Hari Isnin,Jas bawa banyak bunga kantan.Dia offer kat semua,sapa nak ambil la banyak manapun selagi ada.
Ruby bawa naik bilik saya 5 kuntum.Shifa ambil 2 kuntum..Tinggal kat saya 3 kuntum.
Sebelum balik saya ambil daun pandan dekat tepi pagar depan pondok jaga.Saya ikat bersama bunga kantan
Acah-acah dapat bouquet flower...hihihi
Dapat bunga kantan pun syok dah.
Tapi Wak Warisan Petani yang dikelilingi pokok kantan,dia tak makan la pulak bunga kantan...
Kalau berjiran..mau pi ngendeng minta sikit kat Wak...hihihi
Balik rumah semua bunga kantan tu saya hiris sederhana halus.
Dapat la dalam sepinggan penuh.
Saya dah plan nak masak sambal pedas-pedas..
Campur dengan ikan bilis.Ikan bilis pun kemain mahal sekarang..
Yang keras liat pun sekilo rm50++
Kalau yang elok sikit dah cecah rm70 sekilo...
Jangan la pulak bila merungut ..nanti ada yang suruh pi laut sendiri tangkap bilis & proses sendiri..Memang la kita tak terbuat .. huhuhu
Makan dengan nasi panas-panas...
Berpeluh...
SAMBAL BUNGA KANTAN PEDAS 3 kuntum kantan besar.
1 cawan bilis bersih.
Minyak,garam,gula,kiub bilis.
Bahan Blend:
1 genggam cili padi Bangladesh(merah)
1 bawang besar.
5 bawang putih
1. Panaskan minyak dan goreng garing ikan bilis.Ketepikan..
2. Tumis bahan blend dan perisakan
3. Masukkan kantan dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan bilis,gaul rata dan sesuaikan rasa.Siap.
Wah..masak mcm ni pun boleh yer.. umah MIL byk bunga kantan..leh try ni.. tq for sharing
ReplyDeleteminggu lepas pergi beli ikan bilis balik rumah kemas2 barang tengok tak ada...huwaaa sedihnya ikan bilis hilang..cari dalam bonet kereta pun tak ada pergi semula kaunter pasaraya pun tak ada...
ReplyDeleteKak lin prnh mkn sambal kantan ni.. besan bg.. mmg sdp yg amat.. xprnh plk kak lin msk sndri.. š¤
ReplyDeleteNampak macam sedap aje
ReplyDeleteTapi wak tak pernah makan bunga kantan
Mesti bocor periuk nasi Mak Ngah, kan...
ReplyDeleteFirst time tengok bunga kantan masak berkuah.. Tak silap sis pernah cuba masakan bunga kantan dengan ikan bilis goreng garing.. ala-ala kerabu, rasa pedas masin.. sedap juga..
ReplyDeleteIni la yang SA nak buat tu...bunga kantan ada tu kat rumah...boleh la buat nanti...
ReplyDelete