Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Tuesday, 28 February 2023
CELLA DAH SELESAI FINAL EXAM SEM
Monday, 27 February 2023
SUP MASAM PEDAS ALA CINA
Hari tu nampak video soup ni melintas kat wall.Nampak menarik.
Saya pun mencuba..
Sup Masam Pedas Ala Cina..
Wah,sedap la .
Jom la cuba kawan-kawan..Saya kalau benda sedap suka ajak yang lain juga mencuba..Seronok kalau dapat makan sedap berjemaah walau hanya kongsi pic @ resepi.
Kalau yang tak sedap,biar dendiam dalam draff..hihihi
SUP CENDAWAN MASAM PEDAS ALA CINA
10 cendawan shitake kering - rendam kembang dan hiris
5 Cendawan hitam kering( black fungus)- rendam dan hiris
1 pack tauhu lembut- hiris halus memanjang
( toreh-toreh saja sebb tauhu lembut yang buat tauhu kukus tu)
2 bawang putih & sikit halia (semua dicincang)
1 cili merah(cincang)
1 telur( kacau)
1 sudu tepung jagung(tapi saya lagi suka guna tepung ubi)
2 kiub ayam
Sikit minyak dan minyak bijan
Daun sup dan daun bawang.
Sos tiram,kicap masin, sos cili,cuka makan & serbuk lada sulah
1. Panas sesudu minyak dan tumis bawang putih+ halia cincang.
2. Masukkan 5-6 cawan air hingga mendidih.
3. Tambah kiub ayam,segala sos dan kicap,cuka dan semua cendawan serta tauhu lembik cincang.Sesuaikan rasa.
4. Bancuh tepung jagung dengan sikit air dan tuangkan dalam sup sambil kacau hingga nampak sedikit pekat.
5. Kacau telur dan tuangkan dalam sup sambil dikacau membulat agar telurnya bertali.
6. Tabur daun bawang/daun sup dan renjiskan minyak bijan.
Sup panas sudah siap.
Saturday, 25 February 2023
SARAPAN PULUT KACANG vs KOPI O PANAS
Dah seminggu tak update blog ni & tak jenguk. Sepanjang minggu ni kat tempat kerja..hanya menumpukan kerja-kerja fizikal & tak usik PC.Kerja -kerja fizikal ni memang penat badan tapi seronok kalau kena dengan team.Dah lama tak dapat team yang sekepala.Seminggu ni walau kerja dah macam buruh kontrak tapi happy.Pepagi semangat,tengahari keluar lunch.Balik,sambung buat kerja.Sampai rumah,mandi & makan.Dah beberapa hari juga lepas maghrib,saya dah dibuai mimpi.Dinihari,orang lain bertahajjud,saya baru nak solat Isya'..hihihi.
Agak lama semangat kerja merudum.Ni baru kembali bertunas.Harapnya semangat terus mekar hingga ke garisan penamat 2031 .Itupun kalau keadaan mengizinkan dan umur panjang...hihihi
Kena siapakan juga kerja ikut masa kerana minggu depan plannya nak balik kampung sekejap.Caiyok💪
Kerja beres baru tenang nak bercuti a.k.a balik kampung
Pulut kacang ni sebenarnya pulut lemak aka pulut kukus yang digaul dengan santan bergaram.Lemak dan sedap.
Sepatutnya digandingkan dengan rendang atau sambal bilis.Tapi pagi ni saya gandingkan dengan ikan pekasam goreng dan sambal sardin.
Manikmati kepalan pulut lemak betkacang,dicubit sikit ikan pekasam dan dicicah sambal sardin memberikan kombinasi yang sedap ditekak saya.
Monday, 20 February 2023
MENANTI RAMADHAN
يبقى ٣٠ يوما فقط على عودة شهر رمضان الكريم .. قد غبت وإليك اشتقنا
Tinggal 30 hari sahaja lagi untuk Ramadhan kembali.
Sesungguhnya engkau telah menghilangkan diri dan kami sangat rindu kepada kepulangan engkau.
Sunday, 19 February 2023
TUMBUHAN LIAR: TIMUN TIKUS BOLEH DIMAKAN
Timun tikus..
Saturday, 18 February 2023
TIPS REBUS PUCUK UBI KEKAL HIJAU CANTIK
Sayur pucuk ubi yang dah direbus dan ditumis.Namun warna hijaunya masih menyerlah dan nampak cantik serta segar kan..
Oleh kerana Pucuk Ubi Tumis Pedas saya dan Adah dah habiskan..maka untuk anak lanang nan sorang tu..saya masak Nasi Goreng B*d*h saja..hihihi
Thursday, 16 February 2023
KERABU PUCUK GAJUS + SARDIN & LAUK MANDAI
Hari tu Ros ada bagi secekak pucuk jangguih(gajus)Memang dalam kepala dah plan nak buat Kerabu dengam Sardin
KERABU PUCUK GAJUS + SARDIN
1 cekak pucuk gajus
1 tin kecil sardin( saya guna mackerel)
½ bawang besar hiris
½ limau nipis
5 cili padi merah.
Sikit belacan (jika nak bau melekat kat tangan🤭)
garam gula secukup rasa.
1. Pucuk gajus hiri halus atau kasar ikut selera.
2. Lenyek kasar sardin.Sos pun ambil juga
3. Campur dan gaul semua bahan.Sesuaikna rasa.
Wednesday, 15 February 2023
NASI GORENG JERUK DABAI
Saya pun ikut tips berkenaan.
Tuesday, 14 February 2023
HAPPY BELATED BIRTHDAY ESAH & DILA
Happy belated birthday untuk Dila & Aisyah a.k.a Esah.Dila lahirnya bulan Disember tapi masa Disember,Dila tak nak raikan kerana ayahnya sedang sakit.
Laksa yang sedap sangat.Saya makan 2 mangkuk..Saya rela tak makan nasi kali ni walau nampak lauk sedap.Kekenyangan laksa.