Jumaat malam menerima tetamu dari Batu Pahat,Johor.Kawan Adah masa sekolah rendah datang satu family 6 beranak.Dulu depa dok KL ni tapi lepas tu pindah balik kampung kat Batu Pahat
Ni depa tau Adah dan suami Adah pun ada...Baru balik KL minggu lepas.
Balik kerja,terus gi pick up Cella @ UPM @ singgah Checkers kejap beli apa yang patut.
Itu ja yang rasa macam cepat dan tak banyak songeh sebab guna sardin tin sahaja
Sampai rumah ja,terus potong bawang,ulam bagai.Kena potong sebelum mandi sebab bawang bawangan ni kan kuat bau dia & melelat baunya pada pakaian.So,potong sesiap sebelum mandi..hihihihi
Terus rebus laksa & masak kuah laksa.Sementara menunggu kuah mendidih,boleh la mandi dan solat sesiap.
- Laksa Kuah Sardin
- Bakwan Jagung ( rupanya and tak ambil gambar bakwan jagung..huhu)
- Buah Oren & Buah Naga
- Air Granedine + lemon
- Kuih Raya( walaupun raya dah habis)
Tunggu punya tunggu pukul 10 malam baru tetamunya sampai.
Rupanya depa ingatkan Jumaat KL cuti..tu yang depa singgah Jumaat malam konon tak nak ganggunhari kerja..
Eh,yang cuti Jumaat tu ..Johorrrr🤣
Sembang lebih kurang,pukul 12 tengahmalam depa oun bergerak balik ke hotel penginapan.Kita pun terus mandi & ZZzzzzzz..Nasib baik anak dara tu balik.Dia la basuh bekas bekas semua...
Entah apa kesibukan duniawi sejak akhir akhir ini hingga langsung tiada masa nak BW ..waima nak update blog pun tak sempat..huhuhu
Ha...tu la kisahnya ye...tetamu malam..baru nampak akak muncul..lama xde ni...
ReplyDeleteTangkas betul buat kerja. Kalau sy mesti dah ajak jumpa/ makan kat kedai je.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteCekap dan tangkas bersilat di dapur!