Ada yang mengambil kesempatan anak anak bercuti sekolah ni untuk berliburan dan membuat persiapan naik sekolah bulan depan.Ada yang berkenduri kendara.Ada juga yang mengambil cuti balik kampung dan menziarah sebelum Ramadhan.Ada yang simpan cuti untuk raya nanti kan🤭.Yang cuti selamat bercuti.Yang kerja teruskan kerja.
Isnin,ajak Cella balik Kedah sat..Sementara dia tengah free cuti sem.Minggu depan dia dah bz dengan competition apa ntah kat UPM tu.So,deside balik Kedah sat.
Mak la suka sangat makan situ.Mak kata kena dengan selera dia.
Minuman : 2 Teh O Ais & 1 Teh O Ais Limau
Mak amik ikan goreng,sambal belacan dan ulam
Saya pun amik nasi separuh,ayam goreng,ulam timun dan kalau makan kari wajib la lawannya sambal belacan
Setiap meja ada sebotol kicap iconik Kedah...Kicap Mudim..hihihi
Mak dah bismillah dulu dah.... tak sabar nak menyuap bila kena dengan selera dia..hihihi
Makan sini jadi lebih berselera bila ditemani pamandangan alam yang mendamaikan.
Lepas makan ronda ronda pusing ikut Kota Sarang Semut sampai Simpang Empat Kangkung.Belok kanan ikut Tokai terus ke Tanah Merah.
Setiap kali melewati jalan ini saya akan ralit menghayati pokok pokok thai(kalau Google kena taip pokok kelapa laut).Dulu- dulu kalau dah nak puasa,akan ada wanita wanita dari Pattani,Selatan Thailand akan datang berjualan ke kampung kampung.Antara jualan wajib ialah gula thai yang kami sebut "Nisan Kerek" .Gula bewarna coklat muda berkeping bulat dilingkari gegelang daun mengkuang (sebenarnya daun pokok thai).Gula kerek menjadi bahan wajib bulan puasa untuk buat inti buah melaka aka ondeh ondeh.Gula kerek dulu rasanya unik dan sedap sangat kerana dibuat daripada nira pokok thai.Rasanya manis manis kelat dan harum.
Saya teruja bila nampak hampir semua pohon thai (toddy palm) berbuah lebat.Dulu kat kampung,buah thai takda sapa peduli.Dibiar tua dan masak atas pokok dan gugur ke bumi.Kami kutip dan belah ambil isirongnya dan kunyah macam nak patah gigi🤣.Isirongnya memang keras tapi lemak macam isi kelapa tua.Tapi dulu batang pokoknya macam ada duri duri kasar.Agaknya itu sebab takda sesiapa nak panjat ambil buahnya.Celah pelepah daunnya menjadi sarang kelawar.Sekarang selalu nampak kat youtube cara keluarkan isi buah thai ni.Selalu nampak kat youtube dari India,Vietnam dan Indonesia.Kat Indonesi mereka menyebutnya sebagai " Buah Lontar"
Mak amik ikan goreng,sambal belacan dan ulam
Dah nama Warung Gulai Temenung kan....
Gulai dia simple saja,macam kari tanpa santan.Tapi sedap cukup rasa dengan ikan temenung segar terasa lemak manisnya
Setiap meja ada sebotol kicap iconik Kedah...Kicap Mudim..hihihi
Lauk simple ja tapi kena dengan tekak orang utara....Gandingan nasi putih sama gulai(kari) ikan temenung,cabai tumbuk( sambal belacan) ulam & ayam goreng garing.Kalau takdak ayam,ikan goreng atau ikan masin mesti kena ada.Baru cukup gu dia...hihihi
.
🎼🎼Pohon nyiur melambai🎵
🎶Angin Timur membelai..🎼
(lagu Alayarham Sudirman)
Selama ni saya ingatkan tepi tu tali air.Rupanya salah.Kata mak,itu adalah sungai yang mengalir terus ke laut.Airnya akan berubah ikut pasang surut air laut
Total lunch kami RM36.50
Sekitar 20 tahun dulu kat pasar dan bazar ramadhan selalu ada jual buah thai muda yang dah dikeluarkan daripada buahnya tetapi masih ada kulit arinya.Banyak kali juga saya sempat beli.Isinya seakan isi buah kabung tapi lebih kenyal.Ada jug beberapa kali beli buah thai dalam tin dan juga minuman " honey sea coconut" yang diolah daripada buah thai ni.
Tetiba rasa nak tanam pokok thai pulak🤣
Kalau Google kena taip " Pokok Kelapa Laut" sebab saya cuba Google pokok thai keluar result pokok selasih thailand.
Tapi kalau taip "buah thai" memang betul keluar result buah thai ni( buah kelapa laut)
First time SA tau ada nama pokok Thai
ReplyDeleteMungkin tempat lain panggil nama lain..omputih sebut toddy palm🤭
Deletepecah liuuqqq aih tengok gulai temenung ikan segaq2 plk tu..teringin nak bjlan ke utara tp ntah bila
ReplyDeletekalau tmpt sy org pgl pokok buah tar rasanya
Betoi dah tu Afzan.
Deletetempat saya pun ada kampung yang dialek pantai timur depa sebut buah tar ( sebenarnya thai tapi dialeknya bunyi "thar".) macam gulai depa sebut gular..kedai depa sebut kedar
Oh, yg selalu dlm HCT tu buah Thai ke namanya. Sedapnya gulai temenung, tengok rupa mmg tak bersantan tu tapi pekat kuahnya.
ReplyDeleteNanti nak share tempat makan best kat sini untuk SK & PI cuba kalau balik Kedah..nantikan yer tapi bukan nasi la...sebaliknya mee
DeleteMurahnya harga makanan kat tempat kita Mak Cella kan... Tu bila balik Kedah rasa mcm org kaya sat hahaha....
ReplyDeleteSy ingat nisan kerek tu, ingatkan sama ja dgn gula Melaka tu 🤭
Kan PH...kalau area Baling saya pernah makan yang sedap kat "Kedai Makan Pokok Buluh"..Eh,buluh ke bambu ka macam tu la..tak jauh dari Kg Memali..sedap PH
Deleteeh, namanya poko thai yer.. patutla banyak pokok ni kat thai.. byk sungguh.. dan buahnye dijual siap kupas kulitnya di tepi tepi jalan .. sedap..
ReplyDeletekicap mudim ni memang da kat sana je kan?
ReplyDeleteBaru tau ada pokok buah Thai.
ReplyDeleteSeronok dapat makan 3 generasi. Harga makan pun murah tu.
A..aa...baru perasan 3 generasi
Deletewaduh sedap nya kak oi
ReplyDeleteMwmang sedap makan time lapar🤣
Delete