Monday, 28 May 2018

KARIPAP SABAH

Karipap Sabah....
Kuih iftar hari Jumaat
Masa kakak balik...
Actually Karipap Sabah ni mak aku buat masa weekend...

Dulu mak aku rajim buat Karipap Sabah ni
Ada 1 masa tu memang mak aku buat untuk jualan kerana ada permintaan dari kawan mak aku di Putrajaya
Setiap minggu mak aku akan buat dan hantar Karipap Sabah frozen ni.
Aku pernah citer KAT SINI......
Kadang ada juga orang tempah untuk majlis bertunang macamKAT SINI...
Tapi dah lama mak aku x buat.
Aku suka kripap ni sebab rangup


Weekend nyer pic
Dah siap goreng 1/4 masak..
Tunggu sejuk nak frozenkan


Karipap Sabah siap untuk goreng ataiu untuk frozen





INTI KARIPAP
3 biji kentang- rebus sampai masak
1 keping daging burger (boleh ganti isi ayam)
1 sudu rempah kari - bleh guna kari ayam @ ikan
1 tangkai daun kari
1 bawang besar-dadu halus
3 bawang putih -dadu halus
1 sudu teh garam
1 tangkai daun sup
1 sudu minyak


1. rebus kentang & kupas kulit-potong kasar-kasar
2. Panskan minyak dan masukkan daging burger cincang
3. Bila daging nampak masak masukkan bawang besar,bawang putih dan daun kari
4. Kemudian masukkan serbuk kari dan sedikit air,dan garam
5. Masukkan kentang rebus yang dipotong kasar dan lenyek-lenyekkan dengan sudip supaya sebati
6. Masukkan daun sup cincang dan matikan api
7. sejukkan inti sebelum guna



KARIPAP 

1/2 kg tepung gandum
2 sudu butter
sikit garam
1/2 cawan minyak
air
garam
Intikaripap yang dah siap masak

BUAT KULIT KARIPAP
1. panaskan minyak & butter.tuang dlam tepung yang dicampur garam
2. gaul rata & uli dengan sikit air sampai boleh bentuk.
3. Bulat-bulatkan agak2 saiz untuk sebiji karipap.
4. Gelek bebola tu sampai agak nipis tapi memanjang
5. Isi inti pada bahagian atas dan gulung separuh sahaja..Separuh lagi dihujungnya ditoreh todak putus secara menyerong atau menegak .
6. Kelimkan kiri dan kanan supaya inti tidak keluar
7. Buat sampai habis & goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana  
** Goreng separuh masak & frozenkan untuk guna bila2 masak

STEP BY STEP CARA BUAT KARIPAP SABAH ...kat sini


Mak aku cakap karipap ni frozenkan supaya boleh goreng waktu2 kritikal macam hari ni lah.Jumaat
Sebab sampai rumah dah kelam kabut
Boleh goreng karipap buat berbuka
Tapi dah citer mak aku juga masak Kerang Berserai untuk lauk hari Jumaat tu




Air pun minum Air Segera je
Air Orange Tropicana Twister je
Memang dah ada stok


Hari Khamis aku dah minum segelas
Bangun pagi Jumaat masa nak sahur tengok tinggal 1/4 botol jer
Mmmm...mesti abang inum sebelum tidur ni
Sib baik cukup untuk aku nak iftar
Aku ngan kakak jer minum air orenge ni


MAk aku minum Teh 0 Panas.


4 comments:

  1. 1st blog awak yg akak baca td cari psl yuen teng ke apa nampak gamba mcm sedap. Kat stu ada mention awak belom upsr lagi. Sje akak godek2 rupanya smpai ke 2018 aktif lagi awak membelog ye.. rajin2 ..

    ReplyDelete
  2. Hehehe...tang yuen tu...
    macam buah melaka kosong dalam air sirap...
    Dah boleh tune masa untuk menulis..kadang2 ter stop juga...dolu2 tulis pendek2 jer..
    makin lama tulis makin datang idea ..sebab ini hanya diary...setiap hari akan ada yang kjta makan dan akan ada peristiwa yang berlaku...
    Apapun tq sis alya..

    ReplyDelete
  3. Akak sukr bace blog awak... Truskan menulis ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah & TQ sebab suka baca...amik yang baik2...tinggalkan jika ada yang x baik..salam ramadhan 1439...

      Delete