Thursday, 24 August 2023

SAYUR PAKU RAWAN/GENJER TUMIS PEDAS

 

Sayur Paku Rawan..
Ada yang panggil Genjer

Kalau jumpa ni kat pasar memang tak lepas 


Kalau dapat daunnya pun dah suka..
Apa lagi dapat bunga macam ni .

Tumis pedas- pedas..
Memang layan...

SAYUR GENJER TUMIS PEDAS
1 cekak genjer
minyak,garam,gula

Bahan Tumbuk kasar:
10 cili padi merah Vietnam
5 bawang putih
5 bawang merah
sejemput bilis bersih

1. Bersihkan genjer dan kerat anggaran panjang 2 ruas jari.

2. Panaskan minyak dan tumis baham tumbuk..biar cilinya masak dan naik minyak 

3. Masukkan genjer dan kacau gaul hingga sayurnya sedikit layu.

4. Perisakan...Sesuaikan rasa & siap


Apa lagi bila ada tenggiri jeruk ni.
Nampak penuh elok kan...
Tapi hakikatnya  kepingan ikan tersebut adalah senipis kulit bawang dan hanya disusun keliling dinding botol.
Tengahnya kosong lompong..
Itulah antara teknik & tektik 
Tapi tiada siapa yang memaksa untuk beli...Sendiri yang beli kerana tergoda dengan nafsu selera.


Jeruk mandai goreng


6 comments:

  1. 1st time dgr sayur paku rawan.. genjer lg la xprnh dgr.. ish umi cella ni, buat kak lin teringin la plk.. 👉👈

    ReplyDelete
  2. Pokok genjer ni hidup di kawasan berair/paya terutama di sawah padi.
    Pucuk dan bunga yang muda memang sedap di masak tumis.

    ReplyDelete
  3. Kami panggil 'jalai keladi' MC :D
    Sy tak pernah makan tapi arwah mak & Pak dulu suka la...pi ambik kot bendang. Depa rebus cicah ayaq kerabu ja

    ReplyDelete
  4. pernah nampak sayur ni dekat pasar tapi tak tau nama&tak tau nak masak apa.lepas ni boleh la beli dah ada resepi ni

    ReplyDelete
  5. biasa nampak sayur ni kalau ke pasar tani tapi tak pernah masak, kadang nampak mcm sedap je tengok orang masak sayur ni. nak cuba lah nanti

    ReplyDelete
  6. Sedapnya paku rawan @ genjer.
    Memang ngam tu tumis pedas lawankan dengan ikan tenggiri jeruk.

    ReplyDelete