Kuih Lengat Pisang..
Ni antara kuih nostalgia saya.Dulu dulu bulan puasa kalau nak pelbagaikan kuih,ni lah antara yang akan mak buat.Kemudian menjadi ikutan saya setelah kerja masak memasak diserahkan kepada saya.
Panggilan "lengat" tu sebenarnya membawa maksud "kukus" dan juga "rebus".Kalau ikan rebus tu kami panggil ikan lengat.
Masa saya kanak-kanak mak takda periuk kukus tapi mak hanya ada "periuk lengat".Periuk merupakan sebuah periuk aluminium cap buaya tu tetapi lebih lebar daripada ukuran loyang kukus.
Kalau nak kukus kuih jenis kuih talam mak akan jerang air dalam periuk tu agak agak airnya 2 ruas jari.Kemudian mak akan letakkan "lekar" dalam periuk tu.Lekar tu dibuat daripada sejumlah dawai atau sejumlah lidi yang dilentur membentuk gegelang.Gegelang tu dibalut pula dengan daun mengkuang agar tebal.Gegelang tu lah yang dijadikan tapak dalam periuk yang airnya mendidih untuk diletakkan loyang untuk melengat kuih talam dan seangkatannya...........( boleh bayang ke tak?π€£)
Kalau nak kukus/lengat lepat pula..mak guna kreativiti lain pulak sebagai altenatif dek ketiadaan periuk kukus berlubang lubang tu.
Mak akan guna 2 buah periuk.1 periuk untuk bahagian bawah yang akan diisi air.Bahagian atas tu mak guna periuk yang sama saiz atau besar sikit dari periuk bawah.Biasanya periuk lama yang dah banyak bocor dah tak praktikal dah tiap kali memasak nak tampal tampal lubang tu dengan kapur sirihπ€£π€£..Maka periuk tu mak tebuk lubanga banyak banyak guna paku besar.Tapi kena tebuk dari bahagian dalam supaya bahagian tajam kesan tebuk tu tidak mengadap atas yang kita nak letak lepat..Periuk lubang lubang ni la mak letak bahagian atas.Tu rasionalnya periuk atas kena sama besar @ besar sikit daripada periuk bawah yg berisi air.Kalau lebih kecil alamat periuk atas jatuh/tenggelam dalam periuk bawah la....Haaaaa....boleh bayang ke tu....?π€
Tak apa lah tak boleh bayang pun sebab tu ceritera zaman kanak kanak saya...tahun 70-an & 80-an dulu.
Ni saya masak kuih lengat pisang pun saya hanya guna kuali untuk melengat/mengukus.Alas yang lubang lubang tu pun saya beli kat eco masa harganya RM2 dah dekat 10 tahun kot rasanya.
Video masak kuih lengat pisang ni ada sya share kat youtube..Boleh layan sambil mendengar suara emas Datuk Khatijah Ibrahim dengan lagunya "Ku Kerinduan" yang dirakam pada tahun 1979 ..zaman saya kanak kanak..
πππππππ
https://youtube.com/shorts/Y7y6ipfzfXM?si=jdpQkcZf_iC_BgJu
Oh, orang utara panggil lengat pisang. Zaman kanak-kanak dulu pun emak kita selalu buat kuih ini untuk sarapan pagi. Sebelum tidur emak dah siap kukus. Zaman saya kecik dulu memang kami ada periuk pengukus yang berlubang-lubang tu. Tapi saya boleh bayangkan apa yang Mama Cella terangkan cara mengukus lengat pisang tu.
ReplyDeleteKita memang membesar dizaman yang sama la cikgu..π
DeleteBanyak persamaan kenangan zaman kanak kanak kita
Tau lekar tu... Besa tengok dulu² :D
ReplyDeleteArwah Mak saya pulak tebuk tin susu kot buat acuan cendol. Mak² kita dulu bijak & inovatif, semua cipta sendiri π
Sy tak besa makan kot lengat pisang, mak selalu buat lepat stay lempeng kalau ada pisang
#atau lempeng
DeleteKan...orang dulu kreatif...Lepat & lempang juga kesukaan saya tu .sedap kan
DeleteWah...mcm cedap je. Apa2 yg guna pisang...MA suka je
ReplyDeleteKan...sedap pisang masak apapun
Delete1st time dengar lengat. ingatkan typo lepat pisang. hihihih
ReplyDeleteHampir sama tapi tak serupaπ€
Deletebaru siap sarapan lengat pisang kak..beli tapinya
ReplyDeleteWah....ada jual ek...Kalau ada jual baik beli jer Afzan...kalau buat nanti makan banyakπ€£π€£π€£
DeleteBisa terbayang kak, karena dulu pernah lihat kukusan model lama seperti itu di rumah nenek saya π.
ReplyDeleteLengat pisang nya terbayang aroma dia pasti harum kan ππ
SA baru tengok kuih ni...x pernah tgok lagi sebelum ni apatah lagi rasa..teringin plak nak rasa...
ReplyDelete