Monday 5 December 2016

BEKAL MEEHUN GORENG

Bekal Meehun Goreng
Air Tamar Cocoa..
Dalam tupperware tu Mihun Goreng..
Dalam tumbler tu ..Sachet Tamar Cocoa
Nanti just tambah air panas
Dah lama x entri pasal Bekal..

Tapi ni bukan Bekal aku..
Ini bekal kakak gi kerja..
Kakak dah request mak aku masak bekal
Kata kakak..untuk jimat duit & jimat belanja..


 Kakak kata dah lebih 2 tahun x bawa bekal mak aku masak..
Hahaha...sejak standard 1 hingga form  5 memang hari2 kakak & abang memang bawa bekal setiap hari..
Sejak masuk U dah dkt 3 tahun la x bawa bekal sebab kat kolej mana boleh masak..hihihi
Sejak minggu lepas kak dah request nak bawa bekal...
Tapi xnak Bekal Nasi..
Kakak kata Bekal Nasi susah nak makan


So..mak aku masak Mihun Goreng ni pun sebab kakak memang request nak bawa Mihun Goreng..

BEKAL MIHUN GORENG
1/2 paket mihun-rendam
1/2 batang carrot-racik panjang
1/2 mangkuk isi ayam kiub
1 cili nerah- racik panjang
1 pokok daun sup
1/4 cawan minyak
1/4 cawan kicap manis
garam

Bahan Blend:
2 cili merah
1 bawang besar
1 kiub ayam

1.Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak
2.Masukkan ayam..garam & carrot &garam serta 1/2 cawan  air.
3. Masukkan mihun & kacau sambil renjis kicap hingga air kering & mihun lembut
4.Masukkan cili & daun sup potong..terus tutup api

Tips Masakan Bekal Mak Aku
_Mihun untuk bekal sebaiknya gantikan seafood dengan ayam @ daging kerana seafood nudah berbau jika bekal ditutup lama..

- Pilih sayur yang tidak berair seperti carrot & brocolli..Elakkan sayur berair seperti sawi..taugeh & tomato kerana bekal akan cepat basi..

-Biar makanan suhu bilik baru dibungkus @tutup kerana nenutup makan panas & suam akan menjadi wap & cepat rosak





No comments:

Post a Comment