Monday, 24 February 2025

GULAI BATANG PISANG❌GULAI UMBUT PISANG✅

Gulai Batang Pisang?
Bukan....
Ini Gulai Umbut Pisang..
Kalau batang pisang lembu kerbau suka la makan selepas dicincang..hihihi

Kebanyakan orang biasa sebut Gulai Batang Pisang.Tapi sebenarnya Umbut Pisang sebab yang diambil hanya umbut iaitu bahagian yang masih lembut ditengah dalam batang pisang.

Jangan tak tahu pulak...yang umbut pisang hanya ada pada pokok pisang muda yang belum pernah berbuah.Maknanya pokok pisang dara la Kalau pokok pisang dah berbuah bahagian tengah dalam batang dah jadi empulur dan keras tidak boleh dimakan lagi...Lebih keras daripada bahagian luar batang pisang...!
Kena tahu tu yer!

Saya masak Gulai Daging + Umbut Pisang ni dua hari lepas iaitu hari Sabtu.Dapat umbut pisang dari SINI....

Saya masak cara kebanyakan orang belah Kedah masak.Maklumlah lauk ni kan popular kat belah utara terutama kat Kedah terutama di daerah Sik,Baling Pendang & hampir semua daerah di Kedah.Lauk Gulai Daging Umbut Pisang ni biasanya menu utama kenduri kahwin bagi yang masak sendiri/rewang.Yang lauk catering biasanya masak kari + kentang.Maklumlah nak dapat umbut pisang ( ada yang sebut ghiyas pisang) ni bukan senang juga.Kena korbankan  pokok pokok pisang muda yang belum berbuah.Biasanya kalau untuk kenduri menggunakan umbut pisang hutan.Pokok pisang hutan ni kalau banyak tumbuh sendiri di hutan hutan kawasan bukit.Kalau lalu hiway PLUS terutama arah utara..cuba perhatikan tepi tepi pagar PLUS & lereng lereng bukit sepanjang PLUS tu...Yang pokok pisang banyak-banyak tapi kurus-kurus takda buah tu adalah 
pokok pisang hutan.Pokok pisang hutan tidak ditanam tetapi tumbuh sendiri.Pokoknya kurus kurus tinggi dan kalau berbuahpun buahnya bersaiz kecil dan isinya sikit sahaja serta penuh biji pisang.Daun pisang hutan pun kalau buat bungkus lepat @ bungkus nasi lemak dia mudah lebam jadi tompok-tompok  hitam..Kalau kat pasar kalau jumpa orang jual daun pisang yang pendek-pendek & nipis waena hijau gelap tu biasanya tu daun pisang hutan..Kadang takda pilihan beli la jugak daun posang hutan pun..Kalau pernah tengok LEPAT LIAT kat channel youtube saya..boleh nampak kesan lebam lebam hitan  kerana menggunakan daun pisang hutan.Kalau daun pisang kampung hijaunya kekal cantik.
Pokok pisang hutan ni kat kebun getah di kampung pun ada tumbuh.Saya pernah share video 

Tapi masak Gulai Umbut Pisang kali ni saya guna umbut pisang nipah @ pisang kebatu yang ditebang oleh pekerja kebersihan kat tempat kerja.Umbutnya lebih besar sebab pokok pokok pisang tu gemuk subur.

Saya masak cara kebanyakan orang utara masak gulai daging iaitu dagingnya digaul siap siap dengan rempah kari,kerisik,bawang halia bagai kemudian baru ditumis.
Boleh tengok cara masak gulai daging + umbut pisang ni kat youtube channel  saya @ 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Video- video lain boleh diakses @ 




7 comments:

  1. Ini lah yang SA idam- idamkan...dulu pernah makan kat kenduri adik sepupu khwin dengan orang Jitra...sedap betul SA makan masa tu...x pandang dah pengantin

    ReplyDelete
  2. pernah makan dlu waktu belajar, dan pernah makcik kedah bg rasa lauk kenduri waktu kami ke sana.. mmg sedap.. dia campur dgn gulai daging

    ReplyDelete
  3. Oh, orang sana jugak yg ajar sy sebut gulai batang pisang. Sy tahu gulai ni letak umbut bukan batang, keras naya la makan batang pisang oi, hahahha.

    ReplyDelete
  4. Kami tetap panggil gulai batang pisang wpun org luaq terkejut la dengaq kata batang pisang buat gulai πŸ˜‚

    ReplyDelete
  5. Saya ikut orang Perlis sebut gulai batang pisang, tapi saya taulah masakan ni guna umbut - bhg tengah yang lembut.

    Agaknya nak mudah sebut/faham, jadi sebutlah batang pisang πŸ˜€

    Ni menu favourite saya sejak pindah Perlis. Selalu jugak dapat makan sebab kenduri kat sini biasa dihidangkan gulai daging batang pisang.

    ReplyDelete
  6. Sedap sungguh tengok masakan mamaCella ni πŸ˜‹

    ReplyDelete
  7. Cie suka umbut kelapa. Sedapnya. Umbut pisang rasa macam tak pernah makan.

    ReplyDelete