Sunday, 27 May 2018

KERANG TUMIS BERSERAI

Kerang Tumis Serai...
Lauk iftar hari Jumaat...
Lepas amik kakak kat kolej..
Terus balik..
Mengantuk giler...
Kakak masuk ner kereta terua Zzzzzzzzz...!
Aku pun rasa nak juga zzzzzzzz...tapi aku x berani..
Sebabnya aku kena perhatikan mak aku drive..
Kerana mak aku pun cakap mengantuk jugak..
Beberapa kali mak aku suruh sapukan minyak teraphy pada dahi untuk kurangkan mengantuk..
Aku risau takut mak aku terlelap jer..
Sebab dah pernah ada peristiwa .....


Mak aku masak Kerang Tumis Serai...
Beli kat Pasar Segar.
Mak aku cakap dah xde pilihan dah...
Banyak mende dah habis...
Ayam pun dah tinggal yang benyek..
Sebab tu mak aku cakap beli kerang jer..
Aku x turun pun..
Sebab kakak tengah lena..
So...mak aku turun sorang...
Aku tukang jaga kereta sambil menjaga orang yang sedanh lena..
Haaa...complicated x...?


Mak aku kata asalnya nak masak rendang kerang...
Tapi kalau dah pukul 6 ...alamatnya makan rendang kerang untuk sahur la..
Hahahaha....
Maka terjadilah Kerang Tumis Serai..
Mmmmm....aku makan ada juga rasa sikitw rendang...
Sebab ada serabut2 serai...pedas dan minyak2 skit...
Sedap.....aku suka...
Kakak pun suka...
Abang jer x suka..
Sebab mak aku suruh aku asingkan 1 mangkuk kecik untuk abang..
Tapi sampai sahur tengok x berusik pun..
Mestilah abang x makan...
Abang bukan suka seafood...

KERANG TUMIS SERAI
1 kg kerang
5 cili padi- patah2kan
2 sudu minyak
1 kiub bilis

Bahan Tumis:
10 cili padi
3 cili merah
1 bawang besar
2 batang serai besar
@ 5 batang serai kecik

1. Bersihkan kerang dan rendamkan 10 minit bersama beberapa batang cili padi patah2kan supaya kerang meluahkan kekotoran..
2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
3. Masukkan kiub bilis dan kerang
4.Kacau2kan dan tutup kuali 5 minit supaya berwap dan kerang masak..Jika air kering..masukkan 1/4 cawan air.
5. Bila kerang nampak terbuka atau agal2 sudah masak...masukkan cili padi yang dipatah2kan
6. Sesuailan rasa dan siap


Bersihkan kerang dan rendam dengan air bersama beberapa cili padi yang dipatahkan..
Ulang basuh hingga airnya jernih


Tumis bahan blend hingga naik minyak


Masukkan kerang dan kiub bilis ..Tutup kuali


Jika ingin berkuah...tambahkan 1/4 cawan air


Masukkan cili padi yang dipatahkan..
Dan sesuaikan rasanya.....

No comments:

Post a Comment