Saturday 28 July 2018

LEMPOK DURIAN

Lempok Durian...
Tahu Lempok Durian..?
Aku pun baru tahu..
Selama ni aku tahu durian boleh buat pengat...tempoyak..kuih..ice cream
Bila mak aku cakap teringin nak makan Lempok Durian...
Aku ingatkan macam pengat juga la..
Rupanha jauh beze
Macam Dodol ada  lah...
Tapi mak aku kata ini bukan dodol..
Ini ialah LEMPUK DURIAN..


Haaa....macam dodol la rupa dia
Tapi mak aku kata ini BUKAN dodol durian
Ini ilaha LEMPOK
Mak aku cakap kalau Dodol Durian ialah dodol biasa yang dibuat menggunakan tepung pulut,gula melaka santan dan dicampur durian
Sebab tu bau durian


Tapi Lempok Durian mak aku cakap dibuat hanya menggunakan 100% durian dan ditambah gula sebagai pengawet..
Dah kalau durian 100%...
Gula nak kira camaner..
Hahaha....
Dah jadi berapa %
Hahaha...
Mak aku cakap Lempok ni salah satu makanan tradisional dan salah satu cara mengawet durian supaya tahan lama dan boleh dinikmati ketika luar musim durian..
Kata mak aku dolu2 durian ialah buah beusim sebab  hanya berbuah setahun sekali..
Tapi sekarang ada sahaja sepanjang tahun..
Tak tahulah sebab iklim dunia yang berubah atau sebab telnologi pertanian
Sebab mak aku cakap zaman dulu padi juga hanya ditanam sekali dalam setahun dan mengambil masa yang panjang untuk dituai hasilnya
Tapi sekarang mak aku kata dengam teknologi padi sudah dapat ditanam dan dituai sebnayak 2x setahun..
Bahkan sudah ada padi yang lebih cepat dapat mengeluarkan hasil sehingga membolehkan petani menanam dan menuai 5x untuk 2 tahun..
Tapi itu padi..
Kalau durian ni mak aku cakap orang2 dulu kreatif mengawet makanan..
Ada yang dijeruk, dikeringkan dan ditapai..
Supaya boleh dinik.ati sepanjang tahun..
Buah durian pula seperti tempoyak dan dijadikan Lempok..
Tempoyak untuk makanam souvury dan Lempok mak aku kata digunakan untuk makanan manis..
Mak aku cakap selalunya Lempok hanya dibuat oleh pemilik dusun yang mempunyai bekalan durian yang banyak dan tidak habis dimakan..

Mak aku plak masak Lempok ni sebab mak aku cakap teringin nak makan Lempok Durian.
Sedap ke Lempok Durian..?
Mak aku cakap sedap untuk orang yang menyukainya...
Habis tu naper sebelum ni mak aku x buat pun..?
Sebelum2 ni x dapat buat lempok sebab durian mahal..
Tak sempat nak melempok...dah habis dimakan..
Hahahahaha...nak kata aku la yang habiskan tu...!!!
Kata mak aku Lempok Dutian hanya menggunakan 2 baham sahaja..
Durian sebagai main ingrediant..
Dan gula sebagai pengawet supaya taha  lama...
Kalau x letak gula atau letak gula sedikit sahaja mak aku cakap  nanti lempok x tahan lama dan akan masam atau bercendawan
Tapi kalau letak gula terlalu bangak pula lempok akan keras dan kurang sedap kerana rasa durian dah tenggelam dengam rasa gula..
Tapi Lempok yang banyak gula mak aku kata lebih tahan lama a...
Camaner nak buat lempok..?
Jom tengok mak aku buat..

Bahannya hanya
Durian
Gula

Sukatannya mak aku  cakap 1:1
Maksudnya 1 bahagian durian : 1 bahagaian gula

Contohnya 1 cawan durian : 1 cawan gula

Kalau lagi banyak durian...
Maka banyak lah gulanya..


Durian hanya diambil isinya sahaja


Sukat isi durian
Tambah gula sama banyak dengam isi durian


Masukkan dalam kuali dan kacau  hingga gula cair
JANGAN TAMBAH air atau bahan lain
HANYA guna gula dan durian sahaja

Semakin lama dikacau..gula akan mncair dan warna juga semakin berubah dari warna durian kepada warna yang sedikit gelap


Semakin lama durian dan gula akan eakin pekat dan likat seperti mengacau dodol


Adunan MESTI sentiasa dikacau tanpa henti kerana kandungan gula yang tinggi akan buatkan cepat hangus jika tidak dikacau
Gula akan bercaremel dan berubah warna menjadi semakin gelap
Kacau dengam apo perlahan hingga kental dan menjadi seketul seperti dough..
Masa mengacau bergantung kepada berapa banyak durian

Macam yang mi mak aku cakap menggunakan 2 cawan isi durian dan 2 cawan gula mengbil masa lebih kurang 1/2 jam
Matikan api dan biar hingga betul2 sejuk

*** Mak aku pesan...masa untuk sejuk agak lama kerana kandungam gula  yang banyak memang melambatkan proses untuk sejuk.


Apabila Lempok Durian sudah sejuk pada suhu bilik...Lempok akan menjadi seperti dough yang tid boleh dibentuk...


Lempok yang cukup gula dan cukup masa mengacaunya akan nampak berkilat dan tidak melekat tangan setelah sejuk..
Simpan dalam bekas bersih dan kering..

*** Lempok hanya dimakan sedikit sedikit seperti memakan coklat..bukan dimakan sehingga kenyang...( hahahaha...ada ker orang nak makan lempok yang manis tu sampai kenyang)

Kata mak aku lagi lempok selalu dicampurkan kedalam Bubur Kacang...Dodol....Wajik dan dijadikan buah tangan kepada tetamu istimewa  kerana durian mempunyai tempat tersendiri dalam kalangan masyarakat

Rasa Lempok...?
Mmmmm.....tanyalah mak aku...
Mak aku kata sedap
Aku plak kalau makan camtu jer memang x boleh go sebab manis..
Tapi kalau campur dalam dodol mungkin aku suka
Sebab aku suka DODOL DURIAN..!
ok...bye

3 comments:

  1. Salam.. lempok sedap...
    Suruh mak buat jam durian. Sedap makann dengan biskut..durianmasak dgn gula..masak sebati tak yah pekat sampai kental. Let it be a bit runny.
    Ni account utk hp.

    ReplyDelete
  2. Lempuk sedap tapo manisss...
    cannot go kalau nak makan camtu..
    x tahu la mak kiter selamber je makan macam makan chocolate jer...
    Kalau jem macam sis nor cakap mungkin ok koy..
    Nanti kalau mak kiter beli lagi durian leh minta mak kiter wat jem lak..
    leh makn dgn scone...
    Mmmm...dah lama mak kiter x wat scone...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam lempuk mkan dengan durian. letak dalam roti sedap. tambah santan jadi gula durian kuah durian.
      tak pun bubur kacang.. buat manis manis buah la.. minum teh kosong tanpa gula...

      jam makan dengan biskut cream crackers.sedap.. jam ni bila mak buat tu bila gula pasir dah cair dan durian dah tukar colour clear translucent tapi belum kental.. keluarkan letak dalam jar kaca... tunggu sejuk baru letak dalam fridge.
      buah manggis pun boleh buat jam. rambutan too....

      Delete