Saturday, 31 December 2022

MAKAN KENDURI TERAKHIR 2022

Hari ni 31 Disember 2022..Hari terakhir untuk tahun 2022.Esok,in shaa Allah tahun 2023 menjelma pula.


Hari ni dapat jemputan Majlis Perkahwinan @ Dewan Arena.Kenduri terakhir kot untuk dinikmati pada hari terakhir 2022.


Pi dengan Ruby & Yati..


Sedap-sedap makanannya..
- Nasi Beryani/ Nasi Putih
- Pesamah Daging
- Ayam Masak Merah
- Acar Masak
- Pajeri Kuning Nanas
- Sambal Goreng Kacang Tunggak
- Buah-buahan
- Air Kordial

Mihun Sup pun ada.
Kami makan juga kuih muih..Ada beberapa jenis pencuci mulut :
- Rojak Buah 
- Apam Beras
- Aneka Kek Marble
- Kuih Peniram
- Kuih Vadei
- Bubur Pulut Hitam
Paling special dalam kategori dessert ni ialah Kuih Pak Aji Serban.
Nikmat betul dapat makan Kuih Pak Aji Serban.Kalau tak silap saya kuih ni banyak terdapat di Trengganu.Kuih dia macam Seri Muka iaitu dibawahnya pulut.Tapi bahagian atasnya berwarna coklat muda.Rasanya lemak manis menggunakan campuran telur itik,gula nisang(gula kerek) dan santan pekat.
Sayangnya saya lupa nak snap pic  Kuih Pak Aji Serban tu.

Yati & Ruby amik 2 lauk jer kot..


Pinggan saya...🤭


Pinggan saya..
Di manakah nasi?
🤭🤭🤭🤭🤭

Paling special menu Sambal Goreng Kacang Tunggak.
Saya pernah masak 
Ni kalau Cikgu Amie mesti kenal menu sambal goreng kacang tunggak ni.Semoga Cikgu Ami dan suami serta ahli jemaah yang lain dimudahkan urusan menyempurnakan ibadah umrah dan dikurniakan umrah yang maqbul🤲

Kat tempat saya kacang tunggak tu lebih dikenali sebagai kacang ketupat kerana sering digunakan sebagai campuran dalan ketupat palas.

Alhamdulilah..

Semoga majlisnya diberkati Allah dan pasangan pengantin dikurniakan SAMAWA..🤲

Friday, 30 December 2022

MAKAN NASI KAK WOUQ @ PENANGGAH TAMAN WARISAN PUTRAJAYA

Semalam Adah pun amik cuti..Kami ke Pusat Kitar Semula Putrajaya hantar lagi pakaian terpakai.
Balik dari Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9 Putrajaya tu,kami mencari tempat makan.


             pic google

Kami singgah @ Foodcout Penanggah kat Presint 16.
Antara tempat makan yang saya kerap juga kunjungi kalau ke Putrajaya.
Untuk makluman yang belum pernah sampai,foodcourt ni kat pintu masuk Taman Warisan Putrajaya.Aneka tanaman pertanian  ada di sini dan dulu pernah sekali dua naik ronda atas bukit tu.Ada aneka pohon buah-buahan,pokok rempah ratus dan herba,pokok getah dan mesin getah bagai.Tapi sekarang saya tak pasti masih buka untuk pelawat atau sebaliknya.Dulu siap boleh naik trem dia ronda dalam kebun macam dusun tu.Mungkin boleh dapatkan info daripada pihak pengurusan.

Kami sampai dalam 11.00  pagi.Tengok kat Google buka 8.30 pagi..
Tapi masa kami sampai, kebanyakan gerai tengah buat persiapan akhir untuk berjualan.
Harum bau masakan menerpa ke  rongga hidung.Kami antara pelanggan awal bersama beberapa orang lagi yang sama-sama meronda mencari gerai dan menu mana yang ingin dinikmati.Nampak ada gerai Laksa Ikan Sekoq,Nasi Lemak Malaysia,Nasi Campur,Sate Warisan,Waffle,Western dan beberapa jenis makanan lain termasuk goreng-gorengan dan  masakan panas .

Rasanya lain kali pun elok datang time ni la kot sekitar pukul 11 ke atas.


Akhirnya saya pilih gerai Nasi Kak Wouq.Saya membanyangkan sedapnya nasi bersama kuah kari dan ayam goreng panas dan sambal belacan.
Nampak menu yang ditulis tu hanya 4:
Nasi KakWouq Ayam RM7
Nasi Kak Wouq Ayam Berempah RM8(kalau tak salah la)
Nasi Kak Wouq Daging RM9
Nasi Kak Wouq apa entah satu lagi tu tak ingat & dalam pic pun terlindung pulak..
Sekali dah jenguk..
Wow, bukan 4 saja tapi ada lagi..
Menarik la eneka lauknya...

Ada lauk:
Ayam Cincang
Ayam Berempah
Daging Goreng
Paru Crispy
Sotong Ring
Udang Goreng
Sayur Sambal Goreng

Tak puas ambil gambar pegun sebab tak bergerak.Saya minta kebenaran  untuk rakam video lauknya.Dengan sopan adik tu benarkan sambil menggoreng lauk pilihan saya.
Jom tengok lauknya:

Menarik bukan?
Lauk pauknya menarik dan nampak kemas dan bersih!
Lihatlah paru yang menggoda dan sotong ring yang besau-besau macam gelang Mami Jarum tu!
Saya pilih Nasi Kak Wouq Lauk Campur Ayam Cincang & Paru Crispy.

Eh,rupanya setiap lauk yang kita minta dia akan goreng semula dalam minyak panas.Nampak dia ambil semangkuk kecil lauk yang kita minta.Dia tambah juga hirisan bawang Holland dan sikit hirisan  ...Maknanya dapat lauk panas-panas..!

Tengah saya merakam peniaga lelaki muda yang sopan santun tu sedang cedok kuah gulai tanya..
"Akak nak kaki ayam tak?"
Eh,Allhamdulillah,rezeki adik tu nak bagi kaki ayam gulai..


" Sambal & kicap akak ambil sendiri ye dalam mangkuk hujung tu" tambahnya lagi

Terima kasih atas layanan yang baik..
Semoga adik ni dikurniakan rezeki melimpah lagi barokah🤲🤲🤲

Penuh pinggan..!
RM 12

*Kaki ayam dia bagi 3 batang!



Adah dah kat meja bersama semangkuk cendol.Dia merungut nak makan Roti John..Tutup la pulak gerainya.Dia merajuk tak nak makan.Tak nak makan sudah...makan merajuk bukan kenyang..!
hihihi



Lepas letak nasi kat meja..saya pi basuh tangan kat washroom dekat surau tu.Ada ja sink dalam premis tu tapi saja nak pi yang jauh...Sambil tu rakam suasana yang masih lengang dan Adah yang konon tak mau makan.

Bila dia jamah paru crispy dalam pinggan saya...
Haaa baru dia tau kata sedap..

Haaa...terus dia pun pi Gerai Nasi Kak Wouq tu..hihihi


Nah,sepinggan penuh !
Adah ambil Nasi Kak Wouq Lauk Campur Sotong & Paru.
Banyak tu sotong & paru.Kacang panjang pun Adah punya nampak banyak juga
RM12..
Murah kan?
Sangat berbaloi kan...
Gulai dia pun bukan kuah kosong.Setiap pinggan memang disertakan sekali seketul hati ayam dan sepotong terung.
Adah kata dia tanya nak kaki ayam tak..tapi Adah taknak...Mmm depa mana makan kaki


Bismillah....


Cendol tu Adah beli kat gerai sana tu.
Tapi cendol dia kureng sikit sebab bukan santan  segar..


Pesanan pada setiap meja.Selalu ada ja trolly nak letak  bekas makanan tu.Tapi masa kami makan ni mungkin depa lupa letak..So,kita kemas sisa makanan dan susun pinggan elok-elok serta lap meja siap-siap sebelum tinggalkan meja.


Dah banyak kali jugak makan kat sini..
Antaranya:


Saya suka makan kat sini sebab tempat dia bersih,tenang dan tak serabut.Senyap ja..


Cuma nak bagi pandangan terbuka sikit.Peniagannya terlalu senyap sesenyap suasana di sini🤭.
.. 
Depa tak sombong,tapi depa senyap tak akan pelawa singgah atau tanya nak makan apa.Kita yang kena tanya depa apa yang ada..atau kita baca menu dan terus order.
Tak tau sama ada memang peraturan peniaga kat sini agaknya.Boleh jadi depa nak elakkan berebut pelanggan,jadi depa senyap agar pelanggan sendiri yang pilih nak makan apa gerai mana tanpa dipengaruhi peniaga..
Agak nya laaaa...🤭

Ok..sesambil jalan nak ke parkir kereta..
Jom kita baca info tentang tanaman pertanian yang ada di sini..

Petai


Kopi


Getah

Kayu Manis


Kelapa Sawit


Eh,getah lagi..

Manggis


Jambu Bol

Rumah Memproses Getah


Jambu Madu


Buah Mentega


Nampak signboard jualan durian..Tapi kami tak cari la pulak.Bau durian ada..
hihihi
Jualan pokok bunga pun ada tapi tak ambil gambar pulak..


Ops..sebelum tu kami ke Presint 9...


Hantar baju-baju terpakai ni..
Ada 2 plastik besar.1 plastik baju-,baju anak bujang tu dan yang plastik pink tu baju2 anak dara bongsu tu.


Share jugaklah video masa kami pi hantar pakaian terpakai kat Pusat Kitar Semula Komuniti  @ Presint tu..
Agak ramai walaupun weekday.
Ni kali ke2 kami pi sini selepas kali pertama datang ...KAT SINI pada minggi lepas.Terim kasih Puan Hazel yang share info pasal pusat kitar semula ni..

Thursday, 29 December 2022

KUIH SERABAI GUNA ACUAN BENJO

Sempena Cuti Krismas pada Isnin tak pi mana pun.Masak dari sarapan sampai ke dinner.Kebetulan Tuan Tanah Kedaung

(sebutannya Cella🤭) ada kat rumah.


Saya masak Kuih Serabai Kuah Durian.
Sebenarnya kuih serabai ni kalau kat kampung saya dipanggil "Apam".Kalau kuih apam tu pulak orang kampung saya panggi "APOM"
Dulu-dulu (seingat saya tahun 80-an)kat kampung saya orang tak buat apam a.k.a serabai ni sebagai makanan biasa.Sebaliknya jika ada kematian baru kuih apam ni dibuat pada hari ke 40 
( kalau tak salah ingatan saya).Selain apam,ketupat palas juga dibuat dan dijadikan digandingkan dengan apam ni dan diberi "berkat/buah tangan" kepada penduduk kampung yang datang bertahlil.Kali terakhir saya tengok dan merasai pengalaman ni ketika arwah tokwan saya meninggal  tahun 80-an.Selepas tu saya tak pernah nampak dah.Dari segi hukumnya saya tak tak pasti dengan jelas..Cuma sekarang memang takda lagi dah tahlil mengikut hari-hari tertentu tu.Yang ada biasanya jika ada kematian tahlilnya ikut kehendak ahli keluarga..Biasanya 3 hingga 7 malam berturut-turut.
Tradisi masak  apam + ketupat  tu pun setahu saya dah takda lagi dah..

Saya pun kalau buat apam ni akan panggil serabai..Takmau panggil apam yang dikaitkan dengan kematian tu..
hihihi.

Untuk kuah durian...saya guna DURIAN NI...yang anak bujang tu beli sebelum ke Stadium Bukit Jalil tengok bola Malaysia vs Laos tu.Kan ada sebiji yang isinya ada yang keras dan tawar.Saya lenyekkan dan masak bersama beberapa ulas durian lain yang elok jadikan kuah durian.Selalu bebudak tu suka ja kuah durian makan dengan roti.Ni tak nampak depa makan pun.Saya pula teringin nak makan dengan serabai.


Cella la suka kalau kuih serabai makan dengan kuah durian ni.Adah makan serabai tu kosong saja.Kata Adah rasa macam lempeng kelepa.Hihihi...sebab saya guna santan untuk bancuh adunan serabai.Jadi,baunya harum dan rasa lemak-lemak macam lempeng kelapa la.Tapi versi tepung beras la


Kalau tengok kuih serabai saya kali ni bulat tebal dan sedikit garing kan..
Saya buat guna acuan benjo!
Ceritanya begini..

Dah siap bancuh adunan serabai dan dah perap dalam 1 jam.



Biasa orang buat kuih serabai guna acuan macam acuan baulu tu tapi yang lubang dia bulat kosong la.Tapi saya biasa guna nonstick pan yang  kecik tu.Dok guna pan kecil yang selalu guna buat pancake 🥞 tu.Kali ni dia melekat pula.Mudah hangus dan susah nak balikkan.Agaknya pan tu dah expired(pan ada expired ke?) hihihi
Maklumlah dok guna dari zaman Cella sekolah rendah lagi untuk buat 🥞 pancake bekal dia.Minggu lepas pun dia request nak sarapan 🥞.Katanya dah lama dia tak makan homemade🥞.Tapi takdan nak penuhi.Saya pun baru perasan dah lama tak masak pancake..hihihi


Cuba juga guna pan yang besar.

Dah kuih serabainya jadi nipis melebar la pulak.

Kalau buat kuih serabai ni ralit dok tengok gelembong buih dia.

Bila semua gelembong pecah dan permukaan kuih mengering tandanya kuih dah masak.
Ada orang dia fobia dengan lubang-lubang ni..Kena scroll laju-laju..hihihi



Hasil buat dalam pan besar...jadi nipis.
Puas fikir nak buat macamana untuk dapatkan serabai yang lebih tebal supaya nampak serat dalamnya.

Cuba guna acuan benjo..
Alhamdulillah dapat saiz elok dan ketebalan yang sesuai.Cuma kelemahan,nak kena cungkil keliling la.Tapi gigih juga la guna..hihihi

Baru la dapat serabai yang tebal.Tebalnya lebih kurang telur benjo tu la.

Kalau tebal baru nampak serat dalam dia dan bila cicah kuah dia akan menyerap.


Dapat 10 keping buat guna acuan benjo tu.Selebihnya tuang juga atas pan besar tu..Biarlah,yang tak cantik mak makan..Yang elok-elok kasi kat anak..hihihi

Dulu-dulu saya rajin la juga masak kuih serabai ni.Semak dalam old post TTK dah beberapa kali post pasal Kuih Serabai ni..Antaranya....

KUIH SERABAI PANDAN yang cantik ..kat sini

KUIH SERABAI PURE TEPUNG BERAS..kat sini..

KUIH SERABAI KUAH DURIAN BEKU...sini

KUIH SERABAI KUAH DURIAN FRESH..kat sini

KUIH SERABAI
2 cawan tepung beras
2 cawan air suam
1cwn santan
1 camt mauripan /yis
sikit garam & gula 

1. Campur semua bahan kecuali garam...air tu ikut keperluan..boleh tambah atau kurang.Biarkan bertutup selama 1 jam..


2. Pastu baru masuk garam & kacau..


3. Panaskan kuali pan yang kecik..


4. Tuang 1 senduk kecik tepung yang  & tutup kuali tu...


5. Bila buih-buih dah pecah serta permukaan kuih dah kering boleh la angkat dan sajikan dengan kuah durian.

**untuk resipi kali ni saya try & error.Saya kurangkan 2 sudu tepung beras dan gantikan dengan 2 sudu tepung ubi. Alhamdulillah menjadi dan hasilnya  kuih  lebih kenyal dan lembut walau dah sejuk.


KUAH DURIAN.

10 ulas durian 

1 kotak santan.

1 helai pandan.

1 ketul gula melaka.

secubit garam.

1. Durian boleh dimasak terus atau diambil isi sahaja.

2. Masak isi durian bersama 3 cawan air ,pandan,gula dan garam 

3. Bila mendidih tambah santan kotak dan kacau sentiasa agar tidak meruap.Sesuaikan rasa.


Kuah durian pekat lemak manis berkrim.Saya hanya guna isi durian semata.Cuma tips nya saya masak kuah sejak malam.Jadi esok pagi memanh dia pekat.Panaskan semula kalau nak kuah panas.


Menu sarapan hari Isnin..
Selain kuah durian,saya pernah buat kuah pisang
( macam pengat pisang tapi tanpa sagu)pun sedap.Rasanya kalau buat kuah nangka pun sedap juga sebab harum.


Saya juga  masak juga menu savoury iaitu nasi goreng cili padi.

Sapa taknak makan kuih manis tu makan la nasi goreng.


Wednesday, 28 December 2022

NASI LEMAK SAMBAL KERANG BEKAL BALIK KOLEJ

Hari Sabtu Tuan Tanah
Kedaung( bacanya Cella🤭)balik sebab Cuti Krismas hingga Isnin kan.
Malamnya lepas maghrib  hantar balik kolej.Nak baliknya sejak tengahari.Asyik kejap..kejap..kejap..
membawa ke malam...hihihi

Buatkan  Nasi Lemak Sambal Kerang untuk bekal dinner dia dan kawan.

Masak Sambal Kerang tapi nampak sambal lebih dari kerang🤭


Rebus 10 biji telur..bekal 5 biji..makan sendiri 5 biji.Saya suka telur rebus..(jangan cakap makan telur rebus kentut busuk..orang tak makan telur rebus pun kentut tak wangi pun)🤭


Tapi akibat malas + tamak..nasinya agak jelantah.Puncanya malas nak keluarkan rice cooker yang besar sikit.Saya masak dalam rice cooker harian yang kapasitinya 1.5L tapi bantai sumbat sampai 6 cawan... memang padat dan jelantah la ..hihihi

Akhirnya kena buat 2x kerja..Kena la pula mengukus agar masak sekata...
Kena 2 round kukus sebab banyak...padan muka sendiri....hihihi


Nasi lemaknya saya alas daun pisang dan bungkus dengan kertas minyak macam penjual nasi lemak tu.Memang stok kertas tu ada kat rumah untuk bungkus bekal anak-anak dan bekal sendiri.Time rajin buat bekal la..time malas,kertas tu dok diam-diam dalam laci dapur🤭



Nasi Lemak Koboi ja.
Hanya nasi lemak+ sambal kerang + sebiji telur rebus.Takda kacang takda timun bagai.


Tapi bungkusan besar la walau nasi lemak koboi..Nasinya semangkuk penuh padat.

Bekalnya 5 bungkus sahaja.
1 untuk TTK
1 untuk roomate TTK
1 untuk spare kang tengah makan kang ada pula kawan datang bilik,takkan tak ajak..sebab kalau dia hihihi
2 bungkus lagi untuk 2 orang rakan yang sesama dari UniSZA dulu tu.Kalau bawa apa apa makanan saya bawa sekali untuk depa dua orang tu juga.Depa dua tu lelaki tapi blok sebelah menyebelah saja..boleh la bagi sekali.Depa bertiga memang rapat sejak kat UniSZA lagi.Dapat interview UPM ni pun sama-sama.



Semoga ianya menjadi rezeki makan malam yang barokah untuk depa dan juga saya.
Amiin..

Yang makan kat rumah ni saya hanya alas pinggan dengan daun pisang.Tidaklah saya bungkus.....hihihi