Tuesday 4 June 2024

SARAPAN @ RUMAH MAKAN NASI KAMPUNG- BUMIL HANYA BAYAR 50%

 Tenggelem timbul kebelakangan ini.Banyak tenggelam dari timbul🤭


Satu hari Sabtu pergi sarapan @ Rumah Makan Nasi Kampung.Restoran ni berhampiran PGA Cheras.Pernah beberapa kali lunch kat sini..
Lauk pauknya meriah.
Harus diingat bahawa Rumah Makan Nasi Kampung ni bukanya pukul 8.30 pagi.
Kami tiba pukul 8.00pagi memang dia belum buka. Duduk la melangut dalam kereta nak tunggu waktu operasinya.Pekerja sibuk mengemas meja dan menyusun makanan.Tepat 8.30 pagi baru dibuka untuk pelanggan.


Selalu lunch kat sini...Tali ni kami mencuba sarapan pula kerana Adah teringin Nasi Lemak Paru.
Banyak ni portion tak sampai rm10.


Saya pilih Nasi Lemak Ayam Berempah..RM10.
Ayamnya gedabak.
Selain makan nasi lemak kami minum teh tarik dan kopi 0 panas. Saya juga tapaw tapaw kuih dan tapai pulut.
Total RM 30
Masa Adah nak bayar,cashier cakap hanya bayar RM15 kerana BUMIL memang akan dapat potongan 50%
Alhamdulillah...



Hari Ahad pergi sarapan lagi sekali.
Kali ini pergi bertiga  bersama Adah dan suaminya yang baru balik dari Tawau.


Makan bertiga 
Total RM30
Adah kata biar dia bayar.
Nak tengok masih boleh dapat 50% atau tidak..
Masa bayar memang cashier yang sama & masih diberikan potongan 50% dan Adah hanya diminta membayar RM 15.
Kata Adah,selepas ni masih ada beberapa weekend untuk dia menikmati sarapan di sini sebelum 
" berehat panjang " nanti...hihihi


6 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah mak Cella, naik pangkatlah sikit hari lagi 🌹
    Banyak tu diskaun dia bagi, Moga bertambah maju bisnes depa

    ReplyDelete
  2. Hahahha.. amboi, kemahen yg lain tumpang sekaki BUMIL.

    ReplyDelete
  3. risau nenek makin busy tak timbul2 je lepas ni,harap nenek tak lupakan nenek2 blogger disini ye..hahaha
    sedap nampak dalam pinggan akak tu macam ada ghondang cuk ubi

    ReplyDelete
  4. Macam ni baru puas makan, besar portion nya.

    ReplyDelete
  5. Amboii... rezeki bumil ni. Tahniah Mama Cella, tak lama lagi naik pangkat.

    ReplyDelete
  6. SA terpikat dengan nasi lemak paru tu

    ReplyDelete