Monday 16 September 2019

PETUA SIMPAN PETAI DALAM AIR & SAMBAL PETAI CILI PADI

Petai....
Ni pic petai yg  nenek kirim abang bawa balik KL hari Ahad minggu lepas
Sebab banyak..
Mak aku simpan dalam air dalam peti ais nak kasi kekal fresh


Ni la petai yang dah seminggu verendam dalam air tapi disimpan dalam peti ais la
Dah citer  dalam post
 SAMBAL KERING BILIS TEMPE & PETAI... kat sini


Ni hasilnya selepas dah dibuang airnya
Masih segar  dan hijau

Kulitnya masih kekal rangup
Mak aku cakap nak masak sambal denvan kulitnya sebab kulitnya still fresh


See...
Memang fresh
Mak aku cakap tips simpan petai rendam dalam air ni bukan idea asal dari mak aku
Mak aku cakap ni tak tahu siapa yang jumpa formula ni & share kat media sosial
Diviralkan dan mak aku reshare plak kat sini
Semoga orang yang bagi dan kongsi idea ni dirahmati Allah kerana berkongsi perkara yng bermanfaat


Ni plak bahan untuk blend nak masak Sambal Petai Cili Padi

SAMBAL PETAI CILI PADI DENVAN SARDIN
3papan petai
1 tin kecil sardin
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
3 sudu minyak

Bahan Blend:
1 cawan cili padi merah
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan asam, garam, gula dan masak hingga pekat
3. Masukkansarsin dan sosnya
4. Tambah petai dan masak beberpa minit hingga mendidih
5. Sesuaikan rasa

Siap


Memang menjadi la guna tips siman petai dalam air ni
Ada lagi sebungkus dalam peti ais
Mak aku cakap nal tengok berapa lama agi boleh kekal fresh
Selagi kulitnya hijau maknanya masih eloklah...

Ni plak ulam bendi rebus  dengam ulam raja


Ulam daja ni pun dah seminggu masih fresh
Ulam raja ni mak aku cakap yang abang bawa balik dari kedah dah seminggu
Masih fresh tanpa masuk peti ais..
Mak aku cakap caranya dengan membasuh ulam raja ni dan dalam keadaan masih basah masukkan dalam plastik yang longgar(plastik beli barang dapur) dan jangan ikat sulaya boleh bernafas
Hasilnya ulam raja ni kekal segar

Petai sambal
Ulam raja
Bendi rebus
Ikan goreng

Jom makan...
Tapi ni semalam nyer
Hahahaha

2 comments:

  1. Masih cantik ya petai dan masih segar elok...Aunty belum pernah cuba lagi masukkan dalam plastik yang berisi air...lenkali boleh lah cuba kalau petai banyak..Sedapnya nasi dalam pinggan tu..suku suku separuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. Nanti leh try...
      Tapi kita suka jeruk pefai.. Hehehe
      Nasi tu nak kasi syantiks & colourfull.. Lepas snap kiter letak semula bemdi tu.
      Syyyyyy
      Hahahahaha.. Tapi ulam raja kkter makan..

      Delete