Kuih yang dahulunya hanya exclusive di bulan Ramadhan...Pastinya kuih ini mempunyai cerita dan kenangannya sendiri.

Bagi saya kuih yang satu ini adalah kuih yang paling tak disukai ketika Ramdhan zaman kanak-kanak.Saya mendabakan kuih-kuih bergoreng seperti karipap dan cucr badak.Tapi dua jenis kuih itu adalah antara kuih yang mak saya tak pernah dan tak reti nak buat.Mak lebih pakar kuih kuih kukus seperti tepung talam,lompang,tepung bungkus lepat liat,bengkang dan buah melaka ni.Buah melaka pastinya antarabkuih yang paling kerap mak buat kerana bahannya hanya tepung pulut,gula melaka dan kelapa bergaram.Tepung pulut tu mak tumbuk beras pulut sendiri.Beras pulut direndam semalaman...esoknya disejat dan ditumbuk dalam lesung kayu..Diayak dan dijemur tepung tu atas tikar mengkuang agar tepung hilang kelembapan dan tahan lama.Begitu juga dengan tepung beras,Biasanya bergantang juga beras ditumbuk untuk stok tepung b ulan puasa dan untuk stok kuih raya.Beras kan tak kena beli,maka kuih muih bulan puasa banyak yang hanya guna tepung beras dan tepung pulut seperti aneka kuih talam termasuklah buah melaka ni..


Kini kuih buah melaka dah tak exclusive dah...Kuih yang dulu hanya da dalam bulan puasa dah boleh didapati sepanjang tahun,,,Sedangkan buah durian,rambutan pun dah tak bermusim,,,apa lagi buah melaka kan,,,,hihihihi


Cuma buah melaka sekarang tak seenak buah melaka dulu.Dulu intinya kami panggil "nisan kerek" yang memang didatangkan khas dari Patthani,Thailand yang orang kampung sebut sebagai Negeri Siam..Biasanya sebulan sebelum puasa,akan ada wanita Patthani yang datang berjulan dari kampung ke kampung.Mereka menjunjung besen aluminium yang besar tu  dan membimbit karung karung yang sarat dengan dengan pelbagai barangan dari Siam.Biasanya barangan berupaka pakaianmakanan kering seperti dodol,kekacang,bepang pulut,dan eneka jajanan Siam termasuklah nisan kerek ni.
Nisan kerek tu pulak dibuat original daripada nira pokok thai(toddy palm)Pokok thai ni kat Malaysia pun ada.Kat kampung kami pun ada.Biasanya tumbuh berapasangan kat kawasan bendang.Tapi tak tau kenapa kat Malaysia orang tak kormesialkan.Terbiar jadi sarang melawar ja,padahal isi buahnya yang muda sedap.Kalau tengok youtube kat India selain makan buah yang muda...buah yang dah masak hitam tu pun depa guna jus sabut buah thai tu untuk buat kuih.
Nisan Kerek nira thai ni sedap sebab manisnya seakan gula kelapa asli tapi ada sedikit rasa kelat dihujung lidah bila kita makan.Jarang jumpa orang jual  & dah tak pandai nak bezakan mana nisan kerek asli.Kadang nasib baik bila beli kat Padang Besar dapat ja nisan kerek nira thai ni...bila buat buah melaka makan ada rasa kelat pada gula tu pasti akan menggamit memori.


Saya mengambil kesempatan mengudap buah melaka sambil berangan hendak update blog & lepas tu nak blog walking...

Kelemahan saya ni bila mengarang suka melalut kelain..bila tulis sikit ja mula segala kenangan dan peristiwa lama akan berlumba-lumba keluar dalam kotak fikiran...Nak tulis tentang buahelaka ja..tapi melalut berjela...Tapi sudahnya hanya beberapa baris sempat dikarang...Tergantung kerana kerja lain mengambil tempat...Maklumlah 2025 sudah hampir ke penghujung..

Tak apalah,bukan kita sorang yang bz...semua orang ada urusan dan tugasan masing-masing.Yang dikatakan suri rumah sepenuh masa...lagilah berlambak kerja yang tidak lernah sslesai..Harus diakui betapa kental dan sabarnya yang dinamakan suri rumah itu kerana mereka sering dianggap " tidak bekerja" sedangkan merkalah yang oaling banyak kerja ..Namun lebih perit apa yang mak saya dan mak mak lain yang 


Thursday, 27 November 2025

KARI AYAM CAMPUR KELEDEK MENGINGATKAN LAUK KENDURI KAMPUNG SAYA DULU-DULU

 

Masak Kari Ayam + Keledek ni pada hari Sabtu beberapa hari lepas.Minta anak jantan tu belikan sekor ayam ,Asalnya plan nak goreng sahaja buat ala ayam penyet,Tapi sudahnya berubah fikiran masak kari + keledek

Setiap kali masak kari ayam atau daging + keledek pasti akan teringat kenduri di kampung masa zaman kanak-kanak di tawal-awal ahun 80-an dulu .Sebab keledek aering menjadi bahan rampai dalam kari ayam ada saya ceritakan dalam old post KARI AYAM + KELEDEK

Cuma kali ini masa na k masak tengok-tengok hanya ada rempah kari ikan.Rwmpag kari daging yilek...Yang ada juga hanya rempah kurma.Mmm...tak apalah kita campur saja rwmpah kari ikan tu dengan rempah kurma .Orang kampung saya dulu-dulu kalau kenduri beli rempah asing -asing dan ditimbang kilo.Maksudnya kalau kenduri depa beli  serbuk cili,serbuk ketumbar,serbuk jintan,serbuk kunyit dan segala rempah tu asing-asing.Tukang masak yang akan campurkan rempah-rempah tu masak nak masak .Setiap tukang masak ada nisbahya sendiri untuk campur dan  adun rempah .Dulu-dulu saya juga selalu tengok mak campur rempah-rempah tu untuk jadikan rempah kari daging rempah kari ikan dan rempah kurma..So,dari ilmu pemerhatian tu lah saya berani guna rempah kurma + rempah kari ikan untuk masak kari ayam.Untuk  10 ketul ayam ni saya  cpurkan lebih kurang 3 sudu rempah kari ikan + 1 susu rempah kurma.Pada tekak saya dapat  tune rasa kari daging tu..Saya juga guna kerisik untuk dapatkan rasa kari ayam cara kari ayam orang dulu dan cara mak saya masak..Mak memang masak kari ayam dan kari daging haruslah masukkan kerisik.


Kalau masak kari,, harus gandingkan dengan ikan gorengatau ikan masin atau ayam goreng .Sambal belacan dan ulam sebagai pelengkap.Kaki ayam pula haruslah saya punya...hihihi...


Video masakan Kari Ayam + Keledek ni ada saya upload kat youtube channel saya ..Boleh tonton di link  https://youtube.com/shorts/3t42cIMNxh4?si=4WK9Wm0JRJ-u_PJw



Thursday, 20 November 2025

TAHNIAH HAIKAL!

Tahniah untuk Haikal kerana sudah selesai pengajian & selamat menyertai bidang pekerjaan .

17 November 2025 Haikal telah ditempatkan di Negeri Selangor ..Isnin 17 November tu adalah hari Haikal melapor diri.Achik ,Pakcik..Anek & Aqil ...ikutbersama menghantar Haikal.Alhamdulillah,kerana  penempatannya di Selangor,bukan nun jauh di Borneo.. Achik dan Pakcik boleh menarik nafas  meninggalkan Haikal terbang memasuki alam pekerjaan.
In shaa Allah...


SURPRISE..!!!!
Sebagai meraikan Haikal....
Dari Tawau,Adah  titipkan penyejuk tekak ni untuk dinikmati beramai-ramai.
masa depa  datang malam tu  nak guna printer untuk print dan fotostat dokumen.
Untuk makluman depa semua menginap di hotel berdekatan.Hanya anek je tidur kat rumah makngah..Masa Haikal tengah siapkan dokumentu lah Adah  berwasap dengan Cella untuk order ice cream cake ni....untuk surprise Haikal



Tapi nampaknya Aqil yang paling happy🤣🤣...
BR ini berjaya mengubat  kesedihan nak berpisah dengan abangnya....


Kami pun tumpang la rezeki Haikal untuk sama -sama menyejukkan tekak.
Semoga Allah limpahkan rezeki dan mudahkan urusan untuk Adah dan juga semua anak anak yang lain dan juga anak-anak rakan-rakan di luar sana juga...
Selamat memulakan tugas Haikal..!




Tuesday, 18 November 2025

MASAK UNTUK TETAMU MALAM

  

Malam semalam punya semalam,punya semalam ada tetamu malam....Walau dah lebih pukul 10 malam,mask la juga seadanya.Kebetulan bahan mentah ada.Jadi la rezeki depa.Kalau takda apa sangat,selalunya keropok keping la akan digoreng buat peneman minuman panas.

Masak glass noodle....
Untuk jenis glass noodle yang saya gunakan boleh tengok KAT SINI....


Ini jenis mee atau glass noodle yang saya gunakan .
Bukan suhun yer....tapi glass noodle kering..
Satu bungkus tu seberat 150 gm sahaja...berharga RM 3.60
Saya suka glass noodles sebab ia lebih kenyal walaupun mahal sikit daripada mihun 
Saya masak 3 bungkus +- 450gm

Saya sharekan resipi daripada old post jer..

MEE CERMIN GORENG 

( FRIED GLASS NOODLE)

3 paket glass noodle

( 4 x 40 gm)

1 cawan isi udang

3 biji telur

 1 pokok daun sup

1 batang lobak merah

1 batang daun bawang

1 buah tomato

cili padi,bawang putih,kicap masin,garam,minyak

 

1. Jerang air hingga mendidih dah rebus glass noodle beberapa minit.

 

2. Panaskan ¼ cawan minyak dan goreng udang.Ketepikan.

 

3. Dalam minyak yang sama goreng udang hingga masak.Ketepikan.

 

4. Tumis bawang putih cincang dan cili padi cincang.Masukkan carrot yang dimayang jejari halus.

 

5. Masukkan glass noodle yang sudah direbus dan gaul rata.Perisakan dan renjis kicap masin secukupnya.Tambah buah tomato masak.

 

6. Kacau gaul hingga naik wap berasap.Tambah udang goreng dan telur hancur.Gaul rata dan sesuaikan rasa.Tabur daun bawang

 




Ada stok butter cake sebuku...kita potongkan....


Buah betik dan anggur sebagai pemanis mulut



Inilah rezeki tetamu malam...bersama seteko teh panas...

Saturday, 15 November 2025

MAKAN TEBU: HABIS MANIS SEPAH DIBUANG

  

Nampak Bayu dok kutip terung,cakap kat dia nanti tebang la pokok tebu tu sebatang dua.Teringin pulak nak makan tebu macam zaman kanak -kanak dulu..Bayu kata twbu ninbantut..Kena tubggu batch ke-2 nanti,batang tebu lebih besar dan gemuk..


Tebu jwnua tebu hitam..Takda tebu kuning...Tebu hitam pun kalau satu lagi spesis tu dengan daun daunnya hitam kan....Tapi yang ni batang dia ja hita.Sebenarnya tak hitam sangat pun...lebih kepada merah gelap.



Kata Bayu...ruas pendek-pendek sebab terbantut...Saiz batang tebu ni pun tak besar sangat...
Tak aplah ..bukan nak makan sangat pun tapi lebih kepada nostalgia.


.
Letak kat pantry tu,takda sapa nak makan...Hanya saya sorang dok kerat ruasnya buang buku tebu yang keras tu..

Kerat dengan pisau seadanya saja...Kalau kat kampung biasa mak kerat menggunakan kacip pinang tu.Mudah sikit nak kerat..


Nampak isi batangnya padat dan agak keras...dah nama pun tebu kan...hihini


Siat buang kulitnya yang keras macam buluh tu...
Dulu anak-anak kampung macam kami..kalau ada orang twbang tebu..kami kekah macam tu ja...siat kulit tebu dengan gigi ja...Beruas-ruas makan tebu sambil main dengan kawan-kawan..Bwst makan tebu sebab swlain airnya yang manis...lepas makan rasa gigibbersih jer ...sebab masa siat kulit tebu...masa gigit dan masa kunyah tebu tu geseran hampaa twnu tu memebersihkan gigi sekali......

Dulu tahun 80-an masa saya masih sekolah rendah..Masa darjah 3 hingga 6 kat sekolah induk iaitu SKCK.. belajar kat sekolah induk kerana sebelum tu saya bersekolah di SEKOLAH BERATAP RUMBIA & BERDIDNDING BULUH..kat kampung saya..Sekolah induk dua sesi..Darjah 1.3.5 sesi pagi & darjah 2,4,6 sesi petang.Darjah 5 kena pagi sebab  darjah 5 ada Penilaian Darjah Lima ...macam UPSR  la lebih kurang.Sebelum ada basikal ,pi sekolah jalan kaki  lebih kurang 5 batu..Ulang alik jadi 10 batua.Masa sarjah 5 sekolah pagi..Balik sekolah ramai  juga jalan kaki macam kami tapi kampung depa dekat ja dwngan sekolah.Kampung saya paling jauh.Keluar pintu pagar belakang sekolah akan melintasi beberapa buah rumah orang kamoung CK tu..Rumah paling hujung tubdekat kaki Bukit Dewan...Rumah tu ada banyak pokok limau dan pokok tebu kuning.Time kanak-kanak balik sekolah depa ada jual limau dan juga tebu yang dah sial potong.Limau tu saya tak ingat harga...Tebu pula kalau tak salah...3 ruas 10 sen.Itupun saya tak mampu nak beli pun sebab bawa duit belanja 10 sen sahaja.Tentulah dah habis makan masa eehabis dah beli sebiji karipap.Takpun  beli maruku sebungkus 10 sen juga tapi boleh makan sikit sikit...lambat la sikit habis.
Tapi ada juga rakan yang baik.. ,ada ja yang beli depa kongsikan seruas untuk dapat makan bersama sambil jalan kaki.


Mak ayah pernah juga tanam tebu kuning kat huma..Tapi masa tu kebanyakan orang kampung tabam hanya untuk kidapan sendiri..Depa taktau nak pasarkan ke mana.Kalau ada yang tanam tebu banyak...ada yang buat nisan tebu Saya sempat tengok proses perah tebu yang dipanggil kapit tebu.Tebu akan dikapit(himpit) dengan alatan khas dibuat daripada kayu dan digerakkan dengan tenaga kerbau .Air tebu tersebut dimasak dalam kawah dengan dapur kayu sangat lama...ada yang hingga seharian atau semalaman hingga air tebu oenjadi pekat likat menjadi molases.Tapi orang kampung takda la sebut molasss tapi depa panggil " nisan tebu".Biasanya dibuat cicahan ubi kayu rebus atau dicampur sdalam cendol.. Nak cerita pun payah kerana pengalaman tu oun masa zaman kanak-kanak sekitar 7/8 tahun macam tu..mana nak ambil kisah sangat.Tapi bila dah berumur macam ni baru terasa betap berharganya pengalaman lalu...



Dah kunyah-,- kunyah....telan air tebu yang manis...Kiranya macam mesin tebu direct kat mulut la....hihihi...Sah telan air yang manis ...Hampaa a.k.a sepahnya terus dibuang.

Biasnya hampaa hanya dilonggok dipangkal pokok sebagai baja..

Tapi baru ni saya ada tonton video dari Patani Thailand...Ada petani me ggunakan hampas tebu untuk "memternak" anai-anai.Hampas tebu di lapiskan dengan tanah dan disiram agar aentiasa lembab bagintujuan pembiakan  anai-,anai untuk makanan ayam.Tapi sempat juga dipesan agar penternakan anai-,,anai hendak lah dibuat jauh dari rumah agar tidak timbul masalah anai-anai menyerang binaan rumah pulak....hihihu

Thursday, 13 November 2025

BUKAN KENTANG

pi Balik kerja ingat nak singgah beli pisang goreng ,tapi sebab dah petang yang tinggal pun hanya baki gorengan yang tak seberapa & dah sejuk kejung.Tringin nak makan  ubi kayu rebus..


Tapi sudahnya  makan fries & kopi 0...Eh,fries tu biasanya potato kan?

Tapi ni fries versu tapioca....Nak panggil fries jugak ke atau tapioca fingers...hihihi



Nampak macam jejari kentwng kan?
Tapi bukan kentang...se

baliknya ubi kayu goreng yang saya  potong jejari


Ubi kayu yang saya dah potong jejari dimasukkan dalam beg plastik .Sata perisakan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit..Patutnya tumbuk bawang putih & ketumbar biji ke sikit ..lagi teranfkar ni...Tapi tiada kerajinan...So,hanya garam dan kunti...Goncang-goncangkan plastik tu supaya  kunyit dan garamnya merata.. Garam.sikit jer tau..
Pastu deepfry macam goreng fries...


Makan ubi kayu ni pada saya la...harus dengan kopi O...Kalau minuman lain macam tak berapa kick!

Makan waktu maghrib waktu hujan....Menghirup kopi O panas dengan penuh feel..Padahal sudah tahu akibatnya...Tetap juga mengikut hawa nafsu yang teringin kopi O...Natijahmya hingga pukul 2 pagi tak. boleh tidur...Jantung berdenyut laju hatinjadi berdebar...kesan kafien la tu agaknya...Tapi kalau nak ikutkan kopi tu sejak azali memang mengandungi kafien kan...Kenapa baru sekarang  bilanminum jadi macam tu...Dulu minum kopi ok jer...Tak berdebar pun...minum bercawan pun elok jer tidur lena...Sekarang minum sikit pun jantung macam nak tercabut dia punya berdebar..🤭🤭🤣.Rasanya dah lama jatuh cinta dengan kopi ni dah berzaman,tapi kenapa baru sekrang terasa debaran itu....?
Masalahnya minuman lain tidak mampu menggangikan kesedapan kopi O...camana ni?

PADI SUDAH MENGUNING

 

Semalam semasa di tempat kerja,saya ssmpat menyusuri  Laman Padi...

Melihat padi yang sedang menguning menanti masa untuk dituai..Bukanlah seluas sawah padi di kampung....Tidak juga seluas kebun terung tu..tapi cukup untuk dijadikan bahan rujukan ilmu menanam padi. Masa saya tiba di Laman Padi tu,Bayu sedang menyembur air menghalau serangga perosak padi iaitu "kesing" yang bila kita oegang dia akan meninggalkan bau macam bau daun ketumbar...Kata Bayu,nanti kita "ketam" padi ni menggunakan "alat ketaman" yang dia akan buat...

Masyaaa Allah.....rasa nak lompat bintang bila Bayu kata dia akan buat alat ketaman padi..Maha suci Allah yang menggerakkan saya berhijrah ke tempat sekarang ...Sangat banyak hikmah yang Allah kurniakan...Benarlah apa yang kita fikir ...apa yang kita sebut itu mejadi doa....kan...

Berada di tempat kerja baru ini seakan membawa saya kembali ke kampung sebelum waktunya...Allah mengurniakan apa yang selalu saya sebut...apa yang selalu saya fikirkan ...apa yang selalu saya angan-angankan iaitu nakkan ketenagan dikelilingi kehijauan alam...bermakn dengan tanah dan  tentang penanaman dan penternakan...

Hidup ni bukan sentiasa bahagia..Ada saja suka dan dukanya...gembira dan sedihnya..Namun kita higlight yang  seronok-seronok sahaja...hihihi



Padi sedang menguning.....
Padi yang mula disemai sejak penghujung Ogos ada saya kongsikan dalam posting 
DARI AIRCOND KE NATURE...masa baru kerja tempat baru



Tapi banyak juga "hampa" iaitu padi kosong yabg sudah tidak berisi .Hanya tinggal kulit padi.Puncanya sama ada disengat kesing ketika buah padi masih hijau.Buah padi muda masa masih hijau berisi cecair putih pekat yang kami sebut "susu padi"yang rasanya lemak manis  sangat disuka serangga "kesing" .Kesing akan sengat dan hisap cecair tu hingga kering.Buah padi tetap membesar tetapi sudah kosong ringan yang kita sebut "hampa padi"..selalunkita sebut hampa dan kecewa jer kan...hihihi
Mana-mana buah padi yang selamat dari kesing...cecair susu padi lama kelamaan akan keras membentuk "beras" .Padi yang tiada isi kita sebut hampa...manakala padi yang elok  berisi beras tu disebut "padi bernas
Haaa agaknya BERNAS tu pun bukans sekadar Beras Nasional ye..tetapi mengambil sempena padi yang berisi..





Bila padi dah mula berisi beras keras...kesing dah tak boleh nak sengat dah sebab keras...Tapi time ni tikus dan burung pipit pula bermaharaja lela..Tikus akan menyerang waktu malam...Burung pipit pula aktif waktu siang...Bukan sekor dua dia datang...Dibawa ya habis sekampung anak beranak adik beradik dia memakan buah buah padi yang sedang menguning tu..Pandai pulak dia tahu ada buah padi sedang menguning tu...hihihi
Depa makan senyap-senyap jer...Kita pun tak perasan sebab tak ada bunyi..Nampak pokok padi jer bergerak-gerak .Bila kita dekati ....menderu terbang berdecit decit bunyinya..Agaknya bagitau kawan kawan depa ada manusia datang & nak  suruh kawan-kawan dia  terbang la tu.



Padi yang telah disengat kesing tu kempia kering bewarna keputihan kerana sudahbkosong menjadi hampa.



Pic Google...
Ni la antara rupa serangga yang dipanggil "kesing" tu..serangga yang akan mwnyerang waktu buah padi masih muda .Kesing akan menyengat dan menyedut  beras yang masih berbentu cecair susu tu..
Kalau kita tangkap dan pegang kesing ni...bau diaaaaaaa busuk....dianbukan lah busuk macam bangkai...tapi bau seakan daun ketumbar tetapi lebih keras dan mnuauk hidung


Pic google
Ini  pun spesis kesing juga ni tapi lebih gemuk dan bulat..Bau dia sama busuk.
Hinggakan kalau kita buat umpan mengail pun ikan taknak makan..hihihu



Buah padi yang sedikit kuning dan masih ada warna hijau macam ni la yang mak saya swlalu ketam dan irik lalu disangai dan ditumbuk hingga kemek dan ditamoi buang kulitnya ..yang dinamakan emping..Tapinya daripada padi pulut la..Kalau padi biasa ( beras jawi) tidak sesuai kerana emping akan keras dan patah..Padi pulut masa belum matang bila disangai akan kenyal dan mudah pipih bila ditumbuk.


Bila buah padi menguning...daun daun padi juga turut kekuningan ,Mungkin memberi laluan nutrien kepada buah padi.
Saya ambil beberapa batang pokok padi untuk dijadikan serunai batang padi....Nantikan entry berikutnya tentang serunai batang padi yang sangat nostalgia.....





Wednesday, 12 November 2025

PUAS HATI DAPAT BELI KEPALA SALMON @SUSHI SUPERSTARS

Minggu lepas masa balik dsei Pulau Meranti,ajak Cella singgah IOI Mall Putrajaya..

Nak cari kemeja putih & long skirt hitam untuk event tempat kerja.Cella pula cakap dia teringin nak makan sushi salmon..



Masa Cella tengah pilih sushi salmon tu...saya nampak pekerja baru je letakkan sebi kepala salmon yang baru diambil filletnya untuk buat sushi,,,,Terus capai masuk bakul...hihihi...Rasa jackpot betul



Dah la murah....jackpot betul rasa...hihihi..
Syyy ...nak share tips ngan kawan-kawan yang belum tahu...Lain kali kalau lalu depan tempat sushi ni...tunggu dia siang ikan salmon tu sampai siap..Nanti depa akan terus jual juga kepala .Selain tu ...lepas proses pengambilan fillet salmon tu depa juga jual kulit salmon dan tulang salmon yang ada isi sikit sikit tu
Berebut ca ya nun alif memborong kulit dan tulang salmon tu.

Dulu saya selalu beli kepala salmon kat pasaraya dekat rumah ni...Tapi  tu masa tak ramai pekerja warga asing<+, Sekarang lepas dah ramai pekerja warga asing kat section ikan tu...memang tak merasa dah...Depa sorok siap-siap kepla ikan masa depa siang untuk stok depa & kawan-kawan...Takda lagi dah nak display atau jual kat situ...huhuhu

Kalau beli kepala salmon ni saya akan ingat PUAN HAZEL yang sebelum ni pernah kongsi  info dia beli kepala salmon kat Ramly Burger tu..Tapi sekarang payah nak dapat dah kan....Haaaaa,,,,ni saya share port baru,,,,,laju-laju pi ye PH,,,hihihi
Takut lepas ni dah takdan kat kita

Alhamdulillah,,,,,rezeki dapat saya dapat beli kepala salmon yang bersih ni..Kira salmon premium la kan sebab salmon ni digunakan untuk buat sushi tu..

Memang balik tak payah nak defros dan buang sisik bagai...tak hanyir dan taknberlendir langsung..Lepas ni kalau gi Aeon...cari Sushi Superstars...untung nasib dapat beli kepala salmon...Bagi yang suka kepala salmon macam saya la...


Apa lagi...dapat kepala salmon...wajib la masak kari...




 

Kebetulan Cella ada kat  rumah,,,makan sorang setengah biji kepala ..

Pada saya kepala salmon lagi sedap dari ikan merah...kulitnya kenyal & tulangnya macam tulang rawan boleh kunyah rangup...Cuma kalau makan banyak cepat muak sebab rasa berlemak




Untuk anak jantan yang tak makan ikan tu.....saya gorengkan paru daun kari..Paru fresh yang achik bagi masa balik kampung cuti Deepavali,Achik dah siap bersihkan,,potong dan siap rebus...bawa baalik KL frozenkan...Ni saya rebuskan sekejap nak bagi cepat reheat & perap garam kunyit & bawang putih serta halia tumbuk...Goreng garing + daun kari bagi harum satu rumah...hihihi



Dessert buah limau bali pink ni...Setiap kali nampak isi limau bali pink ni saya akan ingat Saigon...Ramai penjaja jalanan mengandar ba





Saya C&P resipi Kari Kepala Ikan Salmon ni dari old post :

KARI KEPALA SALMON
1 kepala salmon _ belah 2 dan potong 4
3 sudu  rempah kari ikan
½  kotak santan ( + air jadikan 3 cawan)
2 biji tomato masak
garam
4 sudu minyak

 bahan tumis:
2 bawang putih diracik
2 bawang merah dihiris
1 sudu teh halba campur
1 pelepah daun kari

1. Panas minyak n tumis bahan tumis
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1/2 cawan air.
3. Biar naik minyak baru masukkan ikan dan tomato yang dibelah 4
3. Masukkan santan biar mendidih dan ikan masak dan garam & sesuaikan rasa.
4. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya nai minyak dan pekat..


Boleh juga tonton video saya masak Kari Kepala Ikan Salmon ni kat saluran youtube saya