Tuesday, 18 November 2025

MASAK UNTUK TETAMU MALAM

  

Malam semalam punya semalam,punya semalam ada tetamu malam....Walau dah lebih pukul 10 malam,mask la juga seadanya.Kebetulan bahan mentah ada.Jadi la rezeki depa.Kalau takda apa sangat,selalunya keropok keping la akan digoreng buat peneman minuman panas.

Masak glass noodle....
Untuk jenis glass noodle yang saya gunakan boleh tengok KAT SINI....


Ini jenis mee atau glass noodle yang saya gunakan .
Bukan suhun yer....tapi glass noodle kering..
Satu bungkus tu seberat 150 gm sahaja...berharga RM 3.60
Saya suka glass noodles sebab ia lebih kenyal walaupun mahal sikit daripada mihun 
Saya masak 3 bungkus +- 450gm

Saya sharekan resipi daripada old post jer..

MEE CERMIN GORENG 

( FRIED GLASS NOODLE)

3 paket glass noodle

( 4 x 40 gm)

1 cawan isi udang

3 biji telur

 1 pokok daun sup

1 batang lobak merah

1 batang daun bawang

1 buah tomato

cili padi,bawang putih,kicap masin,garam,minyak

 

1. Jerang air hingga mendidih dah rebus glass noodle beberapa minit.

 

2. Panaskan ¼ cawan minyak dan goreng udang.Ketepikan.

 

3. Dalam minyak yang sama goreng udang hingga masak.Ketepikan.

 

4. Tumis bawang putih cincang dan cili padi cincang.Masukkan carrot yang dimayang jejari halus.

 

5. Masukkan glass noodle yang sudah direbus dan gaul rata.Perisakan dan renjis kicap masin secukupnya.Tambah buah tomato masak.

 

6. Kacau gaul hingga naik wap berasap.Tambah udang goreng dan telur hancur.Gaul rata dan sesuaikan rasa.Tabur daun bawang

 




Ada stok butter cake sebuku...kita potongkan....


Buah betik dan anggur sebagai pemanis mulut



Inilah rezeki tetamu malam...bersama seteko teh panas...

7 comments:

  1. Alhamdulillah...rezeki...dah cukup murah rezeki tetamu tu...

    ReplyDelete
  2. Macam ramai jer tetamu malam ni. Rombongan merisik abangkah?

    ReplyDelete
  3. Ingat suhun tadi nampak sama. Tak pernah lagi beli glass noodle ni.

    ReplyDelete
  4. Dulu umi cella rekomen mee telur.. kak lin try beli.. eh jd fav semua.. skrg ni umi cella tunjuk glass noodle plk.. mcm kena cari juga ni.. tp beli kat mn? Produk thailand plk tu.. 😁

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah beruntung betul tetamu tu, macam² hidangan dijamu. Mewah rezeki makngah sentiasa aamiin 🤲🏻

    ReplyDelete
  6. rajinnya kak,saya kalau dah 10 malam kita minta tetamu datang esoknya je lah hahaha

    ReplyDelete
  7. MasyaAllah rajin sangat ni, tetamu lewat malam pun dapat masakan panas.

    Macam nak cari jugaklah glass noodle ni, tengok pek tu produk dari Thailand. Ada agaknya di jual di Perlis.

    ReplyDelete