Tuesday 18 June 2024

JUADAH RAYA HAJI 1445

 


Antara juadah Raya Haji 2024  @ rumah saya.Raya kat KL saja tahun ni..tak balik kampung pun.


Raya Haji  kat KL ja tahun ni.



Namun kesibukan menyediakan juadah raya tetap meriah.Penat memang penat tetapi tiada siapa memaksa untuk melakukannya.Ini adalah pilihan sendiri agar moment  kemeriahan raya terus dihidupkan..Saya sangat menghargai memory kemeriahan emak membuat persiapan menyambut  raya zaman kanak kanak hinggalah dewasa.

TERIMA KASIH MAK!
Ciptakan moment raya yang manis untuk kami adik beradik..
Maka saya akan pastikan kemeriahan itu diteruskan selagi kudrat ini mampu...in shaa Allah .



KETUPAT PALAS

Juadah wajib dalam keluarga saya dan hampir semua warga utara
Kali ini saya masak 2kg pulut yang menghasilkan lebih kurang 5kg ketupat iaitu lebih  100biji ketupat.


KETUPAT DAUN KELAPA

Saya hanya buat dalam 20 biji sahaja kerana daun kelapa mahal!🤭 ..
25 helai RM10.Kalau 20 tahun dulu RM8 dah boleh dapat 100 helai...Dulu laaaa🤣


KETUPAT PULUT SERONDENG

Kali ni saya juga buat ketupat pulut inti serondeng versi Kelantan.



Bandingan ketupat palas versi biasa & versi inti.




AYAM MASAK MERAH

Lauk wajib jika masak Ketupat Daun Kelapa...cuma gambar suram..kurang cahaya...hihihi




RENDANG DAGING

Hari Sabtu gigih beratur panjang kat Pasar Tani...demi nak dapat daging fresh...Melambung harga mentang nak raya...RM47/kg.Amik jugak la 2kg ++ RM100



SAMBAL KACANG + DAGING

1st time makan Sambal Kacang + Daging  ni pemberian jiaran sebelah rumah kira-kira  15 tahun  lalu.Jiran saya tu lelaki muda dan masih bujang..Mereka menyewa rumah sebelah rumah saya & mereka rajin masak .Eh,semalam,jiran tu dan housemate dia datang beraya..tapi saya lupa nak ceritakan perkara ni kepada mereka...
Kalaulah depa tau ,mesti bangga kerana sudah berbelas tahun tapi saya masih terkenang masakan mereka 
Walau mengenali mereka dah lebih 15 tahun tapi status mereka masih sama...BUJANG..
Ada yang nak buat menantu ke?🤭
Tapi pastinya lah dulu mereka muda belia dan sekarang dah menghampiri  atau mungkin dah masuk 4 siries...!
Cuma sekarang mereka pun dah tak meriah memasak macam dulu..maka tak dapat lag merasa air tangan depa lagi..



RENDANG NANGKA MUDA

Masakan yang jarang orang masak time raya kan...
Jumaat baru ni,..saya dapat nangka muda siap rebus dari rakan sekerja iaitu Kak Izzah.Teringat zaman zaman kegemilangan Chef Wan kat kaca TV,beliau pernah masak rendang nagka...masakan dari seberang katanya...macam sedap ja..
Dah ada nangka...saya pun merendang...Alhamduliah,sedap juga



ACAR MENTAH
Buat juga Acar Mentah  timun + nanas 



NASI BERYANI
Buat acar tu nak makan dengan nasi ni la. Selain acar...boleh makan dengan ayam masak merah dan rendang.Goreng juga papadom tapi tak masuk pula dalam gambar.

Kalau perasan,semua lauk.pauk saya togel takde make up....padahal raya kot...
Huhuhu,lupa beli daun sup dan bawang bagai...!

MUFFIN PISANG
Malam raya sesambil merebus ketupatt..godak godak juga adunan muffin pisang sebab ni antara kuih palong senang...Campur je semua & kacau,masuk dalam paper cup..bakar...siap.
Pisangnya pula baki pisang yang tak termakan dalam sesikat,saya blend dan frozekan.Ni nak reduce ruang frozen..kita jadikan muffin dapat dalam 20pcs++ ..Eh,nampak bodo ja tapi laku keras...habis!


AGAR-AGAR SIRAP

Pencuci mulut old skol ni memang evergreen ja walaupun datang  bermacam dessert hipster & viral ...
Alhamdulillah buat 4 bekas tippuware tu...habis!


BUAH JAMBU BATU & BUAH  NAGA  MERAH

Jangan kata takda healty food la kan....🤭


MINUMAN : AIR GRENEDINE + LEMON...
Kawan-kawan Cella suka air ni..



Semalam raya,ada la beberapa orang kawannya yang tak balik kampung datang beraya.+ jiran sebelah ni.Tapi lupa nak rakam gambar...Ni ja yang ada kat saya...tak senonoh cella..tapi tu ja yang ada dalam galerry saya.....hihihi


Sun Velley Grenadine ni Adah beli kat Tawau..kerana katanya kt semenanjung tak da ..Kalau ada pun sirap F&N...



Untuk melihat video juadah raya kat rumah saya boleh tonton kat youtube channel saya iaitu 

Jangan ketinggalan mengikuti video - video saya yang berkaitan tumbuhan,masakan dan aktiviti saya dia..



.






9 comments:

  1. meriahnya juadah raya.. ldy thn ni x buat korban.. turun ke lapangan pun x.. suami n anak2 shj yg turun padang.. kite tunggu di rumah shj.. hihi

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya, maaf zahir n batin :D

    ReplyDelete
  3. Meriahnya menu raya. Rendang nangka tu pertama kali dengar.

    ReplyDelete
  4. First time tengok rendang nagka muda tu kak..nampak sedap...meriah betul juadah rumah akak ha....Selamat Hari Raya Aidiladha kak

    ReplyDelete
  5. Meriah makanan nya.. rendang nangka muda tu first time dgr huhuu

    ReplyDelete
  6. Ramainya juadah raya
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  7. Alahai meriahnya menu raya depa!
    Hebatlah Mak Cella, semua jenis ketupat boleh buat. Saya ni ketupat palas ja yg mampu hihi...

    ReplyDelete
  8. Fuh! Tabik dengan tahap rajin mamaCella.

    Mahal ya harga daun kelapa. Kira 40sen satu.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..meriah menu nya

    ReplyDelete