Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Saturday, 28 July 2018
APA ITU BERKAT?
Assalamualaikum...w.b.t
14 Zulkaedah 1439...
Tadi Achik baru post satu tazkirah dalam family group...
Terpanggil untuk aku simpankan dalam diary maya ini..
Jika dibaca orang laim menjadi sharing...
Kisahnya cukup simple
Tapi sangat jelas..
Kisah anjing...
Dan Kambing......
Jom baca.....
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
APA ITU BERKAT ?
Al kisah suatu ketika, Syeikh Ibrahim bin Adham pernah terlibat dialog dgn salah seorang kafir zindiq yg tidak percaya akan kewujudan berkat.
Si Zindiq itu berkata bahawa "Yg namanya berkat itu jelas tidak ada, hanya sekadar mitos"
Mendengar itu, Syeikh Ibrahim lantas bertnya kpd dia :
"Pernahkah kau melihat anjing dan kambing?"
Zindiq menjawab: "Ya, tentu, aku sering melihatnya."
Lalu Syeikh Ibrahim bertnya lagi kpdnya:
"Menurutmu, mana di antara keduanya yg lebih bnyk membiak dlm melahirkan anak2nya?"
Dan si Zindiq menjwb : "Pastinya anjing krn anjing boleh melahirkan, smpi 7 ank anjing sekaligus, sedangkan kambing hanya mampu melahirkan setidaknya, hanya 3 ank kambing saja."
Kemudian bertnya lagi Syeikh Ibrahim : "Cubalah kau perhatikan lagi di sekelilingmu, manakah yg lebih bnyk populasinya antara anjing dan kambing?"
Si Zindiq menjwb : "Aku lihat kambing jauh lebih bnyk, bahkan jumlahnya lebih bnyk dibandingkan anjing"
Syeikh Ibrahim berkata: "Bukankah kambing itu sering disembelih? Ada yg utk keperluan hidangan jamuan tetamu, sembelihan korban Idul Adha, acara aqiqah atau jualan istimewa dan hajat lainnya. Namun ajaibnya, spesis kambing tidak pupus bahkan jumlahnya jadi lebih bnyk melebihi anjing"
Dan berkata si zindiq: "ya, ya, betul sekali"
Dan berkata lg Syeikh Ibrahim: "Maka begitulah gmbran BERKAT..."
Si Zindiq menjeb: "Jika begitu, apakah sbbnya kambing yg mendapat berkat, bukan anjing?"
Syeikh Ibrahim menjwb lagi dan kemudian menutup dialog itu, dgn jawapannya yg cukup menyentap si Zindik;
"Krn kambing lebih memilih tidur awal pd waktu mlm tetapi ia selalu bangun sebelum dtg waktu fajar maka di saat itulah, ia mendapati waktu yg penuh dgn Rahmat Nya sehingga akhirnya turunlah keberkatan kpdnya.
Berbeza halnya dgn anjing yg sibuk menyalak sepanjang mlm tetapi ketika di saat menjelang waktu fajar, ia pergi tidur smpi melepaskan saat2 turunnya cucuran Rahmat Nya dan ia pun tidak mendapat keberkatan.
Nah, itulah dia "BERKAT"
Saidina Sakhr pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pg mrk.”
~ (Tirmizi, Abu Daud)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam betul ABT berkat..
ReplyDeleteDulu arwah mak hidup... Gaji yg setoit Tu dapat beri mak duit belanja...
Beli vitamin.. Bayar operations Mata etc..beli itu ini.. padahal bila
Mak Dah takde sejumlah Yang Sama Rasa pinch...