Saturday 18 January 2014

TENTANG BULAN......

Ni bukan pasal Filem "Tentang Bulan" kisah Mawi ngan Ina yang dah berpuluh kali tayang kat ASTRO tu....
 Ni tentang bulan yang aku tengok pagi semalam....Dah pukul 7.20 pagi tapi bulan penuh tu masih jelas dan bercahaya..Mak aku kata sebab hari masih gelap tu sebab nampak bulan tu bercahaya..Hmmm,aku pun perasan sepanjang minggu lepas & minggu ni macam lambat siang je...Tengok la pukul 7.20 masih gelap & kena pasang lampu lagi..Waktu sampai sekolah pukul 7.00 pagi pun masih gelap giler lagi.Tapi kadang2 ada masanya pukul 7.00 dah nampak matahari terbit...
17 January 2014 adalah bersamaan 15 Rabiul Awal 1435 Hijrah...hee cam bagus kan aku tau bulan Hijrah...Sebabnya 14 January kan Cuti Maulidur rasul...maulidur rasul kan 12 Rabiul Awal..Jadinya 17 January tu 15 rabiul awal la...Hmmm,apatut la bulan mengambang penuh..Kalau kat kampung mesti best..Masa kat kampung mak aku selalu ajak aku keluar kat depan rumah nenek waktu malam.Mak aku suruh aku tengok bulan & bintang..Kalau kat kampung bulan & bintang nampak jelas sebab kat kampung gelap..Kalau nasib baik siap boleh tangkap Kelip-kelip lagi...Paling best masa balik time dekat nak raya la..Boleh duduk kat luar rumah malam2 sebab bulan Puasa xde hantu..hahahaha
Mak aku suka sangat tengok bulan & bintang kalau balik kampung..Aku plak kalau dah mak aku suruh tengok tu..tengok  je lah ...amik hati..hahaha
Mak aku tanya juga,ada x belajar tentang bulan ni dalam Sains...Mak aku tolong cari info dalam Google untuk aku...
Sebab kata mak aku nanti sekolah menengah kalau amik subjek Geografi akan belajar pasal pengaruh bulan & pasang surut air laut....
Pasal penting nya untuk nelayan turun kelaut & balik ke darat...Oooooooo


Kejadian Pasang Surut


Kejadian Pasang Surut
Sebenarnya air pasang surut terjadi akibat gravitI bulan, matahari dan putaran bumi. Kombinasi ketiga tiga faktor ini menyebabkan laut mengalami pasang dan surut setiap hari. Ada sesetengah tempat mengalami dua kali air pasang dan dua kali air surut. Manakala tempat tempat lain mengalami sekali air pasang dan surut sahaja. Secara mudah, pantai yang menghadap sumatera mengalami dua kali pasang dan surut dan pantai timur dan borneo mengalami sekali sahaja.
Mana mana bahagian bumi yang berhadapan dengan bulan akan mengalami air pasang. Ini menyebabkan gravity yang menarik air laut ke atas. Graviti matahari turut mempengaruhi air pasang, tetapi disebabkan jarak bumi dan matahari lebih jauh, kesannya lebih kecil. Walaubagaimanapun jika kedudukan bulan dan matahari selari, iaitu ketika bulan penuh dan anak bulan, air pasang akan lebih tinggi. Fenomena yang berlaku setiap 2 minggu ini dikenali sebagai spring tide.
SUMBER : wikipedia.com

****** Bannyak kali aku baca info ni.......tapi jujurnya...jujurnya  aku masih x berapa nak faham sangat...hmmm nak kena duduk tepi laut waktu malam la kot baru aku faham...tu pun kalau aku faham..hahahaha

No comments:

Post a Comment