Tumis Pedas Pucuk Mengkudu Kampung..
Semalam punya semalam lauk dinner saya.Dinner awal la tapi sebab tak menyabar nak makan sayur pucuk mengkudu ni.
Pokok mengkudu kampung /mengkudu hutan atau mengkudu liar.
Pokok mengkudu ni bukan ditanam tapi sedar sedar ia tumbuh dari batang sebesar kelingkin menjadi sebasar betis orang dewasa dah sekarang ni,.Bila tengok kat old post pasal mengkudu ni,rupanya saya dok petik pucuknya sejak 2017 lagi.
Pokok 2024 saya takda la pula ambil gambar pegun.
Hari Selasa nampak banyak pucuk pucuk muda selepas beberapa minggu dipangkas Pak Man..Nampak takda sapa pun yang berminat nak petik selain saya.Kadang time pangkas tu Pak Man akan petik pucuknya bagi saya.Kadang Kak Misah security yang petik dan bila nampak saya nak balik K.Misah akan tunggu kat gate hulurkan pucuk mengkudu ni Kalau dulu cleaner dua orang tu rajin petik & letakkan kat atas bonet kereta.Time nak balik ,eh akan nampakla ada bungkusan pucuk mengkudu ..kadang serai,bunga kantan,mangga muda & buah kuini juga depa letak kat atas bonet tu.Alhdulillah,saya jarang menolak
( rasanya memang tak pernah pun menolak punðŸ¤)
Kebiasaan ,pucuk mengkudu ni saya rebus jadikan ulam..Kadang masak lemak putih & kadang masak lemak tempoyak dan juga kerabu.Tapi kali ni saya mencuba jadikan sayur tumis pedas...Wah,sedap la pulak..macam pucuk betik kayaknya...
Memasak Tumis Pedas Pucuk Mengkudu ni ada saya rakam dan muatkan kat youtube channel Seroja Putih...video pendek tu boleh ditonton:
👇👇👇👇👇
Boleh tonton sambil layan lagu *Kelentang Kelentung* nyanyian salah seorang penyanyi 80-an iaitu Aziz Ahmad.
Kak tumis daun mengkudu tu dgn si mata biru ke kak? Hihi
ReplyDeleteHaaa...nostalgia betul lagu Aziz Ahmad. Teringat dia berduet dengan Zaleha Hamid.
ReplyDeleteBuah mengkudu saya tahu, pahit sangat. Tp biasa untuk obat. Krn banyak manfaat. Baru tahu kalo pucuk muda nya bisa dimakan. Pahit juga kak? Tapi sayuran pahit saya sukaa sebenarnya. Macam pare atau peria, daun pepaya, memang suka dari dulu. Makan dengan sambal belacan.
ReplyDeleteMemang kena masak nasi lebih ni.
ReplyDeleteuii..nampak sedap ni...x pernah SA makan pucuk mengkudu tumis macam ni...pucuk ubi pernah la...pucuk mengkudu ni pahit x kak macam buahnya?
ReplyDelete