Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Dengan Ikan Masin
Minggu ni lauk-lauk kampung
Ala...kalau gi gerai makan kat KL pun ada gak lauk ni..
So...bukanlah kampung sangat pun..
Kalau nenem datang sini ..
Nenek selalu cakap kat KL ni lagi banyak lauk & ulam kampung..
Yang xde kat kampung nenek pun boleh dapat kat KL..
Nenek cakap lagi murah & lagi fresh dari pasar kat kampung..
Mmmm....yer ker...?
Aku suka kuah jer lauk ni..
Tapi mak aku paksa juga makan pisang muda tu ngan ikan masin tu..
Taknaklah ikan masin tu dah lembik,& x garing macam ikan masin goreng yang rangup tu..
mmm..aku makan juga la pisang tu...sedap..
Kuah dia ..pergh..
Sudah makan ..dah cuci tangan pun bauvkuah dia masih melekat kat tangan..
Bila cium tangan tu ...rasa nak makan lagiiii..
Haaa...dahsat kan..!!
Ni la Pisang Muda tu..
Yang hari tu dah publish dalam entri Pucuk Ubi Tumbuk
PISANG MUDA MASAK LEMAK CILI API DENGAN IKAN MASIN ..mak aku
1 sikat pisang lemak manis muda
4 hiris ikan masin
1 asam keping
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Bahan Tumbuk:
10 biji cilibpadi
1 ketul kunyit sebesar ibu jari
Ni mak aku kata namanya Pisang Lemak Manis..
Tapi yang masih muda la..
Baru sesuai masak gulai..
Tapi mak aku kata bukan semua Pisang Muda sesuai untuk dimasak gulai ni..
Kata mak aku hanya pisang yang kulitnya boleh "disiat" sahaja yang sesuai..
Contohnya Pisang Lemak Manis..Pisang Emas..dan Pisang Emas..
Kalau pisang yang yang kulitnya tebal dan keras macam Pisang Awak & Pisang Nipah mak aku kata x sesuai..
Hmmmm...ada beza ke pisang- pisang tu..
Aku bukannya kenal pun pisang-pisang tu..
Pisang Emas & Pisang Cavendish aku tau la..
Aaaaa...satu lagi Pisang Tanduk aku tau sebab rupa dia memang macam tanduk..
Ni la yang mak aku kata "siat" tu..
Bukan kupas...Tapi siat..
Kalau kupas mak aku kata buang semua kulit pisang tu..
Yang ni siat..buang lapisan nipis kulit luar tu..
Seronok pula tengom mak aku siat kulit pisang tu..cam senang jer..
Haa..kata mak aku hanya pisang tertentu jer boleh siat kulitnya..
Dah citet kat atas tu..hihihi
Pisang yang dah disiat dan dipotong serong kena rendam air garam..Mak aku kata supaya pisang tu x jadi hitam..
Kata mak aku lagi buah- buah lain pun kalau nak bagi kekal cantim warnanya lepas potong kena rendam air garam ..Contoh buah apple..pear..
Ooooo....
Ikan Masin..boleh guna apa-apa ikan masin..
Mak aku cakap ni kepala Ikan Talang Padi...
Kalau yang macam mak aku pernah masak Acar Talang & Acar Ikan Masin tu mak aku cakap ikannya jenis besar & banyak isi
Kalau Talang Pafi ni mak aku kata saiz kecik & nipis..bila goreng rangup..
Tapi kalau masak gulai macam ni xde sangat isinya .just untuk perisa dalam kuahnya..
Itu yang bau kuah tu melekat pada tangan kot..
hihihihi...
Dalam periuk..masukkan santan cair..bahan tumbuk...ikan masin..& pisang..
Masak hingga mendidih & pisang empuk..
Jom nyanyi..
Ikan dilaut..
Asam didarat..
Dalam periuk..bertemu jua..
Hahaha..
Mak aku cakap pesan orang-orang tua ..
Anak dara kakau nyanyi kat dapur nanti dapat suami tua..
Hahahaha...Che Ta x nyanyi kat dapur kot..dapat suami muda..handsome..
Ops..syyyyyyy...
Bila pisang dah empuk baru masukkan asam keping & garam secukup rasa..biar mendidih lagi baru masukkan santan pekat..kacau sekejap dan tutup api..
Tips mak aku pesan:
Kalu masak gulai....
Asam dimasukkan selepas pisang @terung @kentang telah empuk..supaya bahan tersebut cepat empuk dan gebu..Kalau masuk asam awal2 asam tu membuatkan bahan lain lambat empuk dan x gebu.
TAPI..
Kalau guna kacang bendi..
Masukkan asam dulu biar mendidih sebelum kacang bendi supaya kacang bendi kerana asam tu akan mengurangkan lendir kacang bendi..
Huh..
panjang & lebar ooo mak aku tutorial aku..
Sebab takut lupa semua tu....
Sambil tengok mak aku masak..sambil aku dengar sambil amik gambar...sambil aku taip..
sambil save...sambil setting schedule time & date...
Berapa banyak sambillllllllll da...!!!!!
No comments:
Post a Comment