Pages

▼

Thursday, 1 October 2026

TERINGIN NAK MAKAN IKAN GORENG MASAK TAUCU

Balik kerja semalam....dalam cuaca jerebu nipis,kepala ligat memikir nak masak apa untuk dinner.Pagi tadinya hanya masak mee kering goreng berencah ayam sekuali.Itu sahaja untuk menu dewasa.Tak masak lauk apa pun.Lauk untuk bekal Sarah pun saya hanya sempat gorengkan isi ikan tuna & tanam nasi dalam cawan sahaja cukup-cukup untuk bekal ke rumah pengasuh.
Makanya untuk makan malam kena ada nasi la ni...

Tetiba terlintas teringin nak makan nasi putih panas-panas,berlaukkan ikan goreng taucu...
Yezz....
Singgah beli ikan selayang 10 ekor & TAUHU for brand Kipas Udang  sebotol..Saya pilih tau pedas brand Kipas Udang 


Maka seiring dengan azan maghrib berkumandang,saya tengah berdinner nasinputih berlaukkan ikan goreng taucu ni..Lain lain bahan dah ada kat rumah.


Sebenarnya sebelum tu...masuk jer rumah terus  siang ikan siap²..Jika ada belinikan,ayam atau apa-apa haiwan la untuk dijadikan lauk,aya lwbih suka berpenat penat dahulu..

Masuk jer rumah,tanpa mandi,tanpa tukar baju,terus sarung apron &erus bersilat dulu dengan gelumang haiwan haiwan tu..Susun mana yang nak disimpan,mana yang nak masak.

Siap garam kunyitkan ikan,siap potong semua bahan terus tanak nasi.



Pastu dah alang-alang pulak bau ikan kat tangan kat baju...terus je lah masak sesiap..Ikan tu separuh biar sahaja bergoreng garing panas-panas. Separuh lagi saya masak taucu.Saya sukakan ikan goreng taucu yang tidak terlalu berkuah.Lebih suka yang agak kering tapi sedikit berminyak.Mungkin kerana saya jenis suka lauk kering jering & tak suka berkuah kecuali kari.Nak makan ikut tekak sendiri,kena la masak sendiri...hihihi

Nanti lepas mandi,solat sesiap,boleh makan dengan aman,damai dan tenang...hihihi



Taraaaaaaa.......imilah ikan gireng taucu yang dok terbayang sambil drive balik kerja tadi tu...
Tapi saya masak ikit taste saya la...

IKAN SELAYANG GORENG TAUCU
5 ekor ikan selayang.
1 batang timun jepun- potong jejari
5sudu taucu pedas cap Kipas Udang
1 sudu kecik pes asam jawa Adabi
minyak,gula,garam,perasa

Bahan hiris:
1 bawang besar -hiris
15 cili padi hijau-hiris serong
2 cili merah-hiris
1ketul halia muda-hiris jejari halus


1. Garam kunyitkan ikan & goreng garing.
2.Panaskan ½ cawan minyak & tumis bahan hiris hingga harum 
3. Masukkan taucu pedas & goreng sekejap hingga naik minyak & masukkan timun.
4. Tambah pes asam jawa + ½ cawan air.
5. Masukkan ikan,perisakan.
Sesuaikan rasa masin,masam dan sedikit gula untuk seimbang rasa.
5. Siap..

Tetasa begitu nikmat menikmati nasi putih berlaukkan ikan goreng taucu ni...Kebetulan hujan lebat masa ni & Shah Alam banjir kilat katanya...



8 comments:

  1. Sedapnya kak, tapi menu ini dana tak pernah masak. Takut tak menjadi atau tak sedap eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita masak ikit tekak kita tak apa adjust baginkena dengan selera kita...hihihi

      Delete
  2. ammi suka menu ni kalau arwah mama masak dulu...tapi ammi sendiri jarang2 masak taucu sebab mcm tak sampai je rasa bila ammi buat sendiri. Dulu tengok mama kalau masak taucu siap bertapislah bagai dia ambil yang biji taucu tu je sbb taknak masin sangat. Nanti nak try cari taucu kipas udang ni pulaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ...saya pernah tengok juga ada orang nak masak depa basuh dan tapis kacang taucu tu....Saya main cedok & masuk terus dalam kuali..🤭.

      Delete
  3. Sy suka masak taucu tapi jarang masak sbb depa kat rumah ni x minat huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu depa umur macam kita nanti...rau la depa minat🤣🤣

      Delete
  4. Ikan goreng masak taucu dengan nasi putih panas-panas memang menu yang boleh buat terus lapar. 😋 Lagi-lagi guna ikan selayang dan taucu pedas, kuahnya kalau kena gaya memang sedap sampai nak tambah nasi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....lagi pula saya suka lauk kering kering

      Delete